Jumaat, 9 Mac 2012

sometimes u should do

Waffle ni biasanya buat kita mual

Nilah coffee mocha, bo buat kita addict
       
        Kadang kadang bila kita rasa dunia ni dah jadi tunggang terbalik sebab mungkin tekanan belajar, selisih faham dengan buddy, feel down dgn something, atau perkara yang kita plan turn down, tuah tak pihak kat kita, permintaan hubungan yang kompleks, tanggungjawab atau apa saja, buatkan kita rasa sesak, terbeban, tidak enjoy, rasa terpaksa dan nak meletup, tapi, kita terpaksa tahan sampai kat lung, kita perlu get out, take some fresh air, dan ini suggestion, nikmati pemandangan malam. Pergi keluar senyap-senyap, sorang-sorang, grab atau buy something yang selama ni kita x boleh minum atau kita avoid seperti nescafe tin purple, beli waffle minta kat adik tu letak coklat campur butter campur kaya biar banjir creamy and ofcourse bayar lebih la, then pergi satu tempat yang kita boleh lepak, dan minum dan makan dengan lahap tanpa ada yang nak tegur atau apa sahaja. Lagi best, pergi tingkat yang paling tinggi, duduk dekat tangga balkoni, pandang orang yang buat hal masing-masing. Jangan fikir apa-apa. Just duduk kat tangga tu, minum, makan, dan nikmati suasana malam. Take ur time. Take and take and take and take time untuk badan, minda, nafsu rehat. Bila dah sendawa besar, mata dah ngantuk, tapi makanan tak habis lagi, pergi bagi kat adik-adik yang sedang study kat sepanjang tangga yang menyepah-nyepah tu. Then kata dengan dieorang, "belajar baik-baik"

        Jalan, pergi toilet, brush teeth, cuci muka, masuk bilik, dan tidur. Then, janji dengan diri, "okey, aku janji ganti balik duit yang dah aku belanjakan beli macam-macam tadi, dengan puasa sunat isnin, khamis"

zzzzzZZZZZZZZ

Sabtu, 3 Mac 2012

~Bila Mard kerinduan~

Di mana saja diri kamu abah, semangatmu bersama saya:) . Di sini <3



Dialah seorang yang tenang dan kacak,
Seperti denyutan jantung Mard,
Di rambutnya yang memutih dan berkopiah,
Tertulisnya takdir seseorang.

Di matanya yang penuh kasih sayang,
Tersembunyinya  identiti seseorang,
Siapakah yang difikirkannya?
Dan mimpikan sepanjang siang dan malam?
Mard tiada sebarang petanda siapakah dia
Mard harap, Mardlah orangnya.

Matanya mencari seseorang,
Penuh dengan impian dan kegembiraan,
Sesiapapun, dia sedang berada disini,
Tidak berapa jauh, tapi sangat dekat,
Mard tiada sebarang petanda siapakah dia,
Mard harap, Mardlah orangnya.

Yang pasti dia hadir dalam mimpi siang dan malam Mard,
Memanggil Mard dalam sedu dan sedan,
Dalam tawa dan riang,
Apakah yang difikirkannya?
Apakah yang dihajatkannya?
Adakah dia juga sedang mengingat seseorang?
Mard harap, Mardlah orangnya.

Doakan abah Mard yang sedang keluar khuruj 40 hari di Terengganu.

Isnin, 27 Februari 2012

meh! mard nak share ceghita:)


Kalau siapa pernah baca entry mard sblum ni, mard ada wish nak share kt blog perkara yang mard share kat kaum muslimat di surau mo3, USM, waktu giliran mard buat pengisian pada ahli lembaga surau. Enjoy k. Sumber info ni, mard ambil dari majalah solusi 2010. Mard nak cerita dalam konteks y mard suka. Paling penting, mard sendiri faham. Tahukah semua, bahawa, iblis dan syaitan adalah individu yang sama. Cumanya, iblis merujuk kepada individu. Dan syaitan merujuk kepada perbuatan iblis yang suka menghasut! Dari mana datangnya gelaran syaitan? Kenapa? Meh, cikgu mard nak ceghita..

Baik murid-murid (hihi), sebelum tu, cikgu mard nak bagi tahu yang jin diciptakan Allah swt dari api. Ini berbeza dari manusia yang diciptakanNYA dari tanah. Bersesuaian dalam firmannya dalam surah al-Hijr ayat y ke 27, mahfumnya, "Dan kami ciptakan jin sebelum (Adam) daripada api y sangat panas".

Umu Anisah, tahukah kamu, jin juga mempunyai masyarakat seperti, kita, manusia? mereka pun makan, minum, dan berketurunan. Ada yang baik dan taat perintah Allah, ada juga sebaliknya. Allah berfirman, dalam surah al-Jinn ayat ke 72, "sesungguhnya antara kami, ada yang soleh dan ada pula yang tidak demikian. Bermacam-macam jalan yang kami tempuhi". Menarik kan..Hurm.

Kak Maz mesti suka info ni, yang Allah juga mengutus kepada masyarakat jin, para rasul dari jenis mereka sendiri sebagaimana firmannya, dalam surah al-An'am ayat ke 130, "Wahai sekalian jin dan manusia! bukankah telah datang pada kamu rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu di hari kiamat ini?" Take note everybody.

Kak As pula patut tahu yang salah satu kelompok daripada jin adalah iblis, sebagaimana dalam ayat surah al-Kahfi, ayat ke 50, "Dan ingatlah peristiwa ketika kami berfirman kepada malaikat "sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan iblis ia berasal daripada golongan jin. Lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya"

Nam, kamu tahukan pasal cerita buah khuldi yang dimakan Adam a.s? Bagus...

Jadi, siapa pula syaitan? let's find out girls..


                                                       B.E.R.S.A.M.B.U.N.G


Khamis, 23 Februari 2012

senyum,xperlu kata apa2.....

:)
Takaza sem ni

1. Dapekkan Lesen keto
2. Projek Bandung
3. Naikkan PNGK lg dan lg
4. Corahkan dan licinkan muko

Permudahkan urusanku di dunia dan akhirat Ya Rabb

Amin.

Ahad, 8 Januari 2012

~mata hitam,mata hazel~


Ada sesiapa pernah tengok mata baby? lagi-lagi yang baru dalam 2,3 bulan sampai 3,4 tahun. Nampak x cara bby pandang kita? bila bby percaya, bby xkan menangis tengok kita. Perkara pertama, bby nak tengok adalah mata. Agaknya, bby tenang tengok mata kita yang sama hitam dengan dia. Tapi kalau mata kita hazel, bby akan pikir dua kali nak senyum:). Mard terfikir, agaknya, walaupun kita di Malaysia, hidup berbeza kaum, kita kongsi warna mata yang sama, warna rambut yang sama. Itu identiti kita. Lainlah kalau ada yang warna rambut kecokelatan. Tu pun jarang kn. Agaknya, tupasal kita tenang melihat satu sama lain. Kita berpadu, sebab apabila memandang yang lain, mereka tak ubah macam diri kita sendiri. Tidaklah jauh beza seperti blonde,blue eyes, tinggi berkaki-kaki, dan segala. Moga Allah selamatkan Malaysia dari bencana alam dan musibah dunia. Aminn Ya Rabb. Bangga menjadi anak Malaysia.

Jumaat, 6 Januari 2012

~Srikandi Surau MO3 (SSMO3)~

         Terasa kejayaan apabila, secara rasminya, surau di bangunan yang mard tinggal, telah seminggu beroperasi. Lagi manis, bila mard sendiri yang menjadi perancang aktiviti. Pada mulanya, ingat saja-saja nak jadi ajk surau yang tidak berapa berfungsi. Lagi-lagi mendengar perkhabaran sahabat yang berkata, ada surau di banggunan lain, dan dijadikan bilik tv, akibat x selalu digunakan. Lagi malang, tu surau di banggunan lelaki. AllahhuRabbi. Apelah cik abang tu semua buat agaknya?? agak mereka jemaah di masjid. Entahlah. Iyalah kan, semenjak mard lepaskan jawatan dalam PERKIM, agak terasa suasana kebersamaan dalam agama agak hilang. Oleh itu, ingat nak jadi ahli lelap dekat surau. Alih-alih, Allah pilih jadi Exco Aktiviti. Perancangan Allah lah tu. Cuma agak terkilan kerana, pada mulanya bacaan taqlim menjadi agenda utama pilihan mard selepas maghrib. Akibat ajk lain, takut jemaah boring kalau asyik baca kitab biru, mard cadangkan taqlim diselang selikan dengan halaqah quran atau mereka panggil tilawah. Dan, Allah takdirkan taqlim hanya dibuat 3 kali seminggu. Alhamdulillah. Atas permintaan ramai, dimasukkan juga sesi pengisian:). Xtahu doa hidayat sapa lah yang Allah dengar.

        Mahasiswi yang mula turun ke surau, mula pandai biasakan diri dengan majlis taqlim. Alhamdulillah. Moga Allah bagi kekuatan untuk ahli ajk majlis surau istiqamah mengimarahkan surau maghrib ke isyak terutamanya. Aminn Ya Rabb. Mard dah ada kawan dan masyarakat baru. Tq Allah. Owh, walaupun mereka kebanyakan join usrah, mereka hormat perancangan mard, kerana mard juga  amat hormat pandangan mereka dalam setiap hal. Bila dah tua ni, mard banyak senyum dari bertelagah. Alhamdulillah. Mard yakin, hati orang n hidayah, Allah yang pegang. Paling penting, buat orang suka dengan kita:) barulah Allah suka. Seorang muslim yang mencintai seorang muslim yang lain kerana Allah, itu kan menggembirakan Allah. Tq Allah. Oleh kerana hari ini, hari pertama mard buat pengisian, mard nak cerita apa yang mard kongsikan bersama mahasiswi yang hadir ke surau mo3 tercinta:). Tapi, next entry lah yea:). Jadual di bawah, masih dalam cubaan mard. Agak kalau sesiapa ada cadangan, meh la tambah ke, tolak ke. Tq:)

JADUAL AKTIVITI SURAU MO3 DIKELOLAKAN OLEH SRIKANDI SURAU MO3 (SSMO3)
                                                                                                                                                                             
  ISNIN
IFTAR
SOLT MGHRIB
(MUNIRAH)
TILAWAH
(SYURYANI)
PENGISIAN
(NABILAH)
SOLT ISYAK
(MARDHIAH)
SELASA
SOLT MGHRIB
(MUNIRAH)
TILAWAH
(ANIYAH)
PENGISIAN
(SYURYANI)
SOLT ISYAK
(NABILAH)
RABU
SOLT MGHRIB
(MARDHIAH)
TAQLIM
(ANIYAH)
PENGISIAN
(MUNIRAH)
SOLT ISYAK
(SYURYANI)
KHAMIS
IFTAR
SOLT MGHRIB
(SYURYANI)
YASIN
(BERGILIR)
PENGISIAN
(MARDHIAH)
SOLT ISYAK
(ANIYAH)
JUMAAT
SOLT MGHRIB
(NABILAH)
TAQLIM
(MARDHIAH)
PENGISIAN
(ANIYAH)
SOLT ISYAK
(MUNIRAH)
SABTU
SOLT MGHRIB
(ANIYAH)
TILAWAH
(MUNIRAH)
PENGISIAN
(SYURYANI)
SOLT ISYAK
(NABILAH)
AHAD
SOLT MGHRIB
(MARDHIAH)
TAQLIM
(NABILAH)
PENGISIAN
(ANIYAH)
SOLT ISYAK
(SYURYANI)


Khamis, 5 Januari 2012

ucapan maaf ini ditujukan kepada dia, dia dan dia...


mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.


Dengan hati y penuh rasa menyesal dan malu. Ucapan maaf ini ditujukan kepada

1. Dirinya, yang agaknya dikala ini, amat keliru, was-was dan sedih dengan tingkah laku, percakapan mard dan sebagainya :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.

2. Terhadap dirinya, dikala ini, sedang berbahagia bersama keluarga baru jauh di sana, atas percakapan dan penulisan dari mard, yang banyak mengenakan :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.

3. Juga kepada dia yang pernah mard jadikan tempat mengadu rahsia :) dan terlebih- lebih manjanya hingga mengundang murka orang ke 3 dan seterusnya :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.

4. Kepada si dia, yang selalu mard bersama tetapi masih mengata di belakang, kiri dan kanannya:(mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.

5. Kepada dia yang selalu mard komen penulisannya. Berbahas dan perli segala :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.

6. Kepada dia yang x begitu dikenali, tapi masih mard sakitkan hati :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.

7. Kepada dia juga selaku bayang-bayang yang setia, yang terpaksa bersama ketika jahatnya mard :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.

8. Juga kepada sesiapa sahaja yang terasa :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.