Selasa, 26 April 2011

~Mahu y soleh, calonkan diri menjadi yang solehah~


Semoga impian kami menjadi yang solehah diperkenankan Allah swt:)

HUKUM NIKAH


1.
Harus
·         hukum asal perkahwinan adalah harus

2.
Sunat
·         mereka yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin

3.
Wajib
·         seseorang yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah maksiat

4.
Makruh
·         mereka yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan tenaga yang selayaknya sebagai suami

5.
Haram
·         seseorang yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang dikahwini


PERKAHWINAN MEMANTAPKAN AGAMA


Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud;


“Barangsiapa yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi”.

                                                         (Riwayat setengah daripada ahli Sunnah)


PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI

 Maksud hadith Rasulullah s.a.w;

 “Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”.

                                                                     (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 Peringatan daripada Rasulullah s.a.w;

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.

                                                                    (Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi)

Teringat kata-kata abang iparku, mardhiah jika hendak yang soleh, perlu calonkan diri menjadi yang solehah, tidak berapa lama dahulu. Sedang berusaha ke arah itu abang iparku*(,^.^,)*

Jika mard, baik hati, mard akn sambung lagi artikel ini. (Mcm la ada y peduli kn kn kn):)

15 ulasan :

Marina Ali berkata...

Assalamualaikum Mard,emmm,bagus entrynya,nanti sambunglah lagi ye,Syukur alhamdulilah Mard dilahirkan dlm family yg ade fikir atas agama,bertuahnya Mard,so..gunakannlah kelebihan diri Mard untuk bantu mereka,mereka tu(macam akak dulu2 ketandusan suasana agama dlm hidup),akak waktu zaman jahil suka tgk perempuan pakai tudung labuh...semacam ade ketenangan je...tapi tak sangka arinie akak dah jadi macam nie,:)alhamdulilah,sebab tulah akak tak suka komen2 mereka yg masih tak sempurna bertudung atau brpakaian,sebab akak pun macam mereka satu ketika dulu,yg pastinya akak selalu cakap kat diri akak,sesungguhnya mereka itu lebih baik dari aku (kata2 yang akan sentiasa sematkan di dalam hati),Jazakillah Mard!

Norsha berkata...

salam mard,
moda dipermudahkan olehNya utkmu bertemu yang soleh lagi bertakwa utk bersama2 membantu agama Allah.....doa sungguh2 dari sekarang tau !

Yakin padaNya....suatu waktu bertemu juga.....eh, ntah2 dah ada calon ni!

Unknown berkata...

wah2...ada bau2 mcm nk kahwin je ni kak long...hahahaha

Salam ziarah,menarik artikel yang kak long tulis,saya menjemput kak long untuk memberi komentar,cadangan untuk penambahbaikan atau pandangan terhadap artikel terbaru saya.Semoga jasa kak long dibalas oleh Allah SWT.Mana tahu kemungkinan kita berbeza pandangan,jesturu itu,di harapkan dapat berkongsi bersama.

fuad ansari berkata...

Nampak macam dah x sabar2 je tu.. (",)..

*Ada masa 2 tahun, 5 bulan, 1 hari, 39 minit dan 7 saat lagi sebelum mencari yang soleh tu..Tapi ok la tu.. Banyak masa untuk perbaiki diri.. (",)

ukhti,mardhiah berkata...

Waalaikumsalam semua sekali,(",)
kakak marina,
iman x dpt diwarisi,
dari seorg ayh y bertkwa,
ia xdpt dijual beli,
ia tiada di tepian pantai,
walau apa pun,cara nya jua,
engkau mendaki,gunung y tinggi.
engkau merentas lautan api,
namun xdpt jua dimiliki,
JIKA TIDAK KEMBALI PADA aLLAH.

Iya,mard bertuah dilahirkan dlm keluarga pak cik mohd nor.
lebih bertuah jika mard dpt membentuk sndiri keluarga y seperti pak cik mohd nor(",)

ramai y ckp mcm tu kt mard.betuah ct,bertuah mardhiah...dll

kakak,semuanya adalah nothing jika mard sendiri xmahu terima "hadiah" y Allah bg ni. sama juga,klw kita x cri memg kita xkn dpt.

terima kasih sangat2 atas perhatian dan kasih sayangnya pada mard. Allah bagi kakak keluarga yang sakinah skrg,tahniah.(",)

love u.

ukhti,mardhiah berkata...

Tuan saif Islam,

rapatlah rapat si btg pinang,
daunnya lebat berganding-ganding,
cpt-lah cpt abg pinang,
bulan lah depan,kita bersanding.

hihihi(tu lg taw)

Lama x lama,wallahhualam.
pak ciknya,doa-doakan mard ya ya ya
(",)

semoga cpt dpt bby y lucu.Aminnn.

ukhti,mardhiah berkata...

Cikgu Norsha,
Aminn Ya Rabb(",)

Di langit,cintaNya,mard melihat,
ukiran awan,gugusan bintang,
terdetik brtnya tersenyum bermakna,
siapakah,bilakah,dan bagaimanakah.(",)

Ye,sungguh-sungguh doa ni,utk mard dan semua sahabat.
Doakan cikgu,ya,pokoknya doa seorang ibu itu makbul kn kn kn.hii

ukhti,mardhiah berkata...

Ank pendang skluarga,
Dok aish,kak long tunggu abang ngah selamat dulu na na na.(",)

InsyaAllah,jika dipermudahkan Allah.Perbezaan itu,kadang kala perlu, baru ada pembaharuan na na.

Nti,kak long huru harakan ruang komennya,insyaAllah(",)

ukhti,mardhiah berkata...

Abi Husna,
mard y x reti mengira atau abi husna yang terlebih kira!aish..ni dah menimbulkan kemarahan mard,saja nak melambatkan tarikh graduate mard ya,seterusnya melambatkan perkahwinan mard??cehwahh...aha ha ha,melawak ja na cek na na na.

Mengikut fikiran mard,mard graduate area,31/5/2013.

Menurut Daisypath y berada di bahagian kanan kita di atas blog mard tu,tinggal 2 tahun 1 bulan 5 hari lagi abi husna nya k.

So,ready kan hadiah utk mard taw taw(",)

btw,semoga cpt dpt berkumpul bersama keluarganya kembali ya.Kecian asyik mkn nasi bungkus ya ya ya.hihi

Ismi Ijmi berkata...

Assalamualaikum.
bagusnya entry.
agaknya siapalah yang bertuah tu ya.(",). nak belikan untuk si "dia" ..

Bantang pinang berganding2,
Biji pinang dikunyah opah,
hajat di hati ingin bersanding,
hajat di dada ingin bernikah,.

sambil menjual2.

Biji pinang dikunyah opah,
Rangup bunyinya, enak sekali,
hajat di hati ingin bernikah,
tunggu, tak habis study lagi.

hiiiii.

ewahhh,.. adeih..hehe

pasal iman takleh diwarisi. dari mertua ke menantu pun tak leh diwarisi. Dua menantu Nabi saw, Utbah dan Utaibah, anak Abu Lahab, selepas Nabi sebarkan dakwah, dua2 jadi hantu nak bunuh Nabi. Seorang mati dalam perang, sorg diamakn singa. Last2 dua2 anak nabi yang jadi janda tadi kahwin ngan Saidina Uthman. ~~~

fuad ansari berkata...

Saja je lewatkan 4 bulan.. bagi la chance si dia kluar 4 bulan..kot la si dia grade sama dengan mard.. (",)

Nampak.. nampak.. nampak x sabarnya tu.. (",).. gurau2 je.. jgn marah na na na na na ganu kite... (",)

ukhti,mardhiah berkata...

Tuan Iz Suk Sam,
ate kemain mike ye yop.
lucu bebenor teman mendengornye.

baik..xmahu kalah ni....mard beli,mard beli

Buah pinang abi fuad larikan,
kapur sirih dimakan t.iz suk sam,
mari bersama mard menadah tangan,
Panjatkan doa siang dan malam.

huhu..

sungguh tu,tuan iz nya, lihat bagaimana anak dan isteri nabi nuh dan lut yang tidak mahu beriman.
sungguh pun ayah dan suami nya seorang nabi.

Sehingga Allah berfirman kepada nabi Nuh: Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya". Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".(Hud:45-46)

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At-Taghabun: 14)

Doa kan mard yea(",)

ukhti,mardhiah berkata...

Abi Husnanya,
pandai yea,membuat spekulasi.
Ohh,pandai pula abi husna, yang menambah 4 bulannya yea?bagusnya,msti abi husna yang dah rancang nak keluar time tu kan kan kan...Aminn Ya Rabb(",)

Seakan akannya kelihatannya abi fuad juga tidak sabar sabar sabar menikmati nasi minyak dari rumah mard.

Haa,minta doanya tau.(",)
cehwahhh,lambat lg tuuu.

TARIQULIMAN berkata...

takaza 4bln...ermmm...xboleh2 xcukup...bukn 4bln..tp dah maksud hidup ni..seumur hidup...sebab tu ada yg balik 4bln pun dah lemau n sejuk...mcm bermusim pula...huhuhu ='(

ukhti,mardhiah berkata...

(",)hebat fikir risaunya...
tahniah!