Agak lama Mard simpan cerita ini, Mard cuba endahkan, tapi, semakin kuat pula bermain di fikiran Mard. Terngiang-ngiang. Beberapa hari lepas, Mard pergi majlis makan malam bersama Menteri Besar Negeri Sembilan dibawah Persatuan Anak Negeri Sembilan Usm, berlangsung di pejabat Tabung Haji, Pineng. Then, termasuk Mard, ada 3 orang je anak N.9 yang Mard kenal. Seorang Melayu Islam dan seorang lagi Cina, tapi tidak menganuti sebarang agama. Atheist. Sementara menunggu pintu dewan dibuka pukul 8 malam, kami berborak. Then, keluar cerita pasal agama. Well said, kawan Mard yang Islam ni jenis yang "open" dan "biasa-biasa" sahaja. Which is great untuk menerima pendapat semua orang. Yang Cina ni pula, amat demokratik dan open dalam semua hal. Then, the isu start bila kawan Cina ni start bagi pandangan.
"Saya pelik, kenapa orang Melayu di Malaysia nak tiru cara pemakaian orang Arab? Hari tu saya minum di restoran dan duduk dekat dengan sekumpulan orang Melayu yang pakai tutup muka tu. They are very annoyying. Bukan sebab cara pakaian mereka macam tu, tapi mereka budget macam alim. Saya pelik, kenapa mesti orang Melayu nak tiru budaya orang Arab? kenapa tidak ikut apa yang agama kamu suruh dalam Al-Quran? Maksud saya, tidak kisah kamu pakai baju kurung atau T-shirt selagi kamu ikut syariat dalam Islam. Kenapa kamu mesti nak tiru orang Arab?tutup muka, pakai robe, even, makan pun kamu nak tiru Arab. Emm...kurma. Jadi la Islam di Malaysia. Itu Islam di Arab. Dalam Al-Quran kata, mesti pakai macam tu ke? perkahwinan kamu pun, agak memaksa, contohnya, jika orang tu bukan Islam, nak kahwin dengan Islam, dia perlu memeluk agama Islam. Nampaknya, agama tu bukan atas kerelaan dia. Dalam agama lain, mereka bebas mengahwini mana-mana agama, asalkan masing-masing menghormati agama pasangan masing-masing"
"Betul lah tu, padahal, rasanya, perempuan Arab, pakai tutup muka, sebab sana padang pasir. Itu memang budaya mereka pakai jubah. Tambah kawan yang Islam tu.
"Kadang-kadang, rasa x suka orang pertikaikan kenapa saya Atheist. Tapi, bila mengenangkan, mereka yang carry agama pun, tengoklah, x ada adap santun. Kalau saya balik K.L humm orang Melayu kemain lagi. Sorry to say, semua orang kamu yang buat. Itu pasal orang pandang Islam tu buruk. Bila orang bukan Islam pandang, penganut Islam buat sesuatu yang tidak baik, mereka akan terus assume Islam buruk. Mana ada masa mereka nak kaji agama Islam ni sebenar macam mana. Kadang-kadang saya fikir, kamu semua x malu ke, mengaku agama Islam, tapi kamu x jalankan pun tuntutan agama kamu. Kamu x malu ke, mengaku orang yang beragama. Lebih baik kamu tiada agama. Lagi pun, agama yang kamu ada pun sebab ibu bapa kamu. Bukan kamu yang nak pun. Then, jangan pertikaikan kenapa saya Atheist"
~ bersambung~





.jpg)




