Isnin, 15 Oktober 2012

i'am just not happy

Dulu, Mard selalu fikir, kenapa ada pasangan yang kahwin sama cantik, sama padan dan nampak bahagia, tetapi akhirnya bercerai berai. Kenapa dulu, Mard nampak tempat member kerja best je, tapi dia berhenti, kenapa ramai orang kita nampak lepaskan benda yang mereka dah miliki, yang benda tu, kita masih sedang berusaha miliki. Contohnya, cinta, kerjaya dan lain-lain. Jika kita tanya mereka, pasti banyak alasan yang akan diberikan. 1001 macam sebab. Tapi, jawapan yang sebenarnya, satu sahaja. Jawapannya. " i'am just not happy ". Kita semua ada hati yang amat refleks perasaan kita. Dan perasaan adalah sesuatu yang kita tidak boleh tipu. Terutama kepada diri sendiri. Kita akan nangis, kalau perasaan kita sedang sedih. Kita akan senyum jika perasaan kita sedang happy. Kita mungkin boleh sembunyikan perasaan tu dari orang lain. Tapi, bukan dari diri kita sendiri. That is the rule.

Semalam Doc Akbar tegur Mard.

Doc: "Senyum sikit, Mard sebelum panggil pesakit masuk bilik"

Dia ulang perkataan tu sebanyak lebih tujuh kali pada Mard

Persoalannya, kenapa Mard x senyum semalam?

Bila doc tanya masa nak balik, "What is the problem Mard?"

....................Quiet...................

I just coudn't reply. I am searching for the proper reason.


Dalam hati ," Ada sebabnya doc....but.."I'am just not happy" 

......................Quiet......................

Doc: Ok Mard, lets go home


p/s: Mard kerja part time di klinik panel USM, Doc Akhbar.