Malam ini, susah benar hamba mahu beradu. Al maklumlah, minum campuran pelik dari negeri Kelantan sana. Tapi tidak mengapa, hamba boleh stay waras sampai ke pagi, even hamba tidak tidur semalaman. Makanya, hamba ingin memperdendangkan sebuah al-kisah mengenai lebah yang selalu mengganggu keindahan tidur hamba. Ada sekor lebah yang suka menyengat tu, selalu lepak di lampu belajar biru hamba. Bunyinya agak bising.
BbbbbbbZZZZZZZZ begitulah hamba rasa bunyinya. Ketidaksedapan hatinya hamba, telah membuatkan hamba bangun dari tilam hamba yang sifatnya empuk umpama berada di atas buih pantai Port Dickson. Lalu, hamba mengambil fail pemberian KPM yang berwarna biru umpama awan nano, dan menghadiahkan lebah beberapa das lempangan. Kuat lempangan hamba, adalah macam pukulan skuasy tuan hamba Nicole N. David. Makanya, pertempuran dimenangi oleh hamba. Wuuhuu. Arakian, terbit satu perasaan yang amat tidak enak untuk diingati. Hamba rasa serba salah. Jika dikira hingga malam ini, adalah dalam 3 ekor telah mati ditampar fail biru hamba, dalam masa 2 minggu. Sampailah malam ini, hamba terdengar lagi bunyi BbbbbbbZZZZZZZZ.
 |
ooOO, u terlalu cute. Pastinya bukan u y i babab hari tu kn kn :)
|
Kali ini, hamba ingin perhatikan, apa sebenarnya yang dimahukan si lebah. Tahap kesabaran hamba amat tinggi malam ini. Ke mamai? Entah. Pershaitonkan semua itu. Ha Ha ha. Mengikut kelas Biologi yang hamba pernah tamati, lampu tidak mengeluarkan debunga untuk dijadikan madu oleh si lebah bbZZZZ. Lelama, hamba perasan, lebah hanya datang, acapkali hamba memadamkan lampu utama. OOOHHHHHHHHH dah faham, dia berminat dengan cahaya yang terang agaknya. Lantas, hamba mematikan seluruh lampu di dalam bilik, dan membuka pintu bilik seluasnya. Hamba perhatikan, lebah tadi terbang jatuh-jatuh pergi ke lampu di luar bilik. Fuhhhhhhhhhh. Makanya, malam ini, terselamatlah hamba&lebah dari menjadi pembunuh dan dibunuh . Hamba terfikir, rupanya, banyak je penyelesaian untuk sesuatu masalah. Hamba hanya perlu memilih yang terbaik untuk semua. Zahirnya, hamba nampak hamba dah selamatkan sekor labah-labah(who's cares) dengan tidak menampar matinya. Hakikatnya, lebah tadi masih berzikir kepada Allah. Thts why, lelabah(again,who's cares) tadi masih hidup. Hepi ending right? Begitulah story hamba. ZZZZZZZZZZZZZ
9 ulasan :
:)
:)
:)
u gave one,
u gets two.
love u.
Lebah sama macam lalat jugak Mard, suka cahaya. Tension kan kalau tengah study dia mai kacau. Kalau tengah solat, memang tak khusyuk dah jadi.
Dulu siap beli electric racket sampai. Kejamnya kan? Lepas tahu tak boleh bunuh binatang selain binatang yang lima, insaf dah. Depa akan qisos kita kat akhirat nanti kalau kita buat jahat kat depa sekarang. :(
:)doctor y kejam.
Kalaw kjam, xdanye kak Maz nk amik profesion ni:)
InsyaAllah,hti akak baik.hihihi
Akak mard x thu binatang y lima?apa tu...mard memg cetek ilmu, banyak main.cuba akak bg thu.
TQ
Mard, amaran terakhir! Lepas ni akak siram pasir terus. Tak kasi can dah. :D
Akak pun cetek ilmu, banyak main. Tengok, lupa habis dah apa yang belajar. Enam semua, bukan lima.
" Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang boleh dibunuh di luar tanah haram ataupun di dalam tanah haram iaitu ULAR, GAGAK, TIKUS, ANJING GILA dan HELANG. " [H.R Muslim]
Kala jengking kira masuk species ular jugak sebab dia berbisa.
" Sesiapa yang membunuh CICAK dengan sekali pukulan ditulis baginya 100 kebajikan, dan membunuhnya dengan dua kali pukulan ditulis baginya kebajikan kurang dari yang pertama, dan membunuhnya dengan tiga kali pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua. ” [H.R Muslim]
Sunat bunuh cicak ada dalam banyak version hadis. Akak kasi satu contoh je. Ada ulama' tafsirkan, bukan bila nampak je cicak, mesti nak bunuh (sebab nak pahala sunat tu). Hanya bunuh time bila dia membahayakan.
Wallahu a'lam.
Then mard tunggu akak balik Malaysia.
Teringin jugak nk rasa pasir sana.
Wekkk.Ha Ha Ha. jOKING.:)love u.
Ooo~~baru mard tahu. Mksd bukn semua binatang la kita bo bunuh ikut suka suki ja...MasyaAllah.
Mard pnh dgr org kata, setiap haiwan yang mati,maksudnya dia mati sebab x berzikir kpd Allah.Asbab dia, tulh org bunuh ke, kna langgar ke apa ke.
Apa pendapat akak?
:)
Ikram binatanglah Mard.
Kat Bangla dulu ikram nyamuk, dia memang tak gigit orang. Siap tolong kejut pukul 3 pagi.
Memang kat sana tidur tak pakai kelambu.
Doanya: Wahai nyamuk yang nyawaku dan nyawamu di tangan Allah. Jangan kacau aku sampailah pukul 3 pagi nanti. Aku nak bangun tahajud.
Okebai!
Memain betul mek sorang ni.
Mard, nantilah kita cerita lain bab binatang ni. Sekarang akak nak kena cerita bab Paediatrics je dulu. Settle hat ni, kita masuk Veterinar pulak ye. :D
Okay Mard, assalamualaikum!
T.Bijen
Hebak Yaww.
Okebai!
Kak Maz,
Ok dear.
Gud luck Yaww!
:)
Catat Ulasan