Rabu, 16 November 2011

Catatan dari sebuah pulau.(Aap Beeti 3)

Assalamualaikum.
Singgah nak berkongsi perkara yang best. Dalam buku Aap Beeti 3 karya sheikhul hadis Maulana zakariyya,(M.Z) beliau ada bagi pendapat peribadi mengenai perbezaan pendapat antara ulama dalam perkara agama. Menarik. Biar mard sampaikan dengan cara yang mudah k. Ceritanya begini..

Sebelum ayah maulana ni meninggal, (Maulana yahya kandhalawi) beliau sempat berpesan pada (M.Z) ni. Esok2, kalau ayah dah meninggal, kalau murid ayah dtg cari kamu, dan tanya persoalan-persoalan agama, kamu hanya patut menjawab bahawa "para ulama berbeza pendapat mengenainya." Jikalau kamu berkata demikian, kamu akan terselamat daripada mendedahkan kejahilan kamu.

Jadinya, apabila (M.Z) dah dewasa, beliau pula mengajar hadith, dalam tahun 1340H beliau selalu ingat pesan ayah beliau ni."para imam berbeza pendapat ke atas perkara ini. Imam ini berkata begini, dan imam itu berkata begitu". Perkara ini, ada ditulis secara panjang lebar dalam buku "Al Eti'dal". Masa zaman (MZ) mengajar mishkat, beliau pernah kira bilangan perbezaan pendapat mengenai solat 4 rakaat. Beliau mendapati lebih 200 pendapat yang berbeza. Sejak dari tu, beliau mula faham pasal perbezaan pendapat ni.

Jadinya, bila beliau melihat orang ramai terlalu menitik beratkannya, menjadikan beliau tak senang. Beliau selalu berkata, " Saudara, selalu terjadi perbezaan pendapat. Ikutlah pendapat orang yang paling kamu yakin dengannya. Tidak perlu kamu berbahas, bertelagah dan berhujah"

Selepas tu, kalau terjadi sahaja perbalahan dan penghujahan ttg perbezaan pendapat berbangkit, (M.Z) akan berkata kepada mereka, "ayam-ayam jantan hendaklah keluar jikalau mahu berlaga. Tetapi jika mereka hendak makan, maka makanlah, jika tidak Khuda-Hafiza-Selamat tinggal.

Mard suka baca ayat ni, ditulis oleh (M.Z) "Aku sangat membenci pertikaian dan perbalahan tentang soalan-soalan yang didalamnya ada perbezaan pendapat. Aku melihat perbezaan pendapat di kalangan ulama sebagai rahmat, sebagai mana telah aku perkatakan dalam Al Eti'dal"

P/s: sedang mencari buku aL-eTI'DAL. Moga Allah mudahkan urusan Mard(",)

9 ulasan :

nam berkata...

Assalamualaikum wbt mard..

nam ngah cari buku aap beti tu. teringin nak baca.. doa mudah-mudahan jumpa.. ameen ya Allah.. (",)..

mard.. buku aL-eTI'DAL tu tentang apa??

nak tau. (",)

Tanpa Nama berkata...

Kat kedai buku Sri Petaling Insya Allah ada

Bijen M. berkata...

Untunglah Mard.

fuad ansari berkata...

sy suka mengambil pendapat jumhur ulama' ataupun pendapat ulama' yg surah, sirah dan sarirahnya mirip kepada surah, sirah dan sarirah Nabi saw.. (",)

ukhti,mardhiah berkata...

waalaikumsalam semua sekali...

nam,
mard ada, tp berjilid jilid la...p la bli kt sri petaling..kn rumah nam dh dekat area sana:)

al-etidal??mard juga sdg mncri buku ni..klw agk2 nam tgh survey2 tjumpa, skli, bg thu mard na na na...hiii:)

tanpa nma,
:)
oket,tq for the infomtn.

tuan haf jam,
:)
untungla tn bijen.

t.fuad abi husna,
ni la cri2 bpa n suami n soleh.
kipidup!
:)

adi berkata...

Salam, adakah buku tersebut berkenaan 7 soalan yg diutarakan oleh anak muridnya ?

ukhti,mardhiah berkata...

wasalam warahmatullah.
saudara adi.

y aap beeti tu ke?
ia berkaitan perjalanan hidup maulana zakariyya ni.

y eti'dal, mard x pasti.sdg mncri.
(",)

Mindaberbisa berkata...

Benda baik ALLAH akan permudahkan.InsyaALLAH..

adi berkata...

salam, cuba klik
http://www.islamibayanaat.com/EnglishLiterature/AlEtidaalFiMaratib-IslamicPolitics-MaulanaZakariahKandalwiRAH.pdf