Selasa, 25 September 2012

Loving Couple till death:)

Sabtu lepas, Mard terlibat dalam satu Program Sukarelawan USM, untuk membantu jemaah haji. Kiranya, dari pagi mendaftar diri dekat tabung haji, cawangan Pineng sampailah mereka menaiki kapal terbang dekat airport Bayan Lepas. Jadi, adalah dalam 300 lebih jemaah haji yang Mard khidmat. MasyaAllah, hampir kesemua yang Mard tanya usia dalam lingkungan 50 ke 60 lebih. Kira Mard khidmat dari pagi sampai petang. Kerja Mard dari pagi, menyambut jemaah yang sampai dari rumah, angkat beg dan bagasi mereka, tag beg, tolong daftarkan mereka, dan bawa mereka ke bilik hotel masing-masing. MasyaAllah, agak mencabar. Sepanjang Mard bersama jemaah by individu ni, Mard sempat tanya, rumah di mana, umur berapa, pergi sendiri ke berteman, dan akhir sekali, Mard minta mereka doakan Mard:P

Yang Mard nak cerita ni, pasal sepasang suami isteri yang amat penyanyang. Mard agak mereka dalam 60 lebih. Masa Mard tolong angkat beg mereka, Mard tengok pak cik ni very protective, dia perhatikan je isterinya berjalan dalam ramai-ramai jemaah yang kalut check barang dan kelengkapan masing-masing. Dia pun very gentlemen sebabnya, dia suruh Mard angkat yang ringan-ringan ja, lepas tu, beg isterinya, langsung semua pak cik ni yang nak angkat. Mard tengok je gelagat mereka. Sebab masa tu pagi, cuaca agak sejuk, so suami ni tolong pakaikan kot labuh untuk isteri dia. Padahal, dia sendiri kat badan punyalah banyak beg nak uruskan. Mard tengok rasa nak nangis. Rupanya, ada juga cinta yang betul-betul betul sejati macam ni dalam dunia ni. Mard ingat, cerita macam tu boleh baca dalam novel atau tengok dalam drama ja. Dapatlah Mard bayangkan, macam mana agaknya mereka di waktu muda, bersama besarkan anak-anak, dan akhirnya dapat pergi haji bersama. Mard tengok, pak cik ni, amatlah good looking. Jelas, nampak kat muka wife dia yang mereka ni bahagia, romantik dan excited nak p haji. Mak cik ni pula, lemah lembut dan nampak taat. Senyum ja Mard tengok.

Lepas habis Mard angkat barang mereka, dan minta diri nak pergi tolong jemaah yang lain, pak cik ni datang, dan bagi Mard satu goody bag. Dalam tu punyalah penuh barang-barang. Rasa Mard, tu beg yang tabung haji bagi setiap jemaah yang nak pergi haji. Mula-mula Mard tolak. Sebabnya, Mard takut ada barang yang penting kat dalam tu, tapi pak cik tu cakap begini, "pak cik rasa, beg ni dah lebih satu, sebab dia bagi kami dua, kita, satu pun cukup kan?" pak cik tanya wife dia. Wife dia senyum je, then angguk-angguk. Allahhuakhbar, kenapalah mereka ni romantik sangat, sampai barang-barang keperluan di sana pun mereka nak share. Berat betul hati Mard nak ambil beg tu.


Sambung.

Sabtu, 15 September 2012

Jannatul Ma'waa


Setelah Allah swt menciptakan Jibrail as, Jibrail as bertanya kepada Allah swt. ‘Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.’ Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. ‘Tidak’
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.’
Kemudian Jibrail as berkata: ‘Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?’
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. ‘Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…’
Subahanallah, marilah sama-sama kita merenung, adakah kita umat lemah yang dikatakan Allah kepada Jibrail? Lihatlah betapa sayang dan Maha Pengampun Allah swt kepada kita, umat  akhir zaman. Marilah kita merebut peluang yang masih ada untuk beramal sebagai bekalan di akhirat.
Mati adalah syarat menuju cinta abadi. Jannatul Ma'waa. Amin Ya Rabb.