Agak tersentap di situ. Diam bukan bermakna kalah, diam juga bukan bermakna mengiyakan. Mard nak dengar pendapat yang bukan senang kita nak dengar "live" dari seorang yang bukan sebangsa dan bukan seagama. Mard boleh bau, betapa dia anti agama, dan paling tepat anti Islam. Percayalah, bukan senang, kita nak cari idea serta merta untuk bagi Atheist ni faham dalam masa beberapa minit ni. Bayangkan, dia dah menjadi Atheist selama 23 tahun. Betapa, pendirian dia amat kuat dan sebati, paling jelas, dia amat berprinsip "agama adalah sesuatu yang boleh dipilih, dan aku memilih untuk tidak memiliki agama". Mard tidak cuba untuk mendominasi dia. Hanya mencuba clear kan keadaan based on talk dia tadi pasal Islam.
Sambil senyum, Mard kata, saya fikir saya nak state one view as a muslim. Alang-alang kamu dah mulakan, sebagai penganut ajaran Islam, i want give you something. Really. Saya tertarik part "agama tu, bukan mereka yang nak". Then awk fikir kenapa mereka xnak buang agama tu? maksudnya keluar dari Islam? sebabnya mereka tahu, di hari pembalasan, hari akhirat, hari pengadilan selepas mati, selepas mereka di seksa di dalam neraka, jika masuk nerakalah, di akhirnya, mereka akan dimasukkan juga ke dalam syurga. Compare dengan dengan orang yang tidak beragama atau selain dari Islam, akan kekal diseksa selamanya di dalam neraka. See, pentingnya kalimah "laila haillallah". Kalimah iman, yakin dalam hati mereka. So jangan kamu underestimate mereka, sebab mereka akan dimasukkan dalam syurga. Mard gelak. Lagi pun, siapa tahu, nanti mereka akan berubah jadi baik. Manusia kan berubah.
Ohh, kamu fikir kami ikut budaya Arab, sebenarnya, kami ikut cara hidup nabi kami, Muhammad saw. Dan segala suruhan baginda adalah datangnya dari tuhan kami Allah swt. Yang pakai jubah, tutup muka, makan kurma dan segala yang kamu cakap itu antara sunnah nabi kami. Dimana kami percaya di setiap jalan atau sunnah yang ditunjukkan baginda akan ada kejayaan. Macam sami cina pakai jubah kuning tu kan, kenapa dia pakai macam tu, kenapa dia x pakai macam orang cina lain? mesti sebab kamu kata dia orang yang lebih beragama, bagus, ikut suruhan tuhan, pure Budhist dan sebagainya, macam tu juga dengan orang Islam yang kamu musykilkan tadi. Mereka lebih sayang Allah, lebih sayang nabi. Saya je penganut yang jahat. One fine day, InshaAllah nak pakai tutup muka tu, okey x? Bulat mata dia pandang Mard.
You know, sometimes, ia bukan sesuatu yang boleh kamu assume dan fikir guna akal. Kamu fikir kamu tahu pasal Islam,sebenarnya kamu langsung tidak tahu. So, just don't hate it k.
Semua diam...
Ohh, satu lagi, dalam Rukun Negara Malaysia, perkara pertama, "Kepercayaan kepada Tuhan" or "Belief In God". Habis kamu macam mana? Dia gelak...
Ohh, xsempat bincang, dah kena masuk dewan makan. Semoga Allah memaafkan segala percakapan Mard jika silap di mana-mana. Dan minta-minta kawan tu, berfikir tentang perkara yang Mard cakap. Walaupun dari satu part. Aminn.