Memaparkan catatan dengan label ~SSMO3~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ~SSMO3~. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Januari 2012

~Srikandi Surau MO3 (SSMO3)~

         Terasa kejayaan apabila, secara rasminya, surau di bangunan yang mard tinggal, telah seminggu beroperasi. Lagi manis, bila mard sendiri yang menjadi perancang aktiviti. Pada mulanya, ingat saja-saja nak jadi ajk surau yang tidak berapa berfungsi. Lagi-lagi mendengar perkhabaran sahabat yang berkata, ada surau di banggunan lain, dan dijadikan bilik tv, akibat x selalu digunakan. Lagi malang, tu surau di banggunan lelaki. AllahhuRabbi. Apelah cik abang tu semua buat agaknya?? agak mereka jemaah di masjid. Entahlah. Iyalah kan, semenjak mard lepaskan jawatan dalam PERKIM, agak terasa suasana kebersamaan dalam agama agak hilang. Oleh itu, ingat nak jadi ahli lelap dekat surau. Alih-alih, Allah pilih jadi Exco Aktiviti. Perancangan Allah lah tu. Cuma agak terkilan kerana, pada mulanya bacaan taqlim menjadi agenda utama pilihan mard selepas maghrib. Akibat ajk lain, takut jemaah boring kalau asyik baca kitab biru, mard cadangkan taqlim diselang selikan dengan halaqah quran atau mereka panggil tilawah. Dan, Allah takdirkan taqlim hanya dibuat 3 kali seminggu. Alhamdulillah. Atas permintaan ramai, dimasukkan juga sesi pengisian:). Xtahu doa hidayat sapa lah yang Allah dengar.

        Mahasiswi yang mula turun ke surau, mula pandai biasakan diri dengan majlis taqlim. Alhamdulillah. Moga Allah bagi kekuatan untuk ahli ajk majlis surau istiqamah mengimarahkan surau maghrib ke isyak terutamanya. Aminn Ya Rabb. Mard dah ada kawan dan masyarakat baru. Tq Allah. Owh, walaupun mereka kebanyakan join usrah, mereka hormat perancangan mard, kerana mard juga  amat hormat pandangan mereka dalam setiap hal. Bila dah tua ni, mard banyak senyum dari bertelagah. Alhamdulillah. Mard yakin, hati orang n hidayah, Allah yang pegang. Paling penting, buat orang suka dengan kita:) barulah Allah suka. Seorang muslim yang mencintai seorang muslim yang lain kerana Allah, itu kan menggembirakan Allah. Tq Allah. Oleh kerana hari ini, hari pertama mard buat pengisian, mard nak cerita apa yang mard kongsikan bersama mahasiswi yang hadir ke surau mo3 tercinta:). Tapi, next entry lah yea:). Jadual di bawah, masih dalam cubaan mard. Agak kalau sesiapa ada cadangan, meh la tambah ke, tolak ke. Tq:)

JADUAL AKTIVITI SURAU MO3 DIKELOLAKAN OLEH SRIKANDI SURAU MO3 (SSMO3)
                                                                                                                                                                             
  ISNIN
IFTAR
SOLT MGHRIB
(MUNIRAH)
TILAWAH
(SYURYANI)
PENGISIAN
(NABILAH)
SOLT ISYAK
(MARDHIAH)
SELASA
SOLT MGHRIB
(MUNIRAH)
TILAWAH
(ANIYAH)
PENGISIAN
(SYURYANI)
SOLT ISYAK
(NABILAH)
RABU
SOLT MGHRIB
(MARDHIAH)
TAQLIM
(ANIYAH)
PENGISIAN
(MUNIRAH)
SOLT ISYAK
(SYURYANI)
KHAMIS
IFTAR
SOLT MGHRIB
(SYURYANI)
YASIN
(BERGILIR)
PENGISIAN
(MARDHIAH)
SOLT ISYAK
(ANIYAH)
JUMAAT
SOLT MGHRIB
(NABILAH)
TAQLIM
(MARDHIAH)
PENGISIAN
(ANIYAH)
SOLT ISYAK
(MUNIRAH)
SABTU
SOLT MGHRIB
(ANIYAH)
TILAWAH
(MUNIRAH)
PENGISIAN
(SYURYANI)
SOLT ISYAK
(NABILAH)
AHAD
SOLT MGHRIB
(MARDHIAH)
TAQLIM
(NABILAH)
PENGISIAN
(ANIYAH)
SOLT ISYAK
(SYURYANI)