Rabu, 23 Februari 2011

Mard Okey Ja *(,^.^,)*


Gambar ini mengingatkan mard banyak perkara sepanjang lebih kurang,20 tahun kebelakang
Sebenarnya xingat pun,masakan ingat,mard juga baru 3tahun ketika gambar ni diambil.Cuma berusaha mengenangkan.Cumanya,mard terdengar lagu ni....then,mard xboleh berhenti dari memikirkan tentang sesuatu...sesuatu yang mard xpernah pedulikan.Kerana mard xda pilihan.Tapi kadang kala,di saat saat tertentu,kenangan itu benar-benar mard perlukan.Tapi selalunya,mard akan lari dari memikirkan apa-apa y berkaitan dengan kenangan itu.Kerana ianya sungguh menyakitkan.Sungguh memedihkan hati dan perasaan.menyakitkan zahir dan batin.Automatik.Mard sentiasa rasa diri okey dengan kenangan tersebut.Padahal perasaan dan batin mard mereput bila orang memperkatakannya.

Humm.Cuba menjadi mardhiah.Hakikatnya mard cuma mardhiah.Xperlu menjadi apa-apa.kerana mard memang mardhiah...dan selamanya mardhiah.


Bersinar kau bagai cahaya

Yang selalu beri ku penerangan

Selembut citra kasihmu kan

Selalu ku rasa dalam suka dan duka

Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar

Sinari hidupku dengan kehangatanmu


Bagaikan embun kesejukan hati ini

Dengan kasih sayangmu

Betapa kau sangat berarti

Dan bagiku kau takkan pernah terganti

Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar

Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku

Pengorbananmu sungguh sangat berarti

Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar

Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar

Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Sinari hidupku dengan kehangatanmu
 
 
Kadangkala kenangan itu hendak ku bunuh,tapi xtahu menggunakan apa,
Kadangkala kenangan itu hendak ku cintai,tapi xtahu bagaimana,
Kadangkala kenangan itu,menyiksakan jiwa raga,habis perlu apanya ku bela,
Kadangkala memandang bintang dan langit,terasa kenangan itu begitu bersama,
Menemani di setiap umur langkahku,
Menemani sepi yang xkelihatan,
tidak mengapa,mard okey ja.
*(,^.^,)*

5 ulasan :

PIANED berkata...

Hazrat Anas ra telah melaporkan: kami pergi bersama Rasulullah saw untuk melawat Abu Saif si tukang besi yang merupakan suami Khaulah Binti Munzir, penjaga anaknya Ibrahim yang menurut adat masih tinggal dengan penjaganya. Baginda menimang anaknya, menciumnya dan menggosokkan hidungnya kepada pipi anaknya, sebagaimana dilakukan apabila menggomol anak kecil. Kami telah pergi untuk melawatnya kemudian apabila Ibrahim telah meninggal dunia dan air mata mula mengalir di mata Rasulullah saw yang mana Abdul Rahman bin Auf ra berkata kepadanya:”Tuan juga, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,”Ibnu Auf, ia adalah kasih sayang”,maka air mata baginda mengalir dan bersabda,”Air mata mengalir dan hati bersedih, tetapi kami hanya ucapkan apa yang Tuhan kami redha dengan (iaitu Dari Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali) dan bersedih di atas perpisahan denganmu, wahai Ibrahim.”(Bukhari, Muslim, Maariful Hadis)

fuad ansari berkata...

Kajang tuan kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Kasih ibumu kasih yang hebat,
Menemani di setiap umur langkahmu.. (",)

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) berkata...

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas semua ibu-ibu yang melahirkan muslimin dan muslimah...insyaALLAH syurga untuk mereka...AMIEN ya Rabb~

:)

umu6point berkata...

Assalamualaikum...

wahhh...comelnye gambar adinda Siti Najibah dan adinda Umu Sakinah...huhuu
Sekarang mereka dah membesar dan sudah pun berada di alam universiti (tahukan adinda najibah juga dapat tawaran usm minggu lalu?)...bagai cepat masa berlalukan..

Jaga amal maka insyaAllah.. ibu kita tenang di sana :)

Ismi Ijmi berkata...

Allah... kasih ibu tiada tandingnya..
kadang2 di lidah lain di hati lain.
semoga arwahnya dicucuri rahmat..amiiin