Setelah Allah swt menciptakan Jibrail as, Jibrail as bertanya kepada Allah swt. ‘Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.’ Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. ‘Tidak’
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.’
Kemudian Jibrail as berkata: ‘Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?’
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. ‘Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…’
Subahanallah, marilah sama-sama kita merenung, adakah kita umat lemah yang dikatakan Allah kepada Jibrail? Lihatlah betapa sayang dan Maha Pengampun Allah swt kepada kita, umat akhir zaman. Marilah kita merebut peluang yang masih ada untuk beramal sebagai bekalan di akhirat.
Mati adalah syarat menuju cinta abadi. Jannatul Ma'waa. Amin Ya Rabb.






.jpg)


