Ahad, 4 November 2012

Parut....

Teringat semasa raya Aidilfitri lepas di N. Sembilan, masa saya tengah serius "mixer" bahan untuk membuat kek coklat double, saya telah digigit lipan di pinggang. Maka, gegak gempita rumah sebab jeritan saya. Abah dengan mak lang pun tergesa-gesa bawa saya ke klinik swasta berdekatan dekat pekan Gemas. Adalah 15 minit perjalanan menaiki kereta. Kebetulannya, cuti raya tersebut, kad pengenalan dan matrix kad saya tertinggal di dalam stor barangan saya di Pineng. Masa tu, rasanya dalam pukul 11 ke 12 malam, kami sampai di klinik tersebut. Saya hanya nak dapatkan suntikkan antibisa. Malangnya klinik sudah hampir mahu ditutup. Dipendekkan cerita, berlaku adegan pergaduhan antara saya dengan staff di klinik tersebut. WEKKKKK. Asbabnya, dia marah saya tak bawak kad pengenalan. Saya pula marah sebab dia tidak tahu bersopan dengan saya. Yang hairannya, saya minta dia tanya doktor sama ada, masih boleh memberikan saya rawatan,tapi dia mula tunjuk aksi-aksi yang buatkan saya hilang sabar. xxxxxxxxAdegan tersebut dipotongxxxxxxx Geram punya pasal, saya ajak abah balik tanpa mendapatkan suntikan tersebut. Marah sangat sampai hilang semua sakit akibat kesan gigitan. Akibatnya, berparutlah kesan gigitan tersebut sampai sekarang. Bila saya lihat atau nampak parut tersebut, dua benda saya selalu terfikir.

1. Saya rasa menyesal sebab melakukan adegan ganas tersebut terhadap staf berkenaan. Kalaulah saya boleh bersabar sedikit waktu itu. Tak sangka itu saya!

2. Saya rasa bangga kerana telah mempertahankan diri, perasaan, dan jiwa saya dari rasa ditindas oleh staff tersebut<3 p="p">

Kalaulah, saya berdiam diri, staff tersebut tidak akan kenal "ruas" nya. Saya nak dia faham, saya sakit. Saya kesakitan dan perlukan sedikit pertolongan. Dan yang paling penting, saya BAYAR okey. Bukannya minta free.

Lagi, saya belajar, apabila marah menguasai diri, memang kita akan hilang pertimbangan. Jadi, jangan hairanlah, kalau kita dengar, orang bunuh orang, tetak sana, takik sini. Mereka hilang pertimbangan. MasyaAllah, sifat syaitan. Saya tidak mahu menjadi sekutu syaitan. Nauzubillah.

Dan, akibat parut tersebut, saya selalu tersenyum dan kata dalam hati "SAYA KUAT"  ;)

8 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

Mard sayang, bila akak baca cite awak masa raya ni, buat akak teringat yang akak dah buat salah dengan awak. :((((

Ingat tak haritu awak call time akak kat Pasar Ramadhan. Akak cakap nak call balik malam tu tapi akak tak call pun. Lupaaaaaa. :(((

Akak on the way balik kampung. Time tu dah kat Bera. Akak asyik nampak sign board ke Gemas je. Sambil tu dok ingat malam nanti kena call. Skali malam tu layan bebudak main bunga api, mercun. Lupa terus. Sorrryyyyyy Mard!

fuad ansari berkata...

kalau sy kat tempat mard, dan kalaulah sy tau bisa gigitan lipan tu hanya akan menyebabkan parut, tidaklah sy kisahkan sangat utk mendapatkan rawatan di klinik.. (",)

orang yg paling kuat bukanlah orang yg dapat mengangkat bebanan yg berat, tetapi orang yg dapat menahan nafsu amarahnya.. (",)

Che Cha berkata...

Menarik,
memang simple story tapi yeaaa, bab bersabar ramai yang susah nk buat. Masing2 nak tegakkan idea sendiri dan melayan amarah diri bila kena sound tak tentu pasal.

Sememangnya kita perlu jaga solat dan sentiasa bersabar kerana itulah penolong kita kelak. Insya Allah.

Saya pun akan didik hati utk sentiasa bersabar. Kalau geram, saya senyum aje tak nak membabi buta lidah ni menambah dosa aje. Kesian lidah ni kan, kita suka hati cakap macam2 aje. ;)

Thanks for the good story!

ukhti,mardhiah berkata...

kak mazliana mazlan
(",)
baru perasan yep..
xpe..thanks sgt2 hadiahkan purdah tu. Mard ada try2 pakai kat rumah masa raya. Best!

Xpe, dimaafkan...
Mard selalu fikir, agak mcm mana rupanya tulisan kak Maz...nak tgok, sama x mcm tulisan doc d tempat mard kerja tu..

Tulisan Doc akhbar bila dia tulis dkt kad pesakit tu...hurm...

:D

ukhti,mardhiah berkata...

Abi Husna,
Hakikatnya, abi husna x taw apa rasanya bila digigit lipan.

Mard syak, Mard kena sawan lipan masa tu. Tu la garang semacam.

BTW,bila Mard kata, last tu "saya kuat" tu menunjukkan, Mard bergelut sepanjang malam tahan bisa lipan...dan Mard berjaya. "Saya Kuat"

ukhti,mardhiah berkata...

Mz Aisya,
Mard apa melawat blog saudari, tp x boleh komen la..

Iyelah, kecian lidah..

Malangnya, malam tu, mard x guna lidah lg dah berbahasa dgn staff tu..

Mard guna bahasa tgn dan kaki Mard.

Boleh agak x??

Haihh....

Tanpa Nama berkata...

Moga satu hari nanti Mard pakai bukan kat rumah time raya je k. Akak doakan! :)

Akak rasa tulisan Mard lagi lawa. Mungkin tulisan akak sama je 'lawa' nya dengan Dr. Akhbar tu. Hihi.

ukhti,mardhiah berkata...

kak maz,
Aminnnnnnnnn ya Rabb
klw tulisn akk mcm doc akhbar, wht to do..

hiiii