Rabu, 9 Februari 2011

Rendah diri walaupun ketinggianku 164cm(",)


Kamu seperti pengganti abahku ketika kami berjauhan....sungguh


Salam...
Pernah ke tuan-tuan dan puan-puan terasa rendah diri bila ingin berhujah dengan orang yang dilihat lebih beragama....maksudnya yang bukan sefahaman dengan kita...senang cakap yang suka nak condemn usaha iman dan amal.

Mard rasa segan la,adik kat UUM pun sama,sbb kadang kala bila seseorang yang dilihat beragama tetapi berlainan fikir ingin menguasai fahaman kami,kami rasa segan ingin 'melawan' atau membidas kata-kata nya walaupun rasanya x sedap didengar di hati dan di telinga.puncanya kami sedar kadang kala,orang sebegini belajarnya jurusan agama,belajar hadith,penampilan pun ,Alhamdulillah terlalu sempurna dari kami.Terasa seakan ilmunya aduhai lebih tinggi.Kadangkala kami terfikir,Alhamdulillah ilmunya lebih banyak sebab dia mampu mengeluarkan hadith-hadith yang tidak kami ketahui.Kerana itu jurusan mereka.


Kami pula fahaman dicorak dari rumah.Abah...ye,kefahaman agama kami adalah dari abah kami.Kami meyakini dan nampak apa yang abah lakukan dari kecil.Dan kami diajar untuk mengikuti.Tiada paksaan.Tapi mungkin keberkatannya caranya,Alhamdulillah kami ada faham,walaupun tipis dan nipis kefahamannya.Tapi entah mengapa,ajaran dan tunjuk ajar abah dalam usaha iman dan amal ini lekat di hati kami.Kiranya kami membenarkan cara hidup,usaha jemaah yang ditunjukkan abah dalam kerja dakwah ni.


Tapi,kami pula seringkali "diceramah"oleh orang-orang yang amat tidak sebulu dengan usaha dakwah iman dan amal ini.Bersungguh mereka ingin menakluk kepercayaan dan keyakinan kami.
Kadang kala membawa kitab Fadhilat Amal,muntakhab al-hadith pun rasa kasihan dengan kitab tersebut.Sebab nanti pasti ramai mata yang memandang.Walau pun di surau-surau.Aduhai..ini bukan bom.Mereka terlalu keras dalam memberikan pendapat.
Ringan sahaja mulut mengatakan banyak hadith dhoif dalam kitab ini.Kadang kala rasa rendah diri kerana kami tahu dia orang yang beragama.Cuma caranya tidak kena dengan hati kami.Kami hormat ilmunya tapi bukan akhlaknya.Kasihan.....Kadang kala Mard berusaha lebih cintai kitab kesayangan ini,jadi mard berusaha cari buku AAP BEETI....Alhamdulillah...gelak mard membacanya...buatkan mard cinta pada pengarangnya,sheikul hadis m.zakariyya kandhalawi r'alaihi.........setiap kali juga mard bertambah cinta pada kitab yang abah bacakan dari mard kecil..munthakab dan fadhilat..Kiranya,mard dah ada pengetahuan baru mengenai maulana zakariyya ni..terima kasih sahabat,yang memperkenalkan mard buku ni,tuan Ibnu Mutalib.Jazakallah khairan khatira tuan.Mard bertambah pandai menerangkan kepada rakan seagama mengenai maulana.Jika mard diganjari pahala ats bacaannya,moga tuan juga terima syernya...Aminn.


Cumanya kami ini,lemah nya Ya Allah..kadang kala rasa best lagi kawan dengan kawan-kawan yang biasa-biasa sebabnya mereka ni mudah jika kita curahkan ilmu.Rasa seronok mereka juga pandai nak berkongsi apa yang mereka tahu.Walaupun kita rasa xlogik apa yang mereka cakap.Tapi kita dapat rasakan perasaan memberi dan menerima tu ada.Saling hormat dalam berpendapat.


Kadang kala rasa sedih,kita nak baca taklim di surau perempuan lepas solat maghrib atau isyak,pasal mengenangkan,rakan sebilik pun kita xboleh nak istiqamah taklim lagi.Rasa lemah sungguh.Itu belum dikira pasukan yang akan bersiap sedia menghentam kami apabila bacaan dari hadith munthakab berkumandang.Ada je yang ditanyanya.Sedihnya,kami bukan ustazah.Mana mungkin nak dapat jawab 100% correct.Takut jawapan kita bukan jawapan yang soheh.Bahaya tuan-tuan,puan-puan.Berdosa kami nanti.Kasihan mereka nanti.
Kalau lah mereka ikhlas untuk menghadiri majlis taklim.


Kadang kala rasa sedih,berat kaki nak melangkah ke surau bawa taklim memikirkan keadaan sehari hari yang akan terjadi...dihentam..dihentam..dihentam....sedihnya..Kadang-kadang terfikir,xusah buat di surau,buat di bilik sahaja.Tapi takut pula soalan yang akan ditanyakan di akhirat.Mengenai ilmumu,berapa banyak yang kamu amalkan...gerun..gerun..tetapi teringat dia yang lebih beragama...teringat tajam hujahnya menyanggah perbuatan kami..Allah...Rasa nak balik tinggal di pangkuan abah macam masa dulu,tenang mendengar taklim tanpa niat yang menyakitkan,tanpa hati yang sedih..kenapa kami pula yang mesti bersusah payah?Kami ada assgment yang nak dibuat,banyak aktiviti yang kami nak join....rasa nak tinggal je majlis taklim.Baru puas hati kalian kan?Husnuzon lah kamu Mardhiah!


Tapi tu yang pelik semakin kamu berhujah,semakin kami diam,semakin kuat kepercayaan kami kepada cara dakwah yang ditunjukkan dalam usaha atas iman dan amal ini.Ajarannya,pengisiannya,tertibnya.Sungguh...dan tu yang buatkan langkah kami semakin laju menuruni tangga untuk ke surau membawa kitab yang perlu dikongsi isinya.Kamu boleh berbicara kerana kamu punya mulut.Tapi tu xbermakna kami juga perlu berbicara walau pun kami punya mulut yang lebih mungil.Maaf thats genetik!maaf cakap....



Diam kami kerana kami menghormati perwatakan dan ilmu kalian-kalian sekalian.Tapi percayalah,hati kami penuh dengan cinta dakwah yang ditunjukkan Nabi.InsyaAllah.Kadang kala pelik.Namanya SeIslam,tapi cara kami "didakwah"macam kami adalah kafir,macam perbuatan kami ni salah,menyimpang.Maaf cakap,senyuman persahabatan kalian adalah ancaman kepada majlis taklim kami.Astaghfirullah!husnuzon Mardhiah!

di suatu ketika......

----->katanya.."Nabi berdakwah dengan segala macam cara,mardhiah"
----->kataku.."Benar,kakak."
----->katanya..habis apa yang buatkan mardhiah xdatang majlis akak semalam?"
----->kataku..ada ikhwan mai sekali kan?
----->katanya..sekurang-kurangnya kita dah menyekat mereka dari pergi ke tempat yang bukan-bukan malam tadi"
----->kataku..menyekat kaki mereka?mardhiah baca ada artis lelaki sbgai jemputan y memeriahkan suasana....ramai kawan perempuan bercerita..hampir kesemuanya....Adakah akak rasa jika nabi hidup,nabi akan suka,sedih,marah,gembira?
Semua kawan bercerita tentang kesedapan,ketampanan,kealiman artis jemputan kakak..bukan apa mesej agama yang akak nak sampaikan...
--->katanya..Bagaimana pula penglibatan mardhiah dalam PERKIM??bukan tu percampuran juga
---->...Demi Allah jika pengunduran Mardhiah xmenyakitkan hati sesiapa pasti telah lama Mardhiah akan berundur dari PERKIM..
---->katanya..Akak x kata mardhiah join tu salah
--->kataku..Xperlu sampai kakak yang berkata,mardhiah sendiri sudah rasa bahana nya.
Maafkan Mardhiah,elok kalau kita tutup perbincangan kita,dan kakak ikut mardhiah ke kafe..
----->katanya..kenapa?
kataku--->..sebab mardhiah dah lapaq mee goreng!
reaksi berpura-pura----->Aha ha ha........

(pasti dan pasti dan pasti dan pasti mardhiah akan dihentam masa majlis taklim nanti)

see,orang yang dah memang lemah yang dilemahkan lagi dan lagi.....Mardhiah lah tu....
tupasal mard kata mard xsempurna,dan mard segan untuk mengeluarkan hujah untuk mencantas kata-katanya,kerana itu hanya akan membuatkan mard sakit dan sedih.Bukan Mard orangnya nak mnjatuhkan maruah sesama wanita hanya untuk menang pertempuran lidah yang belum tentu diredhai Allah?

Baik Mard diam...sebab perkataan mard akan myakitkan hatinya....
dan jika dibiarkan dia berbicara,perkataannya pula akan memecahkan hati mard pada rakan seagama...

"Stick and stone won't break my bone"

Jikalah Mard punya teman untuk teman mard harungi dugaan taklim ini di sini....Ya Allah,kurniakan aku,teman yang susahku,senyumnya......senangku,sedihnya....
agar dia boleh ingatkan aku ketika leka ku,dan damaikan hatiku ketika diuji olehMU Ya Allah...


Rabu, 2 Februari 2011

Hai la sahabatku,Mek&Cek*(,^.^,)*


Kawan2 adik y membawa Mard berjalan kehulur kehilir"Mard suuka Pekan Rabu"Jazakillah
Cuti ptgahan sem ni xtahu mana nak dituju,bermula 28/1/11....mard ambil kesempatan p melawat adik di UUM,Kedah.Adik cuti 3/1/11....sementara mnunggu adik cuti,mard lepak(ceewah)di UUM.
Memang memenatkan sungguh perjalanan menuju ke UUM dari pineng...macam2 perkara y jadi sebelum,semasa dan selepas sampai di UUM ni..memories..

Yang Mard kagum dgn org Kedah ni,depa loghat cakap memg xbo tinggal.....dari butterworth ke aloq staq memg mard letih melayan pak cik bawa bas ni...dengan konduktor bas nye sekali..apa xnya,dah mard seorang penumpang dari pineng ke shahab perdana.Amboih depa cakap memang loghat kedah sungguh la...
setiap kali mard nk jawab,mard fikir dulu..laju laa mereka cakap..lucu dengar tapi best..mard dengar mcm mereka sdg menyanyi...beza sungguh cara percakapannya dengan loghat nogori.
Perkataan mereka seolah berirama.Berbeza dengan nogori yang ringkas.

Meh,mard bagi contoh*(,^.^,)*

standard:Awak nak pergi ke mana?
Nogori  :Ekau nk p mano?
Kedah   :Hang nak p mana tu?
Perbezaan lebih kpd intonasi..........ihihi

Terkenang Mard telatah sahabat Mard 2orang ni...baru berapa hari x jumpa,rasa rindu....Cewahh

Mek,Ct and Cek*(,^.^,)*
kot buatkn kami nampak berisi!kami slimmmm
 Mard berkawan baik dengan 2orang sahabat di USM,seorang berasal dari Tumpat,Kelantan.Seorang dari Kodiang,Kedah.Mard pula orang Nogori.Mereka ni ,Mard jumpa masa hari orentasi masa mula2 masuk U dulu. Amboih la,dulu bahasa mereka masa tu....elok lagi kami diam dari berbual!ha ha ha.La ni okey cikit..

Kawan dari Kelantan ni Mard panggil Mek.Yang Kedah,Mard panggil Cek......walaupun penggunaannya salah,tapi orang Kedah xmarah,pasai mereka tau Mard orang luar....hihihi


Dua orang sahabat Mard ni suka gaduh,berkaitan penggunaan bahasa.Padahal dua2 guna bahasa x standard!lain lah Mard,anak jawa tinggal di Nogori.Jadinya Mard cakap memang xda loghat compare mereka berdua.
Cewahh*(,^.^,)*



We always try do our best to get the best!and thst we are!Thank you Allah!
Pernah habis kuliah,Mek cakap,"Mari kelik lalu"
Cek pun balas,"Hang Mek,habaq cuba y elok,guna lah bahasa y kami paham!"
Mard pun gelak..."Korang dua2 pun cakap x guna bahasa standard.Apa nak ct guna bahasa kamus dewan?Korang cakap je edisi ke berapa??"
Cek"Amboih hangpa ni,pekena aku plak,ni nak habaq mai,ni kampung aku,hangpa kena guna laa"
ha ha ha....habis yang Mek pun cakap....."awat x habaqqqqqqqqqq...mai mai mai...bagi aku kamus Kedah cpt cek.....maap la cek na na na"

Mek&ct..."indahnya ciptaan Tuhan!..ucap Subahanallah Mek!"Ye Ustazahhh"
Tu baru minit pertama...aduh ada sahaja y nak digaduhkan mereka berdua ni.Kadang lucu juga dgr si Cek ni berceloteh dgn bahasa Kedah nya.Dia memang hangin sungguh la kalau dengar orang bising2 guna loghat selain bahasa kampungnya.*(,^.^,)*Lagi2 Loghat Kelantan.Mana Mek xhangin..aha ha ha

Paling lucu masa pembentangan mikro-teaching.Cek buat demontrasi menyediakan air milo.Banyak kali terpaksa di cut kerana dia xlepas menyebut "air" dalam bahasa melayu standard!apa lagi suka Mek menyakatnya...Kedengaran seperti dia menyebut ayir,ayaq,ayor...mcm2 ada....
jerit cek...."aku xreti la nak guna bahasa K.L ni!!!!!!ea..ea...ea..banyak e...macam ct habaq!Hangpa tgok Mazlan Pet Pet kalau berlakon mana dia cakap K.L....dia cakap loghat kami gak!aku memang xboleh la"
Mek balas.."apa kata hang tukar tajuk pengajaran.."Penyediaan Air Milo versi Kedah"..."
Mard senyum jela...malas nak melayan si Mek,t ngajuk Cek,susah....

Mard senyum jela....sabo yola...dah lenguh tangan,kaki,kepala,mata nak jaga camera fokus dia ja....ikram..ikram...



Zaman dulu2.....Diner....*(,^.^,)*

Pernah satu ketika,Cek diminta memperkenalkan diri kpd pensyarah di dalam dewan kuliah
Dr:Kamu dulu sek di mana?
Cek:Sek nyiuq
Dr:Nyanyuk?
Cek:Nyiuq!Sekolah Nyiuq!

Semua pandang je Cek....Cek pun pelik...awat depa pandang kat aku ni?Ni y datang hyperventilation aku ni...
Mard pun berdiri dan cakap,"Syakirah orang Kodiang ,Doc...dia dulu bersekolah di sekolah Nyiur..
semua gelak......Mard tengok muka dia merah padam....Mard tengok Mek,tengah pegang buku tutup muka



Ct.."Marah tu sifat syaitan kan Cek??"....Cek.."La..hang xtaw kaa??"memacam kn...
 Mard dengar cek cakap"Sat g kena hang Mek"........

Habis kelas,Mard tengok Mek lari dikejar Cek.....Ya Allah,ntah ape2!angin sebadan sungguh la......
*(,^.^,)*
Pernah cek lambat berjumpa kami untuk bersama ke kuliah,Mek sedap je bercakap"Ni lah janji Kedah"...memg Mek mencari nahas..
Faham-faham jelah apa y terjadi.....Mard ditinggalkan sekali lagi...pasal cek tengah mengejar Mek......
dan seperti biasa dengar Mek jerit sambil berlari......."Ct oiiiiiiiii selamatkn aku dari Singa Kedahhhh"
dan cek balas sambil berlari."Hang memang mulut ulaqqqqqqqqqq"........
Dan selalunya,Cek akn berjaya mencubit lengan Mek,sebab Cek ni kecil je orangnya,paras dada bahu Mard.Begitu juga Mek,bezanya Mek berisi!agak comel...


Ha ha ha.....Persembahan "Sign Language" pertama kami..memories!

Macam mana la,Mard nak tolong...dengan kesopanan Mard,t jatuh la keayuan Mard.Ciss.*(,^.^,)*
Tak hairan jika ramai kawan sekuliah ada y kata"Ct,tengok anak2 hang!"
Ct balas balik....."t kalau hang jumpa suami ct kirim salam"
dan selalunya akan kedengaran orang membalas salam...."Waalaikumsalammmmmmmm"Ceit!

Tu baru Cek,belum Mek punya ragam.....ayoyoyo.....poning palo den....tapi kami happy...sbb kami menerima diri semua seadanya....Ehem2...."Dikenali sahabat ketika susah"

Kami dikenali sebagai 3 serangkai*(,^.^,)*
selalunya jika ambil gambar pasti Mard di tengah!baru balance......*(,^.^,)*

Kami baru nak belajar "delete aurat"--->jgn tegas sgt dlm meluruskn tulang y bengkok*(,^.^,)*


Rabu, 26 Januari 2011

"The Gratest Challenge to Produce One Chapter Like The Chapter of the Holy Qur'an


In this post Mard will use English language....Just want to look how far i can write about DEEN in English way...Plus,my LSP401 is around the corner,so i just want to make some practical writing.....enjoy(",)

             "The Gratest Challenge to Produce One Chapter Like The Chapter of the Holy Qur'an"

"These Arabic words SallAllah Alaihi Wassalam mean,"May God exalt his mention and protect him from imperfection"



 I already makes some studies ABOUT Qur'an,God Challenged all human beings(yeahh,us) to produce a single chapter like the chapters of the Qur'an.Even since the Qur'an was revealed,fourteen centuries ago,untill this day,(25 januari 2011)no one has been able to meet this challenge,even though the smallest chapter in the Qur'an(Chapter 108....i already mention the chapter above,in picture)is only ten words,yet no one has ever been able to meet this challenge ,then or today!

God has said in Qur'an:

{And if you are in doubt about what We have revealed(the Qur'an)to our Worshiper(Muhammad saw),then produce a chapter like it,and call your witness(supporters and helpers)besides God if you are truthfull.And if you do not do it,and you can never do it,then fear the Fire(Hell,neraka!)whose fuel is men and stones.It has been prepared for disbelievers.And give good news (O Muhammad)to those who believe and do good deeds,that for them are gardens(paradise,syurga!)in which rivers flow...}(Qur'an,2:23-25)


Some of disbelieving Arabs who were enemies of Muhammad saw tried to meet this challenge to prove that Muhammad saw was not true prophet,but they failed to do so.This failure was despitebthe fact that the Qur'an was revealed in their own language and dialect and that the Arabs at the time of Muhammad saw were very eloquent people who used to compose beautiful and excellent poetry,still read and appreciated today.


      i want tell you something maybe u dont no
{The prophet Muhammad saw was illiterate.He could not read nor write,but he dictated the Qur'an to his Companions and commanded some of them to write it down}

Isnin, 24 Januari 2011


Kala Senja Itu Tiba..

Kala senja itu tiba,
Ku termenung sendirian,
Terasa diriku ini,
Jauh dari rahmat tuhan,
Dosa yang aku lakukan,
Menerjah ruang fikiran,
Masihkah ada untukku,
Keampunan.....
 

Gelap rasa dunia ini,
Tanpa cahaya Ilahi,
Baru kini ku sedari,
Jalan yang aku lalui,
Memusnah pedoman hidup,
Melempar hatiku ini,
Ke lembah kehinaan...

Dalam kegelapan itu,
Terpancar cahaya dariMu,
Memandu hambaMu,
Menuju iman,
Menginsafi diri dengan ketaqwaan,
Dan kesabaran....

Kau terangi jalanku,
Menuju syurgaMu,
Dan kau tunjuki,
Dengan hidayahMu,
Hanyalah padaMu,
Ku hadapkan diri,
Mohon keampunan...

Wahai Yang Maha Pengasih,
Bantulah hambaMu ini,
Yang kian terumbang-ambing,
Di dalam arus duniawi,
Ku berdoa kepadaMu,
Memohon limpah rahmatMu,
Moga mentari kan bersinar kembali....

Isnin, 10 Januari 2011

sambungan...tentang seseorang(2)

Matanya meleret panjang bila terlihat akhwat bertutup elok......alunan tudung labuhnya saja sudah membuatkan dia malu.Kadangkala ditatap sehingga si tudung labuh hilang dari pandangan.Dipukau barangkali.Tunduk matanya bila terlihat ikhwan menyahut seruan azan dgn segera ke masjid.Bukan mukanya y ditatap.Tapi,kopiah putihnya.


Sungguh dia cinta pada nilai zahir dan batin kopiah putih.Hebatnya mereka..aku xlayak untuk mereka.Yang berkopiah tu,aku match kan dgn kakak tudung labuh biru hari tu!detik hatinya.....dia suka memasang-masangkankan insan di dalam hatinya.Sungguh dia rasa dirinya tidak layak.Malu pada dirinya sendiri kerana tidak dapat beristiqamah dengan  pakaian Islam.
Dia pernah bertanya pada dirinya sendiri.Hipokritkah aku ni?.Tidak!engkau selalu cuba menjadi diri engkau.


Tidak tahu sama ada hati,akal,nafsu,setan,atau apa saja yang menjawab.Dia bertambah keliru.Buntu.
Kadangkala,dia memakai seperti muslimah yang sempurna.Jadi hari itu,dia akan menjaga tata susilanya 2kali lipat!katanya,aku perlu menjaga nama baik pakaian ini.Aku xmahu kakak-kakak tudung labuh lain kena tempias negatif jika aku berkelakuan tidak senonoh.Tapi selalunya,dia memang menjaga susilanya.Dipuji.


Cinta.Couple.Perkara biasa baginya.Katanya lumrah orang akan bercinta,pasal masing-masing ada hati.Tapi bila dia terlihat pasangan berduaan,dia akan memandang tajam.Kata hatinya,ini bukan cinta,ini bukan couple,yang aku bayangkan.Bukan untuk aku.Doanya,Ya Allah,aku banyak dosa,tolong aku Ya Allah tutup pintu kemaksiatan yang satu ini.Tolong Ya Allah,tidak larat aku kenang amalanku yang berlubang-lubang.


Takut hatinya.Manakan tidak,dirinya seringkali dilanggar badai cinta syaitan.Ohh..susahnya aku nak lari dari mereka ni.
Aku suka yang berkopiah putih jelah!pernah satu ketika,amarah menguasai dirinya.Lalu,terkeluar perkataan diatas.Sambil berlalu pergi,dia terfikir...aku maksudkan kopiah atau si empunya kopiah??Oh,dia terkeliru.
Di petang yang sama,selepas selesai bacaan wajibnya,Al-Mathurat dia terbayang peristiwa di dalam kuliahnya...kopiah putih!


Apa yang aku cari sebenarnya?apa yang aku betul-betul mahu?
ye.Aku suka tengok orang pakai tudung labuh,orang yang berkopiah.Aku nak kopiah ke,atau nak tuannya?


Dia terkeliru.Dan terus dia membawa tafsirnya ke suatu tempat.Tempat yang tinggi.Tempat yang hanya dirinya tahu.Mungkin.
Dia termemung memeluk tafsirnya.Apa yang aku mahu sebenarnya?Apa yang aku nak perjuangkan?Untuk apa?Mampu ke aku istiqamah dengan benda-benda ni? Bodoh!kau buat sebab manusia..padan dengan muka kau!tu pasal kau tak boleh istiqamah!Amalan kau untuk dilihat!


Katanya kepada hati...aku ada agama dalam hati.Kenapa aku tak boleh jadi macam kakak tu?.............(2)

Jumaat, 7 Januari 2011

cerita tentang seseorang

Di suatu pagi y berangin,telah bangun seorang insan y selalu berbuat dosa terhadap Allah swt.Alhamdulillah,dia sempat membaca doa bangun tidur
 "alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur.Artinya :Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit"
Sungguh dia tahu Allah tuhan yang satu,sungguh dia tahu Allah yang mematikan dan menghidupkan.
Kemudian,dia bersiap untuk ke suatu tempat.....dia melihat cermin.Ohh...Allah,luruskan hatiku pada hari ini...
tetapi kemudian dia sedih.Sedih teringatkan yang dia tidak solat subuh.
Dia cepat-cepat mengukir senyuman seperti kebiasaannya.....ahh..Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.Azamnya,esok dia akan bangun awal untuk solat!
Dia menjadi tumpuan didalam kelas.Kerana keperibadiannya,kepintarannya,kerana banyak mata senang memandangnya,kepetahannya..Ye,sungguh dia insan yang beradab.Cumanya,dia selalu terlepas solat.
Bukan dia meringankan.Tapi masalah iman.Imannya yang amat turun naik dgn cepat.Kasihan.
Dia gemar memberi nasihat.Kadangkala dia mengulum nasihat.Kerana teringatkan dirinya yang juga amat lemah amalannya.Dia menjadi keliru dengan dirinya sendiri.Rasa kehilangan.
Kerana itu,dia mencari sahabat,kenalan,bergaul,mendekatkan dirinya dengan insan2 yang sefikrah.insan2 y punya semangat dan ilmu agama yang lebih darinya.
Dia mencemburui semua insan lain yang beragama.Tudung labuhnya,kopiah putihnya,senyuman malunya,kata-kata berbaur agamanya.Semua itu,menjadikan dia  lebih cinta pada agama...
..............................................(1)

Isnin, 27 Disember 2010

perkongsian comel dari hati-hati kecil

Assalamualaikum,sihat lah semua hendaknya,kalau y sakit,solat 2 rakaat n telan ubat k...
Selepas selesai akad nikah kakak Walidahku,di rumah kami yang dilakukan selepas waktu Isyak,aku disuruh oleh 3orang kakakku  mencari puteri kecil mereka untuk makan malam.Aku berkesempatan meluangkan masa bersama,anak-anak buah yang tercinta,tiga daripada mereka....aku melihat 3 orang sepupu ini kushuk main alatan make-up pengantin.
Aku memeluk mereka..Macam terperanjatkan mereka!kecil je,Adawiyah potpot,darjah 1,kak ika,darjah 1,dan sumaiyyah(memengah),4tahun.Haha

'Main awe punye barang ea!'
Kita xmain,kita tengok je,pandai mereka menjawab..aku ketawa melihat mulut tiga gadis kecil ni comot sbb pakai lip gloss.

Aku pandang mereka,tercabut mascara aku dibuatnya...hadehh..sabo yola hati
Mungkin mereka excited melihat maktam nya dirias..
Sambil menyimpan barang-barang tadi,aku bertanya pada mereka..
Aku pandang Adawiyah potpot,kahwin tu ape?
Bulat matanya y bundar dan hazel memikir jawapan...
Tiba-tiba keluar jawapan yang tidak kuduga,
"Nikah tu,2hati jadi 1!"ohh mine.....aku agak terkesima mendengar jawapan potpot...aku pula dilanda malu..

Aku cuba tanya kak ika,darjah 1....Kak ika,kahwin tu ape?
Dengan muka y xbersalah,jawabnya...."Kahwin tu nikah la"...pandainya anak buahku ni...berbeza dengan sangkaan ku.....matang juga fkirannya..aku memadam calitan di bibirnya...muncung mulutnya!

Nah,sekarang tinggal seorang mangsa,si kecil Sumaiyyah yang sedang ligat belajar bertutur dan menyusun ayat kala di umur ini....
Kakak,kahwin tu ape?
Dia memandangku......"Ummmm...ummmm...ummmm....pakai baju cantik,tudung cantik,SELIPAR cantik,malam!"....ohhh...dia jawab melalui pemerhatiannya...well....ladies...kamu semua memg bijak!

Apa y mencuri tumpuan,capable otak mereka memberikan jawapan,padahal,aku target,mereka langsung xkan dapat memberikan jawapan.
Then,jika aku ditanya kahwin tu apa?
Kahwin tu,.......ummmmm........okey!aku kagum dengan anak buahku......ihiiiiii
Hasilnya,aku membawa mereka  bertiga ke khemah pengantin untuk makan malam
dan pastinya tanpa make up comot di muka!
Dan aku mencintai jawapan mereka.Kesemuanya.......27/12/10