Harap semua orang sihat dan gembira. Amin. Kali ni Mard nak cerita pasal pertandingan Eco-Room.
| Nah, Mard hadiahkan bunga Ros ni. Mard tanam sendiri kat bilik:) |
Kalau di Gemas, Mard gila menanam bunga dan segala jenis tumbuhan dengan abah. Di Pineng, MasyaAllah, tanah pun nak kena beli untuk menanam bunga. Senyum jelah Mard. Bayar jangan x bayar:). Semua barang dan anak pokok bunga Mard beli di Tesco. Sebelum ni Mard memang tanam bunga dalam bilik. Tapi, masa cuti sem lepas, Mard x boleh nak bawa bunga tu balik. Berat kot. Mana larat. Then, Mard letak kat kawasan luar tempat Mard menginap. Agaknya asbab x cukup air, xda yang nak menyiram dalam 4 bulan Mard cuti, Pokok Ros warna merah bata tu mati. Mungkin juga lecur sebab Mard tabur baja agak banyak sebelum balik. Mard amat sedih dan macam-macam lagi lah.
![]() |
| Ros Merah Bata Mard Dalam Kenangan:( |
Then, baru-baru ni, Mard nampak advertisement dalam lif. Menarik perhatian Mard. Lebih kurang macam projek Eko-Desa. Galakkan penghuni wanita di desasiswa/penginapan Mard untuk bersikap lestari dengan membela satu pokok. Kaktus pun jadilah:) Mard bukan setakat bela, siap tanam lagi tau. Hihi. Then, pihak juri akan pergi bilik yang daftar pertandingan dan beri markah. Oh my. Mestilah Mard masuk. Nak je, Mard tanggalkan semua iklan tu, biar Mard sorang je yang daftar. Hohoho.
Then, tadi Mard pergi Tesco dan beli semua item untuk menanam pokok bunga Ros yang baru. Agak kecewa sebab yang ada, hanya tinggal satu. Ros warna pink dengan keadaan yang agak menyedihkan. Banyak je lagi pilihan pokok spesies lain. Tapi, entahlah, nak menebus kematian pokok Ros kelmarin mungkin, Mard beli anak pokok Ros. Ros antara pokok susah nak hidup dan dijaga. Sebab dia mudah lecur. Satu lagi, dia lemah sebab ditanam melalui keratan batang. Kulat senang hinggap kat akar dan daun dia. Mard tengok, satu pasu, ada tiga anak Ros. Then, Mard beli benda ni semua.
Semua, tahu kan, cara nak menanam? Tapi, yang ni rasa x puas sebab semua barang dibeli. Kalau kat Gemas, semua diambil dari persekitaran Mard je. Maksudnya Mard x keluarkan duit dan banyak pilihan aka DUIT ABAH. Kalu Mard nak tanam Ros, pergi je rumah jiran sebelah, mintak batang pokok Ros. Nak benih tu ambil, benih ni, ambil. Tukar menukar. Syok.
| Penuhkan tanah dalam bekas ni. Pastikan lubang kat bawah laluan air dah ditutup dengan batu kecil. |
| Keluarkan anak pokok dari pasu asal, jangan sampai tercabut dari tanah akar pokok |
| Pecahkan pokok jadi tiga, tengok keadaan akar pokok |
| Yang ni, jadinya kalau dah siap |
| Ratakan tanah, pastikan tanah sekitar batang dan akar pokok kejap, dan tidak bergoyang |
Tadi nampak Orked purple. Fulamak kelopak dia mengancam. Terliur je Mard pandang. Bagi sesiapa yang jenis, suka pokok tapi malas nak jaga, Mard cadangkan, dari bela kaktus, baik bela Orked. Dua-dua jenis lasak. Bezanya, Orked berbunga warna warni. Mard x nak bela Orked sebab, Orked lambat membesar dan guna arang. Mard jenis suka tengok pokok membesar dari sehari ke sehari. Rasa...ahhhh...amat tenang, macam refresh tenaga bila tengok bunga. Satu kepuasan menanam bunga ni. Lagi-lagi bila dia mengembang macam ni.
Subahanallah. Geramnya tengok!!! rasa nak makan. Ummmm.

5 ulasan :
yo..patut la rumah pak imam dah jdi macam belukar..kau punya kerja ye...bunga bunga jugak..kau jgn lupa rancagan kita bulan poso nanti ye...jdi ke tak..nak kumpul modal ni...
Ukhti ni penyayang. Sayang pokok.. :)
Selamatkan untuk bumi hijau.
Bila Mard cakap pergi Tesco, teringat pulak selalu kalau gi Tesco Sungai Dua, mesti nampak je bebudak USM shopping kat sana. Heheh.
Rugi betul tak naik bilik Mard masa jumpa haritu. Kalau tak, mesti dapat sekuntum bunga kan. :D
:)
Siapa ni yep?
kak ayu atau kak angi atau Bobot??
Itu taman bukan hutan.
Xmenghayati alam sekitar betul.
heee..
InsyaAllah, jadi projeknya:)
Pencari Allah,
:)
Yeke?
Thanks
Kak Maz,
Tula, sapa suh x naik??
hehe
a'ah mard pun slalu je p tesco
Catat Ulasan