
Diceritakan mengenai seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang
menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam di dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam rumahmu, mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu,
(masjid yang berdekatan dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di masjid tetanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku.” (Musnad Ahmad).
Dalam Ibnu Khuzairnah (kitab), riwayat ini juga memuatkan pernyataan bahwa sesudah Ummu Sa’adah mendengar sabda Rasulullah s.a.w., beliau telah membuat sebuah tempat dalam kamar yang paling dalam dan sudut yang paling gelap di rumahnya untuk melaksanakan solat, dan dia melaksanakan solat di sana sepanjang hayatnya.

"Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., daripada Nabi s.a.w., sabdanya
"Solatnya seorang wanita di dalam bilik tidurnya lebih baik daripada solatnya di rumahnya, dan solat seseorang wanita di rumahnya lebih baik daripada solatnya di perkarangan rumahnya." (Hr. Abu Dawud)

Dalam hadith lain, Ummu Salamah r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w.bersabda, "Sebaik-baik masjid bagi wanita ialah kamar-kamar yang paling dalam di rumah-rumah mereka." (Musnad Ahmad)
Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat yang paling disukai Allah dari seorang wanita ialah yang dikerjakan di rumahnya secara bersendirian dan di tempat gelap." (Ibnu Khuzaimah)
Ibnu Umar r.a meriwayatkan sabda Nabi s.a.w., “Solat seseorang wanita yang dikerjakan di dalam mihrabnya (tempat yang dikhususkan untuk bersolat di dalam rumahnya – musalla) mendapat pahala 25 derajat lebih baik daripada shalatnya secara berjamaah.” (Kanzul Ummal)






.jpg)

