Khamis, 21 Jun 2012

~Dengki~

Semalam, Mard Goole image "perhiasan dunia". Then, termasuk dalam blog seorang muslimah ni. Wahh, cantiknya blog dia, warna pink, dan cantik sangat semua yang ada dalam tu. Siap ada lagu "Bidadari". Paling menarik perhatian Mard suasana blog tu berkisarkan "niqabi alaf baru". Mard nampak dia letak satu gambar dari sisi dia pakai purdah dan nampak cantik ja. Ayu. Nampak solehah. Timbullah satu perasaan dengki dalam diri Mard. Hek hek hek. Iyalah sebab kita masih tidak mampu nak berpurdah. Jangan kata berpurdah, tudung labuh bulat pun tidak istiqamah. AllahhuRabbi. Mard selalu berfikir, mana datangnya keterbukaan hati mereka nak berpurdah? macam mana mulanya? apa perancangannya lepas pakai? apa kekangan yang ada. Alah paling penting, apa yang mereka fikir bila pakai? Apa yang mereka fikir jika orang pandang?Ohh. Hebat Allah swt. Hati hati yang berpurdah sudah pasti senang menjawab persoalan td. Entah-entah mereka tak sempat pun berfikir macam-macam. Subahanallah. Kiranya agak stress melihat muslimah-muslimah muda berpurdah. Tapi, yang pasti Mard perlukan perancangan untuk memakai purdah. Mard tak nak buat sebab disuruh, sebab orang, sebab apa saja. Mard nak buat sebab Mard rasa "magic" dan nak pakai. Barulah kekal dengan Mard, dan Mard akan amat yakin. InsyaAllah.

Lebih-lebih Mard aihhh, orang lain rileks ja, hang lebih-lebih. Pakainya tak jugak. Doa doa lagi dan lagi. Tahniah kepada semua Niqabi seluruh dunia. InsyaAllah.

Isnin, 11 Jun 2012

~Atheist 2~

Agak tersentap di situ. Diam bukan bermakna kalah, diam juga bukan bermakna mengiyakan. Mard nak dengar pendapat yang bukan senang kita nak dengar "live" dari seorang yang bukan sebangsa dan bukan seagama. Mard boleh bau, betapa dia anti agama, dan paling tepat anti Islam. Percayalah, bukan senang, kita nak cari idea serta merta untuk bagi Atheist ni faham dalam masa beberapa minit ni. Bayangkan, dia dah menjadi Atheist selama 23 tahun. Betapa, pendirian dia amat kuat dan sebati, paling jelas, dia amat berprinsip "agama adalah sesuatu yang boleh dipilih, dan aku memilih untuk tidak memiliki agama". Mard tidak cuba untuk mendominasi dia. Hanya mencuba clear kan keadaan based on talk dia tadi pasal Islam.

Sambil senyum, Mard kata, saya fikir saya nak state one view as a muslim. Alang-alang kamu dah mulakan, sebagai penganut ajaran Islam, i want give you something. Really. Saya tertarik part "agama tu, bukan mereka yang nak". Then awk fikir kenapa mereka xnak buang agama tu? maksudnya keluar dari Islam? sebabnya mereka tahu, di hari pembalasan, hari akhirat, hari pengadilan selepas mati, selepas mereka di seksa di dalam neraka, jika masuk nerakalah, di akhirnya, mereka akan dimasukkan juga ke dalam syurga. Compare dengan dengan orang yang tidak beragama atau selain dari Islam, akan kekal diseksa selamanya di dalam neraka. See, pentingnya kalimah "laila haillallah". Kalimah iman, yakin dalam hati mereka. So jangan kamu underestimate mereka, sebab mereka akan dimasukkan dalam syurga. Mard gelak. Lagi pun, siapa tahu, nanti mereka akan berubah jadi baik. Manusia kan berubah.

Ohh, kamu fikir kami ikut budaya Arab, sebenarnya, kami ikut cara hidup nabi kami, Muhammad saw. Dan segala suruhan baginda adalah datangnya dari tuhan kami Allah swt. Yang pakai jubah, tutup muka, makan kurma dan segala yang kamu cakap itu antara sunnah nabi kami. Dimana kami percaya di setiap jalan atau sunnah yang ditunjukkan baginda akan ada kejayaan. Macam sami cina pakai jubah kuning tu kan, kenapa dia pakai macam tu, kenapa dia x pakai macam orang cina lain? mesti sebab kamu kata dia orang yang lebih beragama, bagus, ikut suruhan tuhan, pure Budhist dan sebagainya, macam tu juga dengan orang Islam yang kamu musykilkan tadi. Mereka lebih sayang Allah, lebih sayang nabi. Saya je penganut yang jahat. One fine day, InshaAllah nak pakai tutup muka tu, okey x? Bulat mata dia pandang Mard.

You know, sometimes, ia bukan sesuatu yang boleh kamu assume dan fikir guna akal. Kamu fikir kamu tahu pasal Islam,sebenarnya kamu langsung tidak tahu. So, just don't hate it k.

Semua diam...

Ohh, satu lagi, dalam Rukun Negara Malaysia, perkara pertama, "Kepercayaan kepada Tuhan" or "Belief In God". Habis kamu macam mana? Dia gelak...

Ohh, xsempat bincang, dah kena masuk dewan makan. Semoga Allah memaafkan segala percakapan Mard jika silap di mana-mana. Dan minta-minta kawan tu, berfikir tentang perkara yang Mard cakap. Walaupun dari satu part. Aminn.


Ahad, 3 Jun 2012

~Atheist~

Bismillahhirrahmanirrahim...


Agak lama Mard simpan cerita ini, Mard cuba endahkan, tapi, semakin kuat pula bermain di fikiran Mard. Terngiang-ngiang. Beberapa hari lepas, Mard pergi majlis makan malam bersama Menteri Besar Negeri Sembilan dibawah Persatuan Anak Negeri Sembilan Usm, berlangsung di pejabat Tabung Haji, Pineng. Then, termasuk Mard, ada 3 orang je anak N.9 yang Mard kenal. Seorang Melayu Islam dan seorang lagi Cina, tapi tidak menganuti sebarang agama. Atheist. Sementara menunggu pintu dewan dibuka pukul 8 malam, kami berborak. Then, keluar cerita pasal agama. Well said, kawan Mard yang Islam ni jenis yang "open" dan "biasa-biasa" sahaja. Which is great untuk menerima pendapat semua orang. Yang Cina ni pula, amat demokratik dan open dalam semua hal. Then, the isu start bila kawan Cina ni start bagi pandangan.

"Saya pelik, kenapa orang Melayu di Malaysia nak tiru cara pemakaian orang Arab? Hari tu saya minum di restoran dan duduk dekat dengan sekumpulan orang Melayu yang pakai tutup muka tu. They are very annoyying. Bukan sebab cara pakaian mereka macam tu, tapi mereka budget macam alim. Saya pelik, kenapa mesti orang Melayu nak tiru budaya orang Arab? kenapa tidak ikut apa yang agama kamu suruh dalam Al-Quran? Maksud saya, tidak kisah kamu pakai baju kurung atau T-shirt selagi kamu ikut syariat dalam Islam. Kenapa kamu mesti nak tiru orang Arab?tutup muka, pakai robe, even, makan pun kamu nak tiru Arab. Emm...kurma. Jadi la Islam di Malaysia. Itu Islam di Arab.  Dalam Al-Quran kata, mesti pakai macam tu ke? perkahwinan kamu pun, agak memaksa, contohnya, jika orang tu bukan Islam, nak kahwin dengan Islam, dia perlu memeluk agama Islam. Nampaknya, agama tu bukan atas kerelaan dia. Dalam agama lain, mereka bebas mengahwini mana-mana agama, asalkan masing-masing menghormati agama pasangan masing-masing"

"Betul lah tu, padahal, rasanya, perempuan Arab, pakai tutup muka, sebab sana padang pasir. Itu memang budaya mereka pakai jubah. Tambah kawan yang Islam tu.

"Kadang-kadang, rasa x suka orang pertikaikan kenapa saya Atheist. Tapi, bila mengenangkan, mereka yang carry agama pun, tengoklah, x ada adap santun. Kalau saya balik K.L humm orang Melayu kemain lagi. Sorry to say, semua orang kamu yang buat. Itu pasal orang pandang Islam tu buruk. Bila orang bukan Islam pandang, penganut Islam buat sesuatu yang tidak baik, mereka akan terus assume Islam buruk. Mana ada masa mereka nak kaji agama Islam ni sebenar macam mana. Kadang-kadang saya fikir, kamu semua x malu ke, mengaku agama Islam, tapi kamu x jalankan pun tuntutan agama kamu. Kamu x malu ke, mengaku orang yang beragama. Lebih baik kamu tiada agama. Lagi pun, agama yang kamu ada pun sebab ibu bapa kamu. Bukan kamu yang nak pun. Then, jangan pertikaikan kenapa saya Atheist"


~ bersambung~

Jumaat, 25 Mei 2012

~Click2 Bermakna Part 1~

Mard jenis yang tidak suka mengumpul dan menyimpan gambar kartun dan sebagainya. Tapi ada beberapa gambar yang berjaya capture hati Mard untuk simpan mereka dalam Mr. Lappy Mard. Mard boleh telek, pandang dan tengok gambar ini sampai beberapa minit dan berulang kali.  Lagi parah, Mard boleh ketawa terkekeh kekeh sesorang. Ada gambar buat Mard fikir panjang dan sebagainya. Soo Gooodddd.  Jom tengok!!
Funny+Sweet Mr & Mrs T-Rex
Hilarious Friend Berus gg
&Tisu tandas
Angry couple----->Husband&Wife to be
Oooooo.....Eternal Love :'(
Support...Yeayyyyhh
Poor baby ever ..Ooooo :'( Deaf Bby vs Hearing Bby
i <3 this: Wekkkk







Jumaat, 4 Mei 2012

~Tanda Kasih>:)~




     Lagu nostalgia. Ni antara kesukaan Mard :)                                                

Pasangan pertama kini mempunyai seorang putera, diberi nama Mohd Saad, dan Raja serta Permaisurinya sedang menyambung lagi pengajian. Pasangan yang kedua, kini mempunyai seorang puteri diberi nama Nun Safiyyah. Rajanya, sedang mengusahakan pusat jagaan kanak-kanak "Little Caliph".  Permaisurinya kini berkhidmat di Tunku Khursiah College. Manakala, pasangan yang ketiga ni, kini mempunyai seorang puteri, dan rasanya semua blogger Mard tahu siapa namanya. Si Umu Asma'. So, Abinya sekarang sibuk mengajar di sekolah, dan umminya sibuk mengajar Asma' di rumah. Ho ho ho. Sebenarnya, ada lagi 1 pasangan, tapi Mard belum dapat gambarnya. Nanti, kalau dah dapat, Mard update k <3<3<3



Khamis, 26 April 2012

Atuk VS Aliff

Tengah stress buat esaimen ni...tetiba teringat satu kisah lucu antara abah dengan cucunya bernama Mohd Aliff Iqbal yang berusia 5 tahun. Aliff ni, baru masuk tadika. Abah Mard ni macam x berapa suka, cucunya dimasukkan ke sekolah awal-awal sangat. Abah lebih suka, ibu mereka yang didik dulu. Lagi pun, abah kata, budak-budak ni pergi sekolah pun, nanti main ja. Jadinya, abah panggil "sekolah makan dan main". Tanda protes agaknya.


Satu petang, hampir sebahagian family Mard berkumpul kat rumah Gemas. Rumah abah la. Then, tengah minum petang berjemaah, abah tanya si Aliff,

"Ko p sekolah, subjek apa yang ko suka?"
Aliff pun jawab, "Math"
"Ooo..okey, atuk tanya, ko jawab"
"1+0?"
"1"
"Ohh..pandai"
"1+1"
"2"
(Abah gelak......)
(Abang(ayah Aliff) senyum riak)
(Mak cik-mak cik Aliff senyum bangga)
"O...okey..pandai..pandai..jap, atuk tanya satu lagi."
semua pandang abah...
(1+1+0?)
"Aliff...errr"
(11!)
Semua.......(Gelak besar)

Hurm...Aliff...Aliff..dia x tahu konsep penambahan 3 digit lagi. Macam-macam anak buah Mard punya telatah. Semoga mereka semua menjadi Da'ie dan Da'ieyah agama. Aminn Ya Rabb

Ahad, 22 April 2012

Assalamualaikum.

Harap semua orang sihat dan gembira. Amin. Kali ni Mard nak cerita pasal pertandingan Eco-Room.

Nah, Mard hadiahkan bunga Ros ni. Mard tanam sendiri kat bilik:)

Kalau di Gemas, Mard gila menanam bunga dan segala jenis tumbuhan dengan abah. Di Pineng, MasyaAllah, tanah pun nak kena beli untuk menanam bunga. Senyum jelah Mard. Bayar jangan x bayar:). Semua barang dan anak pokok bunga Mard beli di Tesco. Sebelum ni Mard memang tanam bunga dalam bilik. Tapi, masa cuti sem lepas, Mard x boleh nak bawa bunga tu balik. Berat kot. Mana larat. Then, Mard letak kat kawasan luar tempat Mard menginap. Agaknya asbab x cukup air, xda yang nak menyiram dalam 4 bulan Mard cuti, Pokok Ros warna merah bata tu mati. Mungkin juga lecur sebab Mard tabur baja agak banyak sebelum balik. Mard amat sedih dan macam-macam lagi lah.

Ros Merah Bata Mard Dalam Kenangan:(

Then, baru-baru ni, Mard nampak advertisement dalam lif. Menarik perhatian Mard. Lebih kurang macam projek Eko-Desa. Galakkan penghuni wanita di desasiswa/penginapan Mard untuk bersikap lestari dengan membela satu pokok. Kaktus pun jadilah:) Mard bukan setakat bela, siap tanam lagi tau. Hihi. Then, pihak juri akan pergi bilik yang daftar pertandingan dan beri markah. Oh my. Mestilah Mard masuk. Nak je, Mard tanggalkan semua iklan tu, biar Mard sorang je yang daftar. Hohoho.


Then, tadi Mard pergi Tesco dan beli semua item untuk menanam pokok bunga Ros yang baru. Agak kecewa sebab yang ada, hanya tinggal satu. Ros warna pink dengan keadaan yang agak menyedihkan. Banyak je lagi pilihan pokok spesies lain. Tapi, entahlah, nak menebus kematian pokok Ros kelmarin mungkin, Mard beli anak pokok Ros. Ros antara pokok susah nak hidup dan dijaga. Sebab dia mudah lecur. Satu lagi, dia lemah sebab ditanam melalui keratan batang. Kulat senang hinggap kat akar dan daun dia. Mard tengok, satu pasu, ada tiga anak Ros. Then, Mard beli benda ni semua.


Semua, tahu kan, cara nak menanam? Tapi, yang ni rasa x puas sebab semua barang dibeli. Kalau kat Gemas, semua diambil dari persekitaran Mard je. Maksudnya Mard x keluarkan duit dan banyak pilihan aka DUIT ABAH. Kalu Mard nak tanam Ros, pergi je rumah jiran sebelah, mintak batang pokok Ros. Nak benih tu ambil, benih ni, ambil. Tukar menukar. Syok.

Penuhkan tanah dalam bekas ni. Pastikan lubang kat bawah laluan air dah ditutup dengan batu kecil.

Keluarkan anak pokok dari pasu asal, jangan sampai tercabut dari tanah akar pokok

Pecahkan pokok jadi tiga, tengok keadaan akar pokok

Yang ni, jadinya kalau dah siap

Ratakan tanah, pastikan tanah sekitar batang dan akar pokok kejap, dan tidak bergoyang

Tadi nampak Orked purple. Fulamak kelopak dia mengancam. Terliur je Mard pandang. Bagi sesiapa yang jenis, suka pokok tapi malas nak jaga, Mard cadangkan, dari bela kaktus, baik bela Orked. Dua-dua jenis lasak. Bezanya, Orked berbunga warna warni. Mard x nak bela Orked sebab, Orked lambat membesar dan guna arang. Mard jenis suka tengok pokok membesar dari sehari ke sehari. Rasa...ahhhh...amat tenang, macam refresh tenaga bila tengok bunga. Satu kepuasan menanam bunga ni. Lagi-lagi bila dia mengembang macam ni.


Subahanallah. Geramnya tengok!!! rasa nak makan. Ummmm.