Setelah beberapa hari sakit tekak,selsema, batuk dan demam (yes!complete), malam ni adalah yang paling mencabar. Haruslah. Dengan hidung tersumbatnya, dengan sakit perut sebab tekanan asyik batuknya, dengan loya tekaknya (haishhhhh...semua ada) n ofcoss, dengan x boleh tdo nya.
Di saat macam ni, nak baring salah, nak mandi salah, nak duduk salah, serba serbi salah. Nak makan salah, nak minum salah, nak BELAJAR, lagi lah, hareeem:) Paling penting, bagi Mard y lemah iman ni, teringat la hero Mard dari zaman Mard baby. Ofcoss, my abah (u raise me up, so i can stand on mountains, u raise me up to walk on stormy seas. And i am strong when i am on your shoulders. U raise me up to more than i can be) Oke selingan. Maka teringatlah Mard bagaimana abah very the take care of me n my geng kalau kami jatuh ke dalam nikmat sakit. Pantang dengar ada yang batuk malam-malam. "Heipp...bangun p minum air suam!" dari dalam bilik beliau je jeritnya. Then, dengar lagi batuk, "Bangun!bangun siapa yang batuk tu, meh keluar sini" sambil dengar beliau buka pintu dan lampu. Cuba teka apa jadi? Salah! kami kena urut n abah paksa makan ubat buatannya tu. Selalunya campuran daun misai kucing dll. Atau cucu-cucu abah panggil, "ubat jilat". Kami cukup grrrrrr dgn ubat ni. Rasa dia? p mintak kat beliau sendiri oke. Fine.
Kiranya, tahu abah tak tenteram kalau tahu ada yang sakit. Sengaja tengok abah p bukak tv, malam-malam gelap. Duduk je depan tv. Tengoklah, xsampai 15 minit, mesti tv yang tengok abah punya. Berlakon je siap pakai spek tu. Lagi teruk kalau abah siap bawak bantal keluar. Jawapnya, tidur sesorang la, nenek comel:) Sayang abah. Kadang-kadang kasihan tengok, abah tidur sesorang kat luar tu. Bukan apa, abah ni macam-macam sakitnya:( AllahhuRabbi. Moga segala nikmat dan kebaikkan dunia dan akhirat abah dapat atas keikhlasan amanah menjaga kami semua. Kira, rasa aman sangat bila abah ada. Itupasal dulu, mard benci bila abah keluar berdakwah (Nauzubillah). Tinggal kami adik beradik. Rasa kosong je rumah tu tahu. Nothing. Tapi Alhamdulillah, lama-lama Allah bagi faham. Sikit demi sikit. Tahun demi tahun.
Itu pasal, bila mard tengok dulu, abah kalau nak keluar dakwah beberapa hari, x suka kami cium tangan beliau, salam ke, peluk ke, tolong angkat barang ke. Sekarang Mard dh tahu. Pasal abah takut jadi berat hati. Even, sampai sekarang, kalau kami nak tinggalkan rumah p balik U ke, p mana2 tempat jauh, seboleh abah x mahu hantar. Kalau abah hantar ke stesyen pun, abah x keluar dari kereta. Sekarang Mard tahu. Abah sedih. Mard nampak abah sedih sangat lepas kakak semua kahwin. Lagi2 bila dieorang nak balik rumah masing-masing. Kasihan abah. Kadang-kadang, kakak baru call beliau, nanti, p tanya lagi. "kenapa kakak-kakak kau lama x call". Kadang-kadang lucu. Lg sekarang cucu-cucu abah dah mula nak besar, pandai pula mereka y call. Very the cute. Haihh, Mard kalau nak bercerita pasal abah, mahu, habis page blog ni nanti:)
satu lg, kalau abah call, tanya cht ke x, walau sakit, jwb je cht. Pasal kalau jwb sakit nti, abah akn kata "jaga amal x? ni kalau x jaga amal............." panjang ceritanya.
*(^.^)* Mard lancar dialog tu. Mard agk mesti Mard y selalu kena. Very the unfair. Wekk.
satu lg, kalau abah call, tanya cht ke x, walau sakit, jwb je cht. Pasal kalau jwb sakit nti, abah akn kata "jaga amal x? ni kalau x jaga amal............." panjang ceritanya.
*(^.^)* Mard lancar dialog tu. Mard agk mesti Mard y selalu kena. Very the unfair. Wekk.
Bila Mard nak elok ni?? Killjoy..
Mard, agak, Mard dh boleh tidur la sekarang ZZZzzzZZZZZZZ




