Isnin, 24 Januari 2011


Kala Senja Itu Tiba..

Kala senja itu tiba,
Ku termenung sendirian,
Terasa diriku ini,
Jauh dari rahmat tuhan,
Dosa yang aku lakukan,
Menerjah ruang fikiran,
Masihkah ada untukku,
Keampunan.....
 

Gelap rasa dunia ini,
Tanpa cahaya Ilahi,
Baru kini ku sedari,
Jalan yang aku lalui,
Memusnah pedoman hidup,
Melempar hatiku ini,
Ke lembah kehinaan...

Dalam kegelapan itu,
Terpancar cahaya dariMu,
Memandu hambaMu,
Menuju iman,
Menginsafi diri dengan ketaqwaan,
Dan kesabaran....

Kau terangi jalanku,
Menuju syurgaMu,
Dan kau tunjuki,
Dengan hidayahMu,
Hanyalah padaMu,
Ku hadapkan diri,
Mohon keampunan...

Wahai Yang Maha Pengasih,
Bantulah hambaMu ini,
Yang kian terumbang-ambing,
Di dalam arus duniawi,
Ku berdoa kepadaMu,
Memohon limpah rahmatMu,
Moga mentari kan bersinar kembali....

Isnin, 10 Januari 2011

sambungan...tentang seseorang(2)

Matanya meleret panjang bila terlihat akhwat bertutup elok......alunan tudung labuhnya saja sudah membuatkan dia malu.Kadangkala ditatap sehingga si tudung labuh hilang dari pandangan.Dipukau barangkali.Tunduk matanya bila terlihat ikhwan menyahut seruan azan dgn segera ke masjid.Bukan mukanya y ditatap.Tapi,kopiah putihnya.


Sungguh dia cinta pada nilai zahir dan batin kopiah putih.Hebatnya mereka..aku xlayak untuk mereka.Yang berkopiah tu,aku match kan dgn kakak tudung labuh biru hari tu!detik hatinya.....dia suka memasang-masangkankan insan di dalam hatinya.Sungguh dia rasa dirinya tidak layak.Malu pada dirinya sendiri kerana tidak dapat beristiqamah dengan  pakaian Islam.
Dia pernah bertanya pada dirinya sendiri.Hipokritkah aku ni?.Tidak!engkau selalu cuba menjadi diri engkau.


Tidak tahu sama ada hati,akal,nafsu,setan,atau apa saja yang menjawab.Dia bertambah keliru.Buntu.
Kadangkala,dia memakai seperti muslimah yang sempurna.Jadi hari itu,dia akan menjaga tata susilanya 2kali lipat!katanya,aku perlu menjaga nama baik pakaian ini.Aku xmahu kakak-kakak tudung labuh lain kena tempias negatif jika aku berkelakuan tidak senonoh.Tapi selalunya,dia memang menjaga susilanya.Dipuji.


Cinta.Couple.Perkara biasa baginya.Katanya lumrah orang akan bercinta,pasal masing-masing ada hati.Tapi bila dia terlihat pasangan berduaan,dia akan memandang tajam.Kata hatinya,ini bukan cinta,ini bukan couple,yang aku bayangkan.Bukan untuk aku.Doanya,Ya Allah,aku banyak dosa,tolong aku Ya Allah tutup pintu kemaksiatan yang satu ini.Tolong Ya Allah,tidak larat aku kenang amalanku yang berlubang-lubang.


Takut hatinya.Manakan tidak,dirinya seringkali dilanggar badai cinta syaitan.Ohh..susahnya aku nak lari dari mereka ni.
Aku suka yang berkopiah putih jelah!pernah satu ketika,amarah menguasai dirinya.Lalu,terkeluar perkataan diatas.Sambil berlalu pergi,dia terfikir...aku maksudkan kopiah atau si empunya kopiah??Oh,dia terkeliru.
Di petang yang sama,selepas selesai bacaan wajibnya,Al-Mathurat dia terbayang peristiwa di dalam kuliahnya...kopiah putih!


Apa yang aku cari sebenarnya?apa yang aku betul-betul mahu?
ye.Aku suka tengok orang pakai tudung labuh,orang yang berkopiah.Aku nak kopiah ke,atau nak tuannya?


Dia terkeliru.Dan terus dia membawa tafsirnya ke suatu tempat.Tempat yang tinggi.Tempat yang hanya dirinya tahu.Mungkin.
Dia termemung memeluk tafsirnya.Apa yang aku mahu sebenarnya?Apa yang aku nak perjuangkan?Untuk apa?Mampu ke aku istiqamah dengan benda-benda ni? Bodoh!kau buat sebab manusia..padan dengan muka kau!tu pasal kau tak boleh istiqamah!Amalan kau untuk dilihat!


Katanya kepada hati...aku ada agama dalam hati.Kenapa aku tak boleh jadi macam kakak tu?.............(2)

Jumaat, 7 Januari 2011

cerita tentang seseorang

Di suatu pagi y berangin,telah bangun seorang insan y selalu berbuat dosa terhadap Allah swt.Alhamdulillah,dia sempat membaca doa bangun tidur
 "alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur.Artinya :Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit"
Sungguh dia tahu Allah tuhan yang satu,sungguh dia tahu Allah yang mematikan dan menghidupkan.
Kemudian,dia bersiap untuk ke suatu tempat.....dia melihat cermin.Ohh...Allah,luruskan hatiku pada hari ini...
tetapi kemudian dia sedih.Sedih teringatkan yang dia tidak solat subuh.
Dia cepat-cepat mengukir senyuman seperti kebiasaannya.....ahh..Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.Azamnya,esok dia akan bangun awal untuk solat!
Dia menjadi tumpuan didalam kelas.Kerana keperibadiannya,kepintarannya,kerana banyak mata senang memandangnya,kepetahannya..Ye,sungguh dia insan yang beradab.Cumanya,dia selalu terlepas solat.
Bukan dia meringankan.Tapi masalah iman.Imannya yang amat turun naik dgn cepat.Kasihan.
Dia gemar memberi nasihat.Kadangkala dia mengulum nasihat.Kerana teringatkan dirinya yang juga amat lemah amalannya.Dia menjadi keliru dengan dirinya sendiri.Rasa kehilangan.
Kerana itu,dia mencari sahabat,kenalan,bergaul,mendekatkan dirinya dengan insan2 yang sefikrah.insan2 y punya semangat dan ilmu agama yang lebih darinya.
Dia mencemburui semua insan lain yang beragama.Tudung labuhnya,kopiah putihnya,senyuman malunya,kata-kata berbaur agamanya.Semua itu,menjadikan dia  lebih cinta pada agama...
..............................................(1)

Isnin, 27 Disember 2010

perkongsian comel dari hati-hati kecil

Assalamualaikum,sihat lah semua hendaknya,kalau y sakit,solat 2 rakaat n telan ubat k...
Selepas selesai akad nikah kakak Walidahku,di rumah kami yang dilakukan selepas waktu Isyak,aku disuruh oleh 3orang kakakku  mencari puteri kecil mereka untuk makan malam.Aku berkesempatan meluangkan masa bersama,anak-anak buah yang tercinta,tiga daripada mereka....aku melihat 3 orang sepupu ini kushuk main alatan make-up pengantin.
Aku memeluk mereka..Macam terperanjatkan mereka!kecil je,Adawiyah potpot,darjah 1,kak ika,darjah 1,dan sumaiyyah(memengah),4tahun.Haha

'Main awe punye barang ea!'
Kita xmain,kita tengok je,pandai mereka menjawab..aku ketawa melihat mulut tiga gadis kecil ni comot sbb pakai lip gloss.

Aku pandang mereka,tercabut mascara aku dibuatnya...hadehh..sabo yola hati
Mungkin mereka excited melihat maktam nya dirias..
Sambil menyimpan barang-barang tadi,aku bertanya pada mereka..
Aku pandang Adawiyah potpot,kahwin tu ape?
Bulat matanya y bundar dan hazel memikir jawapan...
Tiba-tiba keluar jawapan yang tidak kuduga,
"Nikah tu,2hati jadi 1!"ohh mine.....aku agak terkesima mendengar jawapan potpot...aku pula dilanda malu..

Aku cuba tanya kak ika,darjah 1....Kak ika,kahwin tu ape?
Dengan muka y xbersalah,jawabnya...."Kahwin tu nikah la"...pandainya anak buahku ni...berbeza dengan sangkaan ku.....matang juga fkirannya..aku memadam calitan di bibirnya...muncung mulutnya!

Nah,sekarang tinggal seorang mangsa,si kecil Sumaiyyah yang sedang ligat belajar bertutur dan menyusun ayat kala di umur ini....
Kakak,kahwin tu ape?
Dia memandangku......"Ummmm...ummmm...ummmm....pakai baju cantik,tudung cantik,SELIPAR cantik,malam!"....ohhh...dia jawab melalui pemerhatiannya...well....ladies...kamu semua memg bijak!

Apa y mencuri tumpuan,capable otak mereka memberikan jawapan,padahal,aku target,mereka langsung xkan dapat memberikan jawapan.
Then,jika aku ditanya kahwin tu apa?
Kahwin tu,.......ummmmm........okey!aku kagum dengan anak buahku......ihiiiiii
Hasilnya,aku membawa mereka  bertiga ke khemah pengantin untuk makan malam
dan pastinya tanpa make up comot di muka!
Dan aku mencintai jawapan mereka.Kesemuanya.......27/12/10

Isnin, 22 November 2010

Mahluk yang bangsanya tidak tercatat dalam Al-Quran?

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.



Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.


Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..


Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..


Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..


Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...


Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..


Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...


Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"


Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.


Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"


Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "


Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."


Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..


Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".


Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"


Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."


Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"


Pesakit: "Agama Monoteisme"


Saya: "Agama apa tu..?"
Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"


*Terkena jugak RIDAM.. :(


Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."


*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...


Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"


*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..


Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"


Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."


Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."


Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."


Kemudian dia menangis teresak-esak..


Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..


Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..


Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"


Seraya itu dia mengangguk..


Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."


Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"


Dia terdiam sejenak..


Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."


Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"


Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."


Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"


Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."


Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"


Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."


Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"


Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."


Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..


Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..
Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"


Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"


Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."


Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."


Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56


Maksudnya:


'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'


Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."


*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..


Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"


Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."


Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"


Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."


Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."


Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"


Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"


Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"


Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"


Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"


Saya: "A'ah...kenapa?"


Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."


Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."


Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."


Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"


Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."


Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."


Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."


Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"


Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"


Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."


Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"


Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."


Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..


Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..


---------
3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..
----------


Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..


Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....


Sekian..
-----------


'...Fakul innamal ghaibulillah.'.


Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah


(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)


----------------
Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran
1)Al Ankabuut - Ayat 19


'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'


2)Al An'am - Ayat 6


'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'


3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.


Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.


Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya.


Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?
-----------------
1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..


2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.


3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..

Catatan Mard:Kadang-kala mard terfikir..mungkin adakah bangsa atau kehidupan lain y akan diciptakan Al-Khalik selepas berlakunya Hari Kiamat?setelah bangsa manusia dan kehidupan bumi lenyap seperti bangsa2 y kita tahu dan yang tidak kita ketahui??Allahhuakbar!Allah Maha Besar

Sekian..

Dipetik daripada,
http://darulmanzil.blogspot.com/
http://durrahnur.blogspot.com/

Aduan sahabat,Nasuha(bukan nama sebenar)what the point!


 Kebaikkan yang disalah ertikan@digunakan

        Adat dalam berkawan,semua dikira cincai,xkira dari segi duit,mkn,pkhdmatan,nota kuliah,jwapan peksa,sabun,ubat gigi,baju,nasihat,kereta,moto,masa,pak we…hiii….dan lain2.

       Iyalah,dah katanya berkawan,susah senang biarlah kita bersama,cross wth my heart!

       Apakah perasaan apabila semua kebaikkan tadi disalah ertikan?bukan2…disalahgunakan..tulah,nak ikram sangat!

      Abah cakap:Kawan tu pilih,nanti ajaklah datang rumah..(kawan je bah??ahaii)

     Ok,back to the points:apa y perlu dilakukan apabila….seorang kwn mengadu…



1)Rakan serumahnya,berlainan loghat..sudah lah tu…Allah bisingnya…cakap jenis menengking-nengking..walau orangnya peramah,tapi sapa lah yang tahan duduk dgn org y pekak badak ni(habis dah ckp tengking2??)untung major mard di u ni,masalah pendengaran..tahu nak reduce kesan bila mndengarnya!


2)Rajin pula bawa rakannya melepak dlm rumah sewa..sudahlah tu,ikut suka nak pakai barang2 tanpa izin..walau kita beri izin sekali….pakainya hampir 5 kali…wah..wah…hebat kelakuan??Nasib kawan mard acuan Ikram…


3)Rajinnya memesan makanan menerusi khidmat sms…tapi kan,dalam 5 kali pesan…agak2..1terlupa,1bayar separuh dan y lain lebur….xkan tu pun nak kena cakap?awak kan dah besar…kata masuk U,ke macam mana??


4)Yang ni..muslimin xperlu bayangkan--->mcm la ada y peduli..hii..pakainya,sikit punya haccumm lah…bukannya bucuk…tapi aduhai..goyah iman…bukan iman kawan mard y sama jantina ni…goyah iman semut,lalat dan segala mahluk y myaksikan ..agak2 le..masalahnye,xke berdosa kawan y melihatnya…what the point nak pakai begitu?


        Rasa kalau nak tunjuk badan,kulit lawa,mard lagi lawa!ehh silap…kawan lagi high class..apa y u nak tunjuk sangat?mcm xtahu aurat tu mana parasnya bila bersama sesama muslim..aihhh geram..


5)Selfish..bukan sellfish…xda ikan y mard nak jual na…ikut suka nak kita accompany dia dalam apa keadaan..tapi dimana dia bila kita pula y perlukan bantuan?what the shame…agak2 u ada liver ke??nak i cek??ke macam mana..xbaik buat macam tu


          Tapi,sekali lagi,kawan mard memg jenis hati ikram terlampau kuat agaknya…..acuan abahnya barang kali..kadang2 rasa macam kawan juga bersalah..pasal x berani..atau xsanggup nak berterus terang..bukan hati dia…lagi pun,masing2 dah besar..dah anak dara(bak kata jiran rumah mard,cik laili)hii


          Nak tegur,bukan mereka x tahu?apa sidang pembaca ingat mereka x perasan ke semua ni??Mard percaya mereka perasan,xkan hati mereka keras sangat..ke macam mana??susah kalau asyik nak menerima je ni…lagi susah jadi kawan mard ni….tapi,mard pun lebih kurang,xtahu macam mana nak buat….


           Kadang-kala ada org hanya pandai bercakap dan menasihat org...tapi dia sendiri,xmampu lagi nak amalkan...mard sikit pun xheran,xmarah...sekurang-kurangnya,dia menyampaikan ilmu y benar


          Xsukanya melihat org y sesuka cite nak mperguna kebaikkan y dimiliki insan lain..ingat,kamu bo buat begitu pada seorang,atau pada semua orang!tapi awas,bukan pada semua orang pada satu masa y sama......one day,bila org2 y baik ni tersedar atw naik mual...u akn lihat betapa bertuahnya masa y pernah u ada...tp bila u sedar waktu tu...


          Sorry....thats not yours anymore(",)

Ahad, 14 November 2010

lafaz sakinah abg Ishak&kak umu & 2orang lagi kakakku,kak ain&abg shahriman,kak edah&abg muaz bermula...

Secangkir kasih untuk dikongsi
penyerahan amanah
yang begitu berharga
dalam hidup kepada seseorang
yang dipercayai akan
membahagiakannya........

Di saat itulah lafaz sakinah bermula
Heningnya,sunyi suasana
lafaz sakinah pun bermula

apa rasa,diterjemah hanya
sebak abah,tangis ibunda
Adalah aku,wali puteriku
serah kini,amanahku ini
kepadamu kini

Nikahilah dia
curah kasih &cinta
lebih dari yang kuberikan
kepadanya

Dulu esaknya
sandar di bahuku
tangisnya kini,kuserah padamu
bukan bermakna,dia bukan milikku
fitrahnya,perlukanmu

Jadikanlah dia,wanita syurga
mengerti benar,akan maharnya
taat itu bukan,hanya pada nama
indah ia,pada maksudnya

Ku akur takdirnya
kandaku kini,amanahmu
ku iringi,dengan doaku
semoga bahagia kalian,dari redho keluarga
Semoga cinta abang Ishak kepada kak umu, abang shahriman kepada kak ain,dan abang muaz kepada kak edah
tidak hanya didunia
tetapi membawan mereka bersama melewati alam syurga
Aminn Ya ALLAH

Kepada semua kekandaku
Aku mencintai kalian bukan kerana kalian kakakku
bukan juga kerana darah y mgalir itu sama
tetapi kerana kenangan y kita ada
semoga ia menjadi peneman kalian
bila kita sudah berjauhan mata




Khas buatmu,kekandaku,kak umu,kak ain dan kak edah,
yang bakal bermula lafaz sakinahnya,

jika ingin diungkap dengan bahasa,

tiada sastera yang dapat menggambarkan perasaan ini,

jika ingin diungkap dengan warna,

tiada warna yang akan dapat meluahkan perasaan ini,

lihat,betapa hebatnya cintaku padamu,

kandaku.