Sunday, December 18, 2011
Where | NO 6..KG GESIR HULU,SG SELISEK,44020,KUALA KUBU BHARU,SELANGOR |
Description | JEMPUTAN MAJLIS WALIMATUL URUS HIDAYU DAN ANWAR PADA 18 DISEMBER 2011,BERTEMPAT DI NO6 KG GESIR HULU,SG SELISEK,44020,KUALA KUBU BHARU SELANGOR...
DIJEMPUT KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA SERTA KAWAN2 UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS KAMI...
|
Pagi tadi Mard dapat jemputan ke walimah seorang blogger
kak hidayu<3. Wahh mard rasa bahagia.(overs) Mard memg suka kalau tahu ada orang nak berkahwin ni. Bukannya apa, gembira kerana mereka dah berjaya menyempurnakan satu lagi sunnah nabi Muhammad s.a.w.(count mard...count). Dengan itu, Mard ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat kak hidayu dan pasangan. InsyaAllah, jika berkelapangan, Mard akn mai makan hidangan untuk pengantin tu na na na. Ambil berkat. hihi.
Bahagianya. Semoga ikatan yang dibina kekal dari dunia melewati alam syurga. Aminn Ya Rabb.
Barakallah...
Oleh kerana, mood Mard tgh sihat, Mard nak hadiahkan sebuah puisi/sajak/gurindam buat kak ayu.
Bila cinta telah mendatangi, tanpa salam ia menguasai
Bila bahagia mula menyelubungi, kekeliruan hilang sekelip mata
Persetujuan, bukan lagi jawapan yang dinantikan
Kekuatan cinta, telah mendahului segala kemungkinan
Pejam mata, buka hati memandang masa depan
Terang jalan, bersama si dia dalam redha Tuhan
Lepaskan segala peluang dunia
Cagarkan hidupmu untuk si dia si daie agama
Jangan bimbang, bukan si dia yang membuatmu bahagia
Janji Allah, membuatmu rela bersamanya
Teguhkan hati, bulatkan tekad, kuatkan semangat
Perjalanan di hadapan menunggumu penuh cabaran
Jangan takut kerana bersamamu ada wira agama
Bersama menemanimu menyusuri jalan ke alam syurga
Dengan penuh kasih sayang, Mard mengharapkan yang terbaik buat kak Ayu, dan si dai'e pilihan.
p/s buat sesiapa sahaja di luar sana.
Disaat aku bermujahadah menjaga hatiku untuknya..Moga dirinya turut melakukan yang sama sebelum waktu itu tiba. Allah jua yang memegang hati kita, jadi hanya melalui-Nya kita berhubung.