Assalamualaikum tuan blog...........
Waalaikumsalam empunya blog......
aha ha ha......
berganda pahala ku......
iyelah,memberi dan menjawab salam...
Sem ni awat la haru sangat.aishh.Banyaknya asaimen y mard xtahu nak buat.Dia macam ni tau,mard rasa mard tahu,bila dok depan lappy nak menaip,mard jadi xtahu.Gelap je rasanya.Tapi mard banyak idea,bila nak tulis,rasa hilang perkataan,i loss my language.
Mard juga perasan,mard dh start tidur lewat,bukan ..bukan...kita boleh panggil dia awal pagi...ohh mard tidur awal pagi..dalam area pukul 3 ke 5 pagi.Tabiat yang amat,amat buruk,dan bukan kerelaan badan.Tapi kerana otak mard ligat berfikir banyak nya benda y perlu disiapkan.Malangnya,badan mard letih dan xterdaya.Banyaknya benda perlu dibuat.Jadinya,badan mard terbaring atas katil,tapi otak mard berfikir ligat merangka itu dan ini.Hasilnya mata mard terbuka pandang siling.Pandangan mard pada siling menyebabkan siling tersebut tembus dan berlubang!tajam kan pandangan mard.--->ok,part tembus dan berlubang mard gurau.
Semalam,Mard keluar seawal jam 7.45 pagi untuk perjumpaan dan latihan St.John.Mard belajar mengenai "Home Nursing".Habis 1.30ptg.Then pukul 2.00p.m mard bergegas ke stadium USM,kerana ada aktiviti sukan di sana,"Open Relay".Penyertaan dari pelbagai pihak,dari yang kecil,pelajar uni luar,dan veteran people.Mard bertugas di sana.Mard treat orang yang cedera.i'm first aider.
Halamak,penatnya mard..asal habis lari,pasti ada yang jatuh tercungap-cungap,Cramp,Hyperventilation,get wound.Tapi selalunya cramp.Hanya Allah yang tahu,bekerja keras dengan team 3 orang mengangkat casualty yang beratnya melebihi berat kami sendiri.Dengan selambanya,mard gunakan bystander yang ada untuk menolong membawa stretcher ke bawah khemah tempat mard bertugas.
Yang geramnya,kebanyakkan atlet ni pakai,aduhai..menyampah sungguh.Amatlah tidak tutup aurat.Baik lelaki mahu pun perempuan.Masalahnya di sini bila mereka menukar baju di bawah khemah Mard.Sudah lah tu,xkira lagi bila mereka minta itu dan ini.Kadang-kadang mereka unconscious,Mard terpaksa pegang itu dan ini untuk rawat mereka.Of course with glove!Yaksss....xkan nak tengok je ahli len buat,Mard y lead team.Nak xnak kena juga mard treat mereka.Pelbagai bangsa juga agama.Semua mereka semalam adalah casualty mard.Mard amat tidak selesa memapah casualty yang pakai singlet dan berseluar paras peha.Baik lelaki mahu pun wanita.I hate Sweat.And i hate the way they look at me,when i treat all of them.
Itu belum kira casualty yang pretending sakit.Kebanyakkannya adalah lelaki.Mard,selagi boleh,mard akan minta mereka buat sendiri.Jangan harap mard nak beri muka.Mard bertugas dari pukul 2 pm hingga 10 pm ok.Mard rasa team kami lebih penat dari peserta semalam.Iyalah kami berlari ke sana sini setiap kali ada yang rebah.Then angkat.Then treat.Setiap yang mard treat,mard harapkan kesembuhan mereka.Rasa bahagia tengok mereka okey dan teruskan pertandingan,then rebah lagi then menyusahkan mard.Thank you Mr.

Paling mard ingat,ada seorang adik ni,perempuan,datang bawah khemah mard,dan minta mard tolong urutkan punggungnya atau buttocknya.Dalam hati,Ya Allah,apa adik ingat akak bukak spa ke mcm mana.Tapi tulah,tanggungjawab tetap tanggungjawab.Then 1st time i do that kind of thing.Setengah jam mard urut,dia boleh bangun dan kata,next pertandingan adalah dia punya "showtime".Dia minta mard bagi sokongan.Dalam hati,mard doakan agar dia x jatuh pengsan or cramp or apa2 saja lah.Pasal tangan mard rasa jemu nak pegang badannya lagi.Malas nak treat.Tuan punya badan sendiri xtahu nak jaga kesihatan badannya,Mard pula yang disusahkan.Sakit hati Mard bila ada casualty yang datang berkali-kali untuk di treat.Mard dh nasihat,rest,then i see mereka still aktif buat itu dan ini,then get injured.
Ohh..selepas Asar,Hujan agak renyai,di bawah khemah,tiada casualty.....Mard perhatikan gunung ganang yang menjadi tunjang pineng,Rumput hijau yang luas hijau merata,langit yang sedikit kehitaman.Dan hujan yang turun rintik2......bersama mard ada mek dan cek.Mereka menjadi team mard kali ni.Mard tahu mereka kepenatan.Kasihan.Melihat suasana yang sebegitu,Mard berkata pada mereka berdua..
"Tahu x,Hujan ni tanda Allah sayang kita.Hangpa tau x,sebelum hujan turun,Allah telah mengumpulkannya didalam bekas yang kita panggil awan.Kalau awan tu jatuh,nescaya kita semua akan mati dihimpap.Seperti dihimpap gunung beratnya.Menunjukkan betapa beratnya awan.Tapi Allah sayangkan kita.Allah turunkan dalam titis-titis.Pastu mek tahu x,setiap titis hujan ni,ada malaikat yang turun bersamanya di bumi.Dan,malaikat ini,tidak akan kembali ke atas langit.Sebab itu,orang mengatakan hujan adalah rahmat.
"Tahu x,Hujan ni tanda Allah sayang kita.Hangpa tau x,sebelum hujan turun,Allah telah mengumpulkannya didalam bekas yang kita panggil awan.Kalau awan tu jatuh,nescaya kita semua akan mati dihimpap.Seperti dihimpap gunung beratnya.Menunjukkan betapa beratnya awan.Tapi Allah sayangkan kita.Allah turunkan dalam titis-titis.Pastu mek tahu x,setiap titis hujan ni,ada malaikat yang turun bersamanya di bumi.Dan,malaikat ini,tidak akan kembali ke atas langit.Sebab itu,orang mengatakan hujan adalah rahmat.
Hangpa dah baca doa turun hujan?Doalah,makbul..InsyaAllah"
Itulah yang mard mampu sumbangkan untuk menyeronokkan hati mek dan cek yang dah comot seluarnya terkena lumpur semasa merawat casualty.badan pun bau iodin.
Ohh semalam kami ada membina sajak yang indah ketika hampir maghrib.Melihatkan suasana maghrib yang cemerlang.Tapi,mard lupa pula bahasanya.Tapi,sajak tu memang indah kerana kami sebut secara spontan.Yang pasti,mengenai cinta kepada Allah dan bakal suami.*(,^.^,)*
Rasa jengkel melihat ikhwan yang berpura pegang dada,kata "sakit,sakit,ahh jantung saya,tolong..tolong"sambil baring kat rumput dgn kawan-kawannya.mard kalut keluarkan aspirin,dia boleh bangun ambil box 1st aid mard nk tanya,"mana,nak saya tolong carikan?"sambil gelak dengan kawan dia...Mard xreti nak marah,mard diam je la....datang cek,dia cakap,"hempuk hang dengan kotak ni taw la!gatai sangat,meh aku titis iodin dalam mulut tuh!"marah sungguh cek...........
Ada tu joging kehulur kehilir depan khemah.....tiba-tiba dia jerit.."wak,hati saya sakit"....si cek jawab,"dah tu p la hospital!"..dia pandang mard dan balas,"tapi jiwa saya okey"Berdekah pak cik-pak cik yang jaga padang tu ketawa.Mard balas,"suami saya ada kat tepi tiang tu"......sambil tunjuk sorang lelaki India yang besar tengah pegang pistol untuk lepaskan peserta dalam acara lumba lari.Mard tengok,pucat muka dia,terus pergi.Untuk pertama kalinya mard menipu orang sebegitu.
Memacam perangai si ikhwan ni.Bukan begitu caranya bang.apo lah.Apa-apa pun,Mard happy sangat dapat rawat orang kerana orang kata mard pandai reassure casualty..cewah..walau pun menjalankan tugas kerana dipaksa,mard tetap profesional.cewahh.."Berkhidmat Untuk Manusia"itulah tema st.john.




















