Khamis, 26 April 2012

Atuk VS Aliff

Tengah stress buat esaimen ni...tetiba teringat satu kisah lucu antara abah dengan cucunya bernama Mohd Aliff Iqbal yang berusia 5 tahun. Aliff ni, baru masuk tadika. Abah Mard ni macam x berapa suka, cucunya dimasukkan ke sekolah awal-awal sangat. Abah lebih suka, ibu mereka yang didik dulu. Lagi pun, abah kata, budak-budak ni pergi sekolah pun, nanti main ja. Jadinya, abah panggil "sekolah makan dan main". Tanda protes agaknya.


Satu petang, hampir sebahagian family Mard berkumpul kat rumah Gemas. Rumah abah la. Then, tengah minum petang berjemaah, abah tanya si Aliff,

"Ko p sekolah, subjek apa yang ko suka?"
Aliff pun jawab, "Math"
"Ooo..okey, atuk tanya, ko jawab"
"1+0?"
"1"
"Ohh..pandai"
"1+1"
"2"
(Abah gelak......)
(Abang(ayah Aliff) senyum riak)
(Mak cik-mak cik Aliff senyum bangga)
"O...okey..pandai..pandai..jap, atuk tanya satu lagi."
semua pandang abah...
(1+1+0?)
"Aliff...errr"
(11!)
Semua.......(Gelak besar)

Hurm...Aliff...Aliff..dia x tahu konsep penambahan 3 digit lagi. Macam-macam anak buah Mard punya telatah. Semoga mereka semua menjadi Da'ie dan Da'ieyah agama. Aminn Ya Rabb

Ahad, 22 April 2012

Assalamualaikum.

Harap semua orang sihat dan gembira. Amin. Kali ni Mard nak cerita pasal pertandingan Eco-Room.

Nah, Mard hadiahkan bunga Ros ni. Mard tanam sendiri kat bilik:)

Kalau di Gemas, Mard gila menanam bunga dan segala jenis tumbuhan dengan abah. Di Pineng, MasyaAllah, tanah pun nak kena beli untuk menanam bunga. Senyum jelah Mard. Bayar jangan x bayar:). Semua barang dan anak pokok bunga Mard beli di Tesco. Sebelum ni Mard memang tanam bunga dalam bilik. Tapi, masa cuti sem lepas, Mard x boleh nak bawa bunga tu balik. Berat kot. Mana larat. Then, Mard letak kat kawasan luar tempat Mard menginap. Agaknya asbab x cukup air, xda yang nak menyiram dalam 4 bulan Mard cuti, Pokok Ros warna merah bata tu mati. Mungkin juga lecur sebab Mard tabur baja agak banyak sebelum balik. Mard amat sedih dan macam-macam lagi lah.

Ros Merah Bata Mard Dalam Kenangan:(

Then, baru-baru ni, Mard nampak advertisement dalam lif. Menarik perhatian Mard. Lebih kurang macam projek Eko-Desa. Galakkan penghuni wanita di desasiswa/penginapan Mard untuk bersikap lestari dengan membela satu pokok. Kaktus pun jadilah:) Mard bukan setakat bela, siap tanam lagi tau. Hihi. Then, pihak juri akan pergi bilik yang daftar pertandingan dan beri markah. Oh my. Mestilah Mard masuk. Nak je, Mard tanggalkan semua iklan tu, biar Mard sorang je yang daftar. Hohoho.


Then, tadi Mard pergi Tesco dan beli semua item untuk menanam pokok bunga Ros yang baru. Agak kecewa sebab yang ada, hanya tinggal satu. Ros warna pink dengan keadaan yang agak menyedihkan. Banyak je lagi pilihan pokok spesies lain. Tapi, entahlah, nak menebus kematian pokok Ros kelmarin mungkin, Mard beli anak pokok Ros. Ros antara pokok susah nak hidup dan dijaga. Sebab dia mudah lecur. Satu lagi, dia lemah sebab ditanam melalui keratan batang. Kulat senang hinggap kat akar dan daun dia. Mard tengok, satu pasu, ada tiga anak Ros. Then, Mard beli benda ni semua.


Semua, tahu kan, cara nak menanam? Tapi, yang ni rasa x puas sebab semua barang dibeli. Kalau kat Gemas, semua diambil dari persekitaran Mard je. Maksudnya Mard x keluarkan duit dan banyak pilihan aka DUIT ABAH. Kalu Mard nak tanam Ros, pergi je rumah jiran sebelah, mintak batang pokok Ros. Nak benih tu ambil, benih ni, ambil. Tukar menukar. Syok.

Penuhkan tanah dalam bekas ni. Pastikan lubang kat bawah laluan air dah ditutup dengan batu kecil.

Keluarkan anak pokok dari pasu asal, jangan sampai tercabut dari tanah akar pokok

Pecahkan pokok jadi tiga, tengok keadaan akar pokok

Yang ni, jadinya kalau dah siap

Ratakan tanah, pastikan tanah sekitar batang dan akar pokok kejap, dan tidak bergoyang

Tadi nampak Orked purple. Fulamak kelopak dia mengancam. Terliur je Mard pandang. Bagi sesiapa yang jenis, suka pokok tapi malas nak jaga, Mard cadangkan, dari bela kaktus, baik bela Orked. Dua-dua jenis lasak. Bezanya, Orked berbunga warna warni. Mard x nak bela Orked sebab, Orked lambat membesar dan guna arang. Mard jenis suka tengok pokok membesar dari sehari ke sehari. Rasa...ahhhh...amat tenang, macam refresh tenaga bila tengok bunga. Satu kepuasan menanam bunga ni. Lagi-lagi bila dia mengembang macam ni.


Subahanallah. Geramnya tengok!!! rasa nak makan. Ummmm.




Jumaat, 16 Mac 2012

~Bidadari Untuk Umar~

Assalamualaikum semua sekali:)

Malam ni, mard nak share satu cerita yang mard baca. Sudah tentulah pasal bidadari! tapi kali ni, istimewa sedikit. Kerana, bidadari yang mard nak cerita ni dikhaskan untuk Umar. Siapa Umar? kenapa ada bidadari yang dikhaskan untuk Umar? jom baca, dan selamat malam..lepas baca, jangan lupa tidur yea...


~Tersebutlah kisah dalam lipatan sejarah, Umar R.a adalah salah seorang dari sahabat Nabi Muhammad Saw. Semenjak beliau memeluk Islam, muslimin seakan mendapat satu semangat baru. Mereka merasai satu keberanian selepas Umar ni memeluk Islam. Buktinya, kaum muslimin dah berani keluar bersolat secara terang-terangan, dan tawaf di Ka'bah!. Umar seorang pemuda yang warak. Subahanallah:) beliau amat teliti dalam mengamalkan ajaran Islam. Dikatakan, beliau mempelajari surah Al-Baqarah, selama 10 tahun!. Selepas habis mempelajari surah tersebut, beliau menemui Rasullullah, dan bertanya, "Wahai Rasullullah, adakah hidupku, telah mencerminkan surah Al-Baqarah? jika belum, aku tidak mahu melanjutkan ke surah yang berikutnya. Nabi menjawab "Sudah". Umar mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah Swt. Kerana inilah, banyak ayat Al-Quran yang diturunkan Allah Swt, berdasarkan kehendak hatinya. Antaranya, mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Quran lainnya. Semoga masih ada "Umar" di zaman fasha dan mungkar ni Ya Allah. Amin:) Jadi, sekarang, semua sudah tahu, siapa itu Umar. Mari kita lihat bidadari yang diciptakan untuknya pula:)

Oke. Rasullullah Saw, amat suka menceritakan kisah perjalanan mikrajnya kepada para sahabatnya. Rasullullah juga, sering menceritakan tentang syurga yang telah dijanjikan Allah Swt. Pada suatu hari, ketika  Rasullullah dimikrajkan, Rasulullah telah dibawa oleh malaikat Jibril A.s, untuk melihat taman-taman syurga. Rasulullah melihat, ada sekumpulan bidadari yang sedang leka bercengkerama. Tetapi, ada seorang bidadari yang amat berbeza dari bidadari yang lain. Dia kelihatan duduk menyendiri dan kelihatan amat pemalu. Huhu. Maka, Rasulullah bertanya kepada Jibril A.s "Siapakah bidadari itu?" Maka Jibril A.s menjawab, "bidadari itu, dikhaskan untuk sahabatmu, Umar R.a. Pernah suatu hari, dia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan kepadanya tentang keindahannya. Lantas, dia membayangkan dan berdoa, mahukan bidadari yang lain dari yang lain. Dia mahukan, bidadari yang berkulit hitam manis, mempunyai dahi yang tinggi, bahagian atas matanya merah, dan bawah matanya biru, serta mempunyai sifat yang sangat pemalu. Oleh kerana sahabatmu itu, selalu memenuhi kehendak Allah Swt, maka saat itu juga Allah Swt, menjadikan seorang bidadari sesuai dengan kehendak Umar R.a" Subahanallah.

:)sweetnya...mari kita banyak-banyak berdoa untuk mendapat perkara yang kita hajati. Lihat, Allah Swt, sentiasa mendengari permintaan hambaNya. Tetapi, kita sahaja sebagai mahluknya, yang selalu melupakan Allah. Nauzubillah.

Dah tamat cerita Mard, lekas tidur....

:)

Selasa, 13 Mac 2012

JORD PURANA SATTY: Markaz Tablighi Raiwind Pakistan



                                      When i get big, i go, where they are go. I am going to Pakistan
                                                                                       :)

Mard x berapa tahu pasal Jord ni. Yang Mard faham, Jord ni kecil sikit dari Istimak. Jord bulan 3 ni tiap-tiap tahun ada. Kira besar juga lh, Jord Purana Satty. Jord Utkim untuk orang yang dah keluar 4 bulan, 7 bulan, dan 1 tahun. Ada yang kata, 1 tahun tu, dah macam taraf ulama'. Wallahhualam. Mesti setiap karkun ada pasang impian nak ke sini. Kan sedap kalau ada rumah kat sini. Boleh pergi markaz hari-hari :) hihihi. MasyaAllah. Untunglah.

Jumaat, 9 Mac 2012

sometimes u should do

Waffle ni biasanya buat kita mual

Nilah coffee mocha, bo buat kita addict
       
        Kadang kadang bila kita rasa dunia ni dah jadi tunggang terbalik sebab mungkin tekanan belajar, selisih faham dengan buddy, feel down dgn something, atau perkara yang kita plan turn down, tuah tak pihak kat kita, permintaan hubungan yang kompleks, tanggungjawab atau apa saja, buatkan kita rasa sesak, terbeban, tidak enjoy, rasa terpaksa dan nak meletup, tapi, kita terpaksa tahan sampai kat lung, kita perlu get out, take some fresh air, dan ini suggestion, nikmati pemandangan malam. Pergi keluar senyap-senyap, sorang-sorang, grab atau buy something yang selama ni kita x boleh minum atau kita avoid seperti nescafe tin purple, beli waffle minta kat adik tu letak coklat campur butter campur kaya biar banjir creamy and ofcourse bayar lebih la, then pergi satu tempat yang kita boleh lepak, dan minum dan makan dengan lahap tanpa ada yang nak tegur atau apa sahaja. Lagi best, pergi tingkat yang paling tinggi, duduk dekat tangga balkoni, pandang orang yang buat hal masing-masing. Jangan fikir apa-apa. Just duduk kat tangga tu, minum, makan, dan nikmati suasana malam. Take ur time. Take and take and take and take time untuk badan, minda, nafsu rehat. Bila dah sendawa besar, mata dah ngantuk, tapi makanan tak habis lagi, pergi bagi kat adik-adik yang sedang study kat sepanjang tangga yang menyepah-nyepah tu. Then kata dengan dieorang, "belajar baik-baik"

        Jalan, pergi toilet, brush teeth, cuci muka, masuk bilik, dan tidur. Then, janji dengan diri, "okey, aku janji ganti balik duit yang dah aku belanjakan beli macam-macam tadi, dengan puasa sunat isnin, khamis"

zzzzzZZZZZZZZ

Sabtu, 3 Mac 2012

~Bila Mard kerinduan~

Di mana saja diri kamu abah, semangatmu bersama saya:) . Di sini <3



Dialah seorang yang tenang dan kacak,
Seperti denyutan jantung Mard,
Di rambutnya yang memutih dan berkopiah,
Tertulisnya takdir seseorang.

Di matanya yang penuh kasih sayang,
Tersembunyinya  identiti seseorang,
Siapakah yang difikirkannya?
Dan mimpikan sepanjang siang dan malam?
Mard tiada sebarang petanda siapakah dia
Mard harap, Mardlah orangnya.

Matanya mencari seseorang,
Penuh dengan impian dan kegembiraan,
Sesiapapun, dia sedang berada disini,
Tidak berapa jauh, tapi sangat dekat,
Mard tiada sebarang petanda siapakah dia,
Mard harap, Mardlah orangnya.

Yang pasti dia hadir dalam mimpi siang dan malam Mard,
Memanggil Mard dalam sedu dan sedan,
Dalam tawa dan riang,
Apakah yang difikirkannya?
Apakah yang dihajatkannya?
Adakah dia juga sedang mengingat seseorang?
Mard harap, Mardlah orangnya.

Doakan abah Mard yang sedang keluar khuruj 40 hari di Terengganu.

Isnin, 27 Februari 2012

meh! mard nak share ceghita:)


Kalau siapa pernah baca entry mard sblum ni, mard ada wish nak share kt blog perkara yang mard share kat kaum muslimat di surau mo3, USM, waktu giliran mard buat pengisian pada ahli lembaga surau. Enjoy k. Sumber info ni, mard ambil dari majalah solusi 2010. Mard nak cerita dalam konteks y mard suka. Paling penting, mard sendiri faham. Tahukah semua, bahawa, iblis dan syaitan adalah individu yang sama. Cumanya, iblis merujuk kepada individu. Dan syaitan merujuk kepada perbuatan iblis yang suka menghasut! Dari mana datangnya gelaran syaitan? Kenapa? Meh, cikgu mard nak ceghita..

Baik murid-murid (hihi), sebelum tu, cikgu mard nak bagi tahu yang jin diciptakan Allah swt dari api. Ini berbeza dari manusia yang diciptakanNYA dari tanah. Bersesuaian dalam firmannya dalam surah al-Hijr ayat y ke 27, mahfumnya, "Dan kami ciptakan jin sebelum (Adam) daripada api y sangat panas".

Umu Anisah, tahukah kamu, jin juga mempunyai masyarakat seperti, kita, manusia? mereka pun makan, minum, dan berketurunan. Ada yang baik dan taat perintah Allah, ada juga sebaliknya. Allah berfirman, dalam surah al-Jinn ayat ke 72, "sesungguhnya antara kami, ada yang soleh dan ada pula yang tidak demikian. Bermacam-macam jalan yang kami tempuhi". Menarik kan..Hurm.

Kak Maz mesti suka info ni, yang Allah juga mengutus kepada masyarakat jin, para rasul dari jenis mereka sendiri sebagaimana firmannya, dalam surah al-An'am ayat ke 130, "Wahai sekalian jin dan manusia! bukankah telah datang pada kamu rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu di hari kiamat ini?" Take note everybody.

Kak As pula patut tahu yang salah satu kelompok daripada jin adalah iblis, sebagaimana dalam ayat surah al-Kahfi, ayat ke 50, "Dan ingatlah peristiwa ketika kami berfirman kepada malaikat "sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan iblis ia berasal daripada golongan jin. Lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya"

Nam, kamu tahukan pasal cerita buah khuldi yang dimakan Adam a.s? Bagus...

Jadi, siapa pula syaitan? let's find out girls..


                                                       B.E.R.S.A.M.B.U.N.G