Semalam, Mard Goole image "perhiasan dunia". Then, termasuk dalam blog seorang muslimah ni. Wahh, cantiknya blog dia, warna pink, dan cantik sangat semua yang ada dalam tu. Siap ada lagu "Bidadari". Paling menarik perhatian Mard suasana blog tu berkisarkan "niqabi alaf baru". Mard nampak dia letak satu gambar dari sisi dia pakai purdah dan nampak cantik ja. Ayu. Nampak solehah. Timbullah satu perasaan dengki dalam diri Mard. Hek hek hek. Iyalah sebab kita masih tidak mampu nak berpurdah. Jangan kata berpurdah, tudung labuh bulat pun tidak istiqamah. AllahhuRabbi. Mard selalu berfikir, mana datangnya keterbukaan hati mereka nak berpurdah? macam mana mulanya? apa perancangannya lepas pakai? apa kekangan yang ada. Alah paling penting, apa yang mereka fikir bila pakai? Apa yang mereka fikir jika orang pandang?Ohh. Hebat Allah swt. Hati hati yang berpurdah sudah pasti senang menjawab persoalan td. Entah-entah mereka tak sempat pun berfikir macam-macam. Subahanallah. Kiranya agak stress melihat muslimah-muslimah muda berpurdah. Tapi, yang pasti Mard perlukan perancangan untuk memakai purdah. Mard tak nak buat sebab disuruh, sebab orang, sebab apa saja. Mard nak buat sebab Mard rasa "magic" dan nak pakai. Barulah kekal dengan Mard, dan Mard akan amat yakin. InsyaAllah.
Lebih-lebih Mard aihhh, orang lain rileks ja, hang lebih-lebih. Pakainya tak jugak. Doa doa lagi dan lagi. Tahniah kepada semua Niqabi seluruh dunia. InsyaAllah.
8 ulasan :
smpai satu msa munkin akan dtg keinginan yg btol2 kuat untuk pakai purdah. time tu barulah bila mard doa ALLAH akan mudahkan...walau pun lain situasi tp munkin ada persamaan ckit dengan ape yg jadi kat sya. Dari dulu memg trngin nak keluar dijalan allah tp langsung tkde peluang. Munkin time tu hati belum lg btol2 buat keputusan. Tapi skrg dah smnkin nampak jalan untuk keluar dijalan allah ni..bila hati dh betol2 tetapkan, lg satu munkin sbb doa allah mudahkan. i,allah akan keluar 40 hari 15 syaban ni...huhu...rasa hepy sngat mcm ade beban yg dh diturunkan dari bahu ni...
Akak dari kecik dikelilingi mereka-meraka yang berniqab. Adik akak pun selalu suka nak try-try pakai. Tapi akak tak pernah ada keinginan nak cuba, apalagi nak pakai.
Masa akak sekolah menengah, ada cikgu yang pakai niqab. Ibu akak start pakai waktu akak Form 3. Tapi akak tak pernah ada keinginan nak pakai.
Bila datang Mesir, Abah akak suruh pakai. Ramai student Pengajian Islam pakai. Student Medic pun ada yang pakai. Biasanya student sini akan pakai kat sini je, kat Malaysia tak pakai. Dan akak kata, akak takkan pakai kat sini kalau akak tak pakai kat Malaysia. Lima tahun lebih di sini, sekali pun tak pernah terdetik nak pakai kat sini, apalagi di Malaysia.
Tapi alhamdulillah, Allah yang pegang hati. Tahun akhir di sini, akak dapat rasai 'magic' tu. :)
Masa 'magic' kita lain-lain. Akak yakin masa Mard akan sampai nanti, insyaAllah.
Assalamualaikum...awk ni adik hurul ain kan? em..bila berniqab satu je nikmat yg dpt di rasa...iaitu berserah diri kepada Allah sepenuhnya..... baik buruk kesan slps itu adalah takdir dr Allah....kna yakin saje kat Allah.....jangan takut, jgn gentar, jgn malu....
T.Danial Arif,
Wahh.
Tahniah3.
Nanti bila keluar doa2 mard d sini..haaa
Iye, mungkin perlu banyak doa lagi agr Allah buka hati dan tetapkan semangat Mard.
Allah tahu bila masa y terbaik utk kita.
Kak Maz,
Aminn Ya Rabb.
Akak, bukan kat Mesir lg ramai org pakai purdah ke?
:)
Alhamdulillah, mesti akak rasa hepi, tenang kan..tu y badan naik berisi kan...
hahahahahaha...
Mard pun ada je family y berpurdah walla ni, 2 kakak mard.
Xplah, satu masa nanti, InsyaAllah.
Monolog Masturoh,
Waalaikumsalam warahmatullah
:)
Iye, saya adik Hurul Ain M. Nor
Rasa selamat dan lengkap. Teruja dengar. Terima kasih sudi singgah blog mard. Kalau ada salah silap, sila tegur ye. tqvm
saya pon..
saya pon jeles gakkk.. T_T
moga Allah beri kekuatan pada diri ini.
Timun Laut
Aminn Ya rAbb
:))
Catat Ulasan