Isnin, 24 Januari 2011


Kala Senja Itu Tiba..

Kala senja itu tiba,
Ku termenung sendirian,
Terasa diriku ini,
Jauh dari rahmat tuhan,
Dosa yang aku lakukan,
Menerjah ruang fikiran,
Masihkah ada untukku,
Keampunan.....
 

Gelap rasa dunia ini,
Tanpa cahaya Ilahi,
Baru kini ku sedari,
Jalan yang aku lalui,
Memusnah pedoman hidup,
Melempar hatiku ini,
Ke lembah kehinaan...

Dalam kegelapan itu,
Terpancar cahaya dariMu,
Memandu hambaMu,
Menuju iman,
Menginsafi diri dengan ketaqwaan,
Dan kesabaran....

Kau terangi jalanku,
Menuju syurgaMu,
Dan kau tunjuki,
Dengan hidayahMu,
Hanyalah padaMu,
Ku hadapkan diri,
Mohon keampunan...

Wahai Yang Maha Pengasih,
Bantulah hambaMu ini,
Yang kian terumbang-ambing,
Di dalam arus duniawi,
Ku berdoa kepadaMu,
Memohon limpah rahmatMu,
Moga mentari kan bersinar kembali....

3 ulasan :

umu6point berkata...

Assalamualaikum ya dinda...

wahh..kanda sungguh suka nasyid keinsafan ni.. dari Haikal~ Mentari hidup kut tajuknya. iye kn? jd, kanda berangapan dinda tujukn lagu ini buat kanda la ye..hehee..

*selalu dengar time malam2~ sangat sayuuu..huhu

Bijen M. berkata...

Wahh!
Lawa gambar sampan tu.
Peewit!

ukhti,mardhiah berkata...

kak umu,
wasalam...
aiwah soheh jiddan,kita pun suka lagu ni
syahduu...senang insaf

BM,
iye lawa..
tgokla siapa y ambil kn kn kn
weewit!