 |
| Kamu seperti pengganti abahku ketika kami berjauhan....sungguh |
Salam...
Pernah ke tuan-tuan dan puan-puan terasa rendah diri bila ingin berhujah dengan orang yang dilihat lebih beragama....maksudnya yang bukan sefahaman dengan kita...senang cakap yang suka nak condemn usaha iman dan amal.
Mard rasa segan la,adik kat UUM pun sama,sbb kadang kala bila seseorang yang dilihat beragama tetapi berlainan fikir ingin menguasai fahaman kami,kami rasa segan ingin 'melawan' atau membidas kata-kata nya walaupun rasanya x sedap didengar di hati dan di telinga.puncanya kami sedar kadang kala,orang sebegini belajarnya jurusan agama,belajar hadith,penampilan pun ,Alhamdulillah terlalu sempurna dari kami.Terasa seakan ilmunya aduhai lebih tinggi.Kadangkala kami terfikir,Alhamdulillah ilmunya lebih banyak sebab dia mampu mengeluarkan hadith-hadith yang tidak kami ketahui.Kerana itu jurusan mereka.
Kami pula fahaman dicorak dari rumah.Abah...ye,kefahaman agama kami adalah dari abah kami.Kami meyakini dan nampak apa yang abah lakukan dari kecil.Dan kami diajar untuk mengikuti.Tiada paksaan.Tapi mungkin keberkatannya caranya,Alhamdulillah kami ada faham,walaupun tipis dan nipis kefahamannya.Tapi entah mengapa,ajaran dan tunjuk ajar abah dalam usaha iman dan amal ini lekat di hati kami.Kiranya kami membenarkan cara hidup,usaha jemaah yang ditunjukkan abah dalam kerja dakwah ni.
Tapi,kami pula seringkali "diceramah"oleh orang-orang yang amat tidak sebulu dengan usaha dakwah iman dan amal ini.Bersungguh mereka ingin menakluk kepercayaan dan keyakinan kami.
Kadang kala membawa kitab Fadhilat Amal,muntakhab al-hadith pun rasa kasihan dengan kitab tersebut.Sebab nanti pasti ramai mata yang memandang.Walau pun di surau-surau.Aduhai..ini bukan bom.Mereka terlalu keras dalam memberikan pendapat.
Ringan sahaja mulut mengatakan banyak hadith dhoif dalam kitab ini.Kadang kala rasa rendah diri kerana kami tahu dia orang yang beragama.Cuma caranya tidak kena dengan hati kami.Kami hormat ilmunya tapi bukan akhlaknya.Kasihan.....Kadang kala Mard berusaha lebih cintai kitab kesayangan ini,jadi mard berusaha cari buku AAP BEETI....Alhamdulillah...gelak mard membacanya...buatkan mard cinta pada pengarangnya,sheikul hadis m.zakariyya kandhalawi r'alaihi.........setiap kali juga mard bertambah cinta pada kitab yang abah bacakan dari mard kecil..munthakab dan fadhilat..Kiranya,mard dah ada pengetahuan baru mengenai maulana zakariyya ni..terima kasih sahabat,yang memperkenalkan mard buku ni,tuan Ibnu Mutalib.Jazakallah khairan khatira tuan.Mard bertambah pandai menerangkan kepada rakan seagama mengenai maulana.Jika mard diganjari pahala ats bacaannya,moga tuan juga terima syernya...Aminn.
Cumanya kami ini,lemah nya Ya Allah..kadang kala rasa best lagi kawan dengan kawan-kawan yang biasa-biasa sebabnya mereka ni mudah jika kita curahkan ilmu.Rasa seronok mereka juga pandai nak berkongsi apa yang mereka tahu.Walaupun kita rasa xlogik apa yang mereka cakap.Tapi kita dapat rasakan perasaan memberi dan menerima tu ada.Saling hormat dalam berpendapat.
Kadang kala rasa sedih,kita nak baca taklim di surau perempuan lepas solat maghrib atau isyak,pasal mengenangkan,rakan sebilik pun kita xboleh nak istiqamah taklim lagi.Rasa lemah sungguh.Itu belum dikira pasukan yang akan bersiap sedia menghentam kami apabila bacaan dari hadith munthakab berkumandang.Ada je yang ditanyanya.Sedihnya,kami bukan ustazah.Mana mungkin nak dapat jawab 100% correct.Takut jawapan kita bukan jawapan yang soheh.Bahaya tuan-tuan,puan-puan.Berdosa kami nanti.Kasihan mereka nanti.
Kalau lah mereka ikhlas untuk menghadiri majlis taklim.
Kadang kala rasa sedih,berat kaki nak melangkah ke surau bawa taklim memikirkan keadaan sehari hari yang akan terjadi...dihentam..dihentam..dihentam....sedihnya..Kadang-kadang terfikir,xusah buat di surau,buat di bilik sahaja.Tapi takut pula soalan yang akan ditanyakan di akhirat.Mengenai ilmumu,berapa banyak yang kamu amalkan...gerun..gerun..tetapi teringat dia yang lebih beragama...teringat tajam hujahnya menyanggah perbuatan kami..Allah...Rasa nak balik tinggal di pangkuan abah macam masa dulu,tenang mendengar taklim tanpa niat yang menyakitkan,tanpa hati yang sedih..kenapa kami pula yang mesti bersusah payah?Kami ada assgment yang nak dibuat,banyak aktiviti yang kami nak join....rasa nak tinggal je majlis taklim.Baru puas hati kalian kan?Husnuzon lah kamu Mardhiah!
Tapi tu yang pelik semakin kamu berhujah,semakin kami diam,semakin kuat kepercayaan kami kepada cara dakwah yang ditunjukkan dalam usaha atas iman dan amal ini.Ajarannya,pengisiannya,tertibnya.Sungguh...dan tu yang buatkan langkah kami semakin laju menuruni tangga untuk ke surau membawa kitab yang perlu dikongsi isinya.Kamu boleh berbicara kerana kamu punya mulut.Tapi tu xbermakna kami juga perlu berbicara walau pun kami punya mulut yang lebih mungil.Maaf thats genetik!maaf cakap....
Diam kami kerana kami menghormati perwatakan dan ilmu kalian-kalian sekalian.Tapi percayalah,hati kami penuh dengan cinta dakwah yang ditunjukkan Nabi.InsyaAllah.Kadang kala pelik.Namanya SeIslam,tapi cara kami "didakwah"macam kami adalah kafir,macam perbuatan kami ni salah,menyimpang.Maaf cakap,senyuman persahabatan kalian adalah ancaman kepada majlis taklim kami.Astaghfirullah!husnuzon Mardhiah!
di suatu ketika......
----->katanya.."Nabi berdakwah dengan segala macam cara,mardhiah"
----->kataku.."Benar,kakak."
----->katanya..habis apa yang buatkan mardhiah xdatang majlis akak semalam?"
----->kataku..ada ikhwan mai sekali kan?
----->katanya..sekurang-kurangnya kita dah menyekat mereka dari pergi ke tempat yang bukan-bukan malam tadi"
----->kataku..menyekat kaki mereka?mardhiah baca ada artis lelaki sbgai jemputan y memeriahkan suasana....ramai kawan perempuan bercerita..hampir kesemuanya....Adakah akak rasa jika nabi hidup,nabi akan suka,sedih,marah,gembira?
Semua kawan bercerita tentang kesedapan,ketampanan,kealiman artis jemputan kakak..bukan apa mesej agama yang akak nak sampaikan...
--->katanya..Bagaimana pula penglibatan mardhiah dalam PERKIM??bukan tu percampuran juga
---->...Demi Allah jika pengunduran Mardhiah xmenyakitkan hati sesiapa pasti telah lama Mardhiah akan berundur dari PERKIM..
---->katanya..Akak x kata mardhiah join tu salah
--->kataku..Xperlu sampai kakak yang berkata,mardhiah sendiri sudah rasa bahana nya.
Maafkan Mardhiah,elok kalau kita tutup perbincangan kita,dan kakak ikut mardhiah ke kafe..
----->katanya..kenapa?
kataku--->..sebab mardhiah dah lapaq mee goreng!
reaksi berpura-pura----->Aha ha ha........
(pasti dan pasti dan pasti dan pasti mardhiah akan dihentam masa majlis taklim nanti)
see,orang yang dah memang lemah yang dilemahkan lagi dan lagi.....Mardhiah lah tu....
tupasal mard kata mard xsempurna,dan mard segan untuk mengeluarkan hujah untuk mencantas kata-katanya,kerana itu hanya akan membuatkan mard sakit dan sedih.Bukan Mard orangnya nak mnjatuhkan maruah sesama wanita hanya untuk menang pertempuran lidah yang belum tentu diredhai Allah?
Baik Mard diam...sebab perkataan mard akan myakitkan hatinya....
dan jika dibiarkan dia berbicara,perkataannya pula akan memecahkan hati mard pada rakan seagama...
"Stick and stone won't break my bone"
Jikalah Mard punya teman untuk teman mard harungi dugaan taklim ini di sini....Ya Allah,kurniakan aku,teman yang susahku,senyumnya......senangku,sedihnya....
agar dia boleh ingatkan aku ketika leka ku,dan damaikan hatiku ketika diuji olehMU Ya Allah...