Ahad, 27 Februari 2011

siapa ada cadangan jawapan?~please~

....ade orang bukan Islam bertanya.."baiklah, sy cina awak Islam..awak kata Islam itu adil dri semua aspek, kalau awk punye orang buat jht, main perempuan, minum arak suma, dekat akhirat nnt awak punye orang kene bakar api neraka pastu masuk syurga buat selama2nya, kalau sy punye orang xbuat itu macam lu punye orang buat, bila mati kena bakar api neraka buat selama2nya..persoalan nya, dimanakah letak nya keadilan dalam Islam yang kamu maksud kan bhw Islam itu adil sume aspek..cdgn bernas please....

Rabu, 23 Februari 2011

cantik!macam monkey ja.....


Mesti ramai y benci haiwan ni kan?JANGAN!.Sebab ianya haiwan kesayangan mard.Yes!kesayangan.Mard ada kenangan bersamanya.Cewah.Sungguh.Den xnipu haa.
Ceritanya begini.Sewaktu mard di tingkatan 6,mard kan dah meningkat gadis,jadinya mard pandai nak pakai lip balm la,lip gloss la,lipstik la.ihihihi....dulu semua barang tu dari kedai AVON.Sbb kedainya berhampiran sekolah mard.Memacam.Zaman kanak-kanak Ribena sungguh la.

Nak dijadikan cerita,satu pagi mard bersiap ke sekolah.Dah lewat ni.Abah mesti xmahu hantar pasal abah tahu salah mard.Mard tidur lewat tengok cerita 'Tomb Rider'.Nak xnak,mard kena kejar masa naik bass trip ke-2.Sedang mard kalut-kalut bersiap,mard nak pakai lip gloss jenama Metholatum.Entah macam mana punya kalut,lip gloss tu terlepas dan bergolek bawah katil mard.K,dah xda masa nak mencari,mard pakai je apa y ada atas meja.Mard pun p sekolah.
Selang beberapa hari,d hari sabtu,mard baring-baring atas katil.Tiba-tiba mard teringat lip gloss yang tergolek tu.Mard pun bangun n cuba meraba-raba bawah katil.Tiba-tiba mard rasa ada benda yang halus kena jari mard.

Nak kata panjang xpanjang
Nak kata keras tapi gemalai
Nak kata benang tapi begerak-gerak
pastu siap gigit jari mard..ke mard y perasan?tapi rasa tajam..

Mard pun mengintai bawah katil,mard nampak lip gloss mard!tapi mard nampak sebelah lip gloss mard ada kurma.Mard nampak macam kurma.Mard pelik...tiba-tiba mard nampak kurma tu p cium-cium mard punya lip gloss sebab penutupnya dah terbuka.Mard y buka sebelum ia jatuh.

Kurma ni xperasan mard tgh perhatikan dia.Tiba-tiba mata kami bertentangan.Mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......panjangnya sesungut awak mr.lipas!!!Mard tengok mulut kurma ni merah!sah dia pakai lip gloss mard.Yakkkkkkkkkkkkkkss.....mard jerit satu rumah bergegar!dah la sesungut dia bergerak!mulut dia merah!siap pandang mard lagi.....mard tengok dia cium-cium lip gloss mard.Mard takut tengok mahluk ni.Mard terus lari keluar suruh adik syafiq tangkap.Macam mana kurma boleh ada dalam bilik mard,siap pakai lip gloss mard!yaks..yaks..yaks..

Adik syafik lepas tangkap lipas tu,siap bagi mard baki lop gloss tu.Dia kata dia dah potong bahagian y lipas tu cium.Opss y lipas tu pakai.
Mard kata,"kak diah xkan pakai lip gloss tu lagi.walau dah xda duit nak beli,sanggup kak diah mencuri duit syafiq,merayu abah...tp..xkan kak diah nak share dgn lipas!kak diah bukan seranggaaaa....p la buanggggggggggggggg........"Start dari tu,adik syafiq ejek mard bila tengok mard pakai lip gloss.dia kata dah macam mulut lipas y dia tangkap.Mak ai..ni ayat nak kena sental baju sendiri nampak..adik syafiq memang xsuka tengok mard pakai alat-alat kosmetik ni.Dia kata pelik.Bukan kita pakai make up pun.Dia kata pelik!Selalu mard balas,syafiq la pelik!pelik bin ajaib!

Tapi kan,pernah anak buah mard,si Safwan (6thun)aka Cakwan dan adiknya Sumaiyah(4tahun) tengok mard bersiap depan cermin,Mard dah bersiap pakai tudung semua,pakai tata rias y simple ja.

Dia cakap....."eeee,cantiknya wowo...iyaka Cakwan?...Cantik!macam monkey ja!(bls sumaiyah)kan Cak wan....."Haaaaaaaaaaaa..........grrrrrrrr

wowo-->Awe-->Mak We(Pangkat Mard dlm Family)

Menurut akak mard,atau ibunya,mereka memang suka tengok monkey,kerana mereka budak bandar,membesar di bandar.

Tapi agak-agak larrrrrrrrrrrrr.......Hadduh

Xheran la masa p zoo negara,mereka tanya mard masa tengok pak belang,mana spongebob,patrick,upin dan ipin exct.Sabo yola.


Mard Okey Ja *(,^.^,)*


Gambar ini mengingatkan mard banyak perkara sepanjang lebih kurang,20 tahun kebelakang
Sebenarnya xingat pun,masakan ingat,mard juga baru 3tahun ketika gambar ni diambil.Cuma berusaha mengenangkan.Cumanya,mard terdengar lagu ni....then,mard xboleh berhenti dari memikirkan tentang sesuatu...sesuatu yang mard xpernah pedulikan.Kerana mard xda pilihan.Tapi kadang kala,di saat saat tertentu,kenangan itu benar-benar mard perlukan.Tapi selalunya,mard akan lari dari memikirkan apa-apa y berkaitan dengan kenangan itu.Kerana ianya sungguh menyakitkan.Sungguh memedihkan hati dan perasaan.menyakitkan zahir dan batin.Automatik.Mard sentiasa rasa diri okey dengan kenangan tersebut.Padahal perasaan dan batin mard mereput bila orang memperkatakannya.

Humm.Cuba menjadi mardhiah.Hakikatnya mard cuma mardhiah.Xperlu menjadi apa-apa.kerana mard memang mardhiah...dan selamanya mardhiah.


Bersinar kau bagai cahaya

Yang selalu beri ku penerangan

Selembut citra kasihmu kan

Selalu ku rasa dalam suka dan duka

Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar

Sinari hidupku dengan kehangatanmu


Bagaikan embun kesejukan hati ini

Dengan kasih sayangmu

Betapa kau sangat berarti

Dan bagiku kau takkan pernah terganti

Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar

Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku

Pengorbananmu sungguh sangat berarti

Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar

Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar

Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Sinari hidupku dengan kehangatanmu
 
 
Kadangkala kenangan itu hendak ku bunuh,tapi xtahu menggunakan apa,
Kadangkala kenangan itu hendak ku cintai,tapi xtahu bagaimana,
Kadangkala kenangan itu,menyiksakan jiwa raga,habis perlu apanya ku bela,
Kadangkala memandang bintang dan langit,terasa kenangan itu begitu bersama,
Menemani di setiap umur langkahku,
Menemani sepi yang xkelihatan,
tidak mengapa,mard okey ja.
*(,^.^,)*

Ahad, 20 Februari 2011

Mard Tiada Keberanian Ambil Lesen Lepas Pada Ni.


Allahhuakhbar,Mard cuma harapkan isteri arwah,anak arwah,ibu bapa arwah dan keluarganya,tidak melihat di saat arwah dalam keadaan begini.Juga tidak menjumpai video ini.

Astaghfirullah,Ya Allah,kasihani dia Ya Allah,semoga cara kematiannya adalah kifarah segala dosa-dosanya Ya Allah.Engkau maha Rahim.Kasihani dia Ya Allah.Tempatkan dia dalam golongan yang Engkau sayangi di alam ghaibmu itu.

Juga Ya Allah,tabahkan hati keluarganya,ibu nya Ya Allah,redhakan hati ibunya menerima berita kematiannya.

Tenangkan hati isteri dan anak-anaknya menerima takdir yang telah Engkau suratkan Ya Rahman.
Gantikan mereka dengan cahayaMu.Berikan mereka sesuatu yang lebih baik dan membawa mereka keluar dari kesedihan.

Kepada semua pengunjung mard,kasihani arwah,kita bacakan ayat suci untuk arwah ya.Kita minta doa Tuhan perkenan doa mard kepada arwah.Kasihan dia.Hibanya.

Terngiang-ngiang suaranya meminta tolong.
Juga tangannya yang putus,seperti isyarat tahiyatul awal dan akhir.

Mard xmahu ambil lesen lagi.Sungguh.

p/s:Jika xdapat tengok di sini,p tengok kat FB mard na.

i love ejen carian GOOGLE CHROME*(,^.^,)*

sALAM sEMUA sEKALI....

Macam ni la muka dan keadaan mard bila sakit.Cuma ganti bear coklat tu dgn warna biru,Mr.Bebe(",)

Baru-baru ni,Allah uji mard dapat nikmat sakit.Apa y mard nk cerita,doc Akhbar bagi  amatlah banyak ubat...Bila nurse terangkan kat mard,masa kat klinik,mard rasa macam mard ingat dan faham setiap fungsi ubat.Makanya mard pun balik ke bilik membawa sebeg kertas ubat-->USM adalah kampus y lestari.Kami anti-plastik.Mard terfikir,ni kalau makan semua ubat ni,walaupun ada dos dia,mard xmati ke?Banyak nye ubat,banyaknya chemical...takut mard.Kdg-kdg mard ajar badan produce anti-body sendiri.Tapi disebabkan mard banyak ujian dan aktiviti yang kena diselesaikan,mard usaha gunakan mahluk yang kita panggil ubat.
*(^.^)*

Makanya,sampai di bilik,mard tertidur sepanjang hari akibat keletihan,mard langsung x sedar y mard dah tidur all day.day-and-night.Bila mard terbangun pagi-pagi pukul 3 pagi,mard dah jalu.Badan rasa xsedapnya..mard pun teringat ubat mard y belum diusik oleh mard dan semut y suka manis!-->Kbnyakkan ubat mard adalah dlm bentuk syrup(cecair).Mard dari kecil takut telan ubat pil atau tablet.Mard selalu terfikir kalau ubat tu akn tersengkang kat lubang kerongkong mard.Aiiiii..ngeri...so mard merayu doc bagi syrup je.


yang macam ni mard panggil syrup...nyumm..
 Jadi,mard pun yang tengah jalu,tengok balik ubat-ubat tu.Halamak,mard lupa langsung fungsi setiap ubat tu.Mard nak cari ubat batuk n cairkan kahak dengan vitamin je.Dalam hati,mard terfikir,bila la ada org y nak cipta ubat semua dalam 1.Senang untuk orang yang pemalas makan ubat mcm mard ni.

Mard xreti la term ubat clinical ni.Mard ingat tadi nurse kata y oren tu untuk vitamin dan cairkan kahak.Tapi malangnya ubat yang pil ada 4 yang warna oren.Dua daripadanya namanya,BROMHEXINE HCI,satu lagi,ASCORBIC ACID.Last2,Allah bagi ilham,search Mr.Google.So,bila mard google,baru lah mard tahu fungsi dua2 ubat ni,rupanya,BROMHEXINE tu untuk mencairkan kahak,dan yang satu lagi adalah sejenis vitamin C.Ohhoo,mard dah jumpa apa y mard cari.Kerana dia pil dan tablet,mard pun pecah-pecahkan atau hancurkan dan larutkan dalam air.Mard budjet nak minum macam unta terus,malangnya,mard tetap kumam dalam mulut macam selalu.


haa..macam ni la muka mard...pahitnya ya Allah...ubat..
 Ya Allah,rasanya pelik.Macam biasa mard jelirkan lidah panjang-panjang.Tanda protes badan mard terhadap rasa ubat.Y peliknya,mard terus duduk depan lappy pandang skrin sampai pukul 4 pagi.Mard xtahu apa y mard buat.Sebelum  subuh,mard tunaikan hutang kepada yang Esa sambil merayu-rayu ditarik balik nikmat sakit ni.

Mard paling xsuka kena,demam,sesema,batuk.Sembelit OK!!ihihihi......Semua doakan mard ye...ni banyak lagi ubat y mard nak kena google,mard y pepandai labelkn semua ubat dlm bahasa melayu y mudah mard fahami.Mard rasa esok kalau mard dapat baby,ubat untuk baby mard pun mesti mard label sendiri n guna Mr.Google.Lain la,kalau "abi" nya tahu fungsi ubat.Aha ha ha.Ke dengan ubat-ubat abinya,mard akan Google search!Mard amat sensitif bab ubat-ubat yang masuk dalam badan ni.Nak-nak suami dan bby kita kan.Uishhh...xleh main2....


ini namanya kapsul..mard paling takut ubat patern ni...panjang:(
 Bukan ubat bagi sihat,tapi ALLAH,wahai mardhiah.Ubat mahluk.Sama sepertimu juga,mahluk.Doktor juga mahluk.Mana ada kuasa.ALLAH juga yang ada kuasa.Jadi,sebarang pengharapan dan keyakinan hanya pada ALLAH.Kerana,ALLAH ingin menguji kamu,mardhiah.Itu tanda cintaNya.Tanda cintamu pula,redha dan sabar menghadapi ujianNya.


wahai katak,adakah hati tu untuk mard??comelnya mata kamu...perlu ke buat muka kasihan??tp xpe,comeii je mard tgok....
 "Mahluk yang menyatakan sayang kpd mardhiah akan selalu cintanya diuji-uji.(",) oleh mardhiah"

Ahad, 13 Februari 2011

Otak aktif,badan letih.......

Assalamualaikum tuan blog...........
Waalaikumsalam empunya blog......
aha ha ha......
berganda pahala ku......
iyelah,memberi dan menjawab salam...














Sem ni awat la haru sangat.aishh.Banyaknya asaimen y mard xtahu nak buat.Dia macam ni tau,mard rasa mard tahu,bila dok depan lappy nak menaip,mard jadi xtahu.Gelap je rasanya.Tapi mard banyak idea,bila nak tulis,rasa hilang perkataan,i loss my language.

Mard juga perasan,mard dh start tidur lewat,bukan ..bukan...kita boleh panggil dia awal pagi...ohh mard tidur awal pagi..dalam area pukul 3 ke 5 pagi.Tabiat yang amat,amat buruk,dan bukan kerelaan badan.Tapi kerana otak mard ligat berfikir banyak nya benda y perlu disiapkan.Malangnya,badan mard letih dan xterdaya.Banyaknya benda perlu dibuat.Jadinya,badan mard terbaring atas katil,tapi otak mard berfikir ligat merangka itu dan ini.Hasilnya mata mard terbuka pandang siling.Pandangan mard pada siling menyebabkan siling tersebut tembus dan berlubang!tajam kan pandangan mard.--->ok,part tembus dan berlubang mard gurau.

Semalam,Mard keluar seawal jam 7.45 pagi untuk perjumpaan dan latihan St.John.Mard belajar mengenai "Home Nursing".Habis 1.30ptg.Then pukul 2.00p.m mard bergegas ke stadium USM,kerana ada aktiviti sukan di sana,"Open Relay".Penyertaan dari pelbagai pihak,dari yang kecil,pelajar uni  luar,dan veteran people.Mard bertugas di sana.Mard treat orang yang cedera.i'm first aider.


                                             
Halamak,penatnya mard..asal habis lari,pasti ada yang jatuh tercungap-cungap,Cramp,Hyperventilation,get wound.Tapi selalunya cramp.Hanya Allah yang tahu,bekerja keras dengan team 3 orang mengangkat casualty yang beratnya melebihi berat kami sendiri.Dengan selambanya,mard gunakan bystander yang ada untuk menolong membawa stretcher ke bawah khemah tempat mard bertugas.

Yang geramnya,kebanyakkan atlet ni pakai,aduhai..menyampah sungguh.Amatlah tidak tutup aurat.Baik lelaki mahu pun perempuan.Masalahnya di sini bila mereka menukar baju di bawah khemah Mard.Sudah lah tu,xkira lagi bila mereka minta itu dan ini.Kadang-kadang mereka unconscious,Mard terpaksa pegang itu dan ini untuk rawat mereka.Of course with glove!Yaksss....xkan nak tengok je ahli len buat,Mard y lead team.Nak xnak kena juga mard treat mereka.Pelbagai bangsa juga agama.Semua mereka semalam adalah casualty mard.Mard amat tidak selesa memapah casualty yang pakai singlet dan berseluar paras peha.Baik lelaki mahu pun wanita.I hate Sweat.And i hate the way they look at me,when i treat all of them.

Itu belum kira casualty yang pretending sakit.Kebanyakkannya adalah lelaki.Mard,selagi boleh,mard akan minta mereka buat sendiri.Jangan harap mard nak beri muka.Mard bertugas dari pukul 2 pm hingga 10 pm ok.Mard rasa team kami lebih penat dari peserta semalam.Iyalah kami berlari ke sana sini setiap kali ada yang rebah.Then angkat.Then treat.Setiap yang mard treat,mard harapkan kesembuhan mereka.Rasa bahagia tengok mereka okey dan teruskan pertandingan,then rebah lagi then menyusahkan mard.Thank you Mr.













Paling mard ingat,ada seorang adik ni,perempuan,datang bawah khemah mard,dan minta mard tolong urutkan punggungnya atau buttocknya.Dalam hati,Ya Allah,apa adik ingat akak bukak spa ke mcm mana.Tapi tulah,tanggungjawab tetap tanggungjawab.Then 1st time i do that kind of thing.Setengah jam mard urut,dia boleh bangun dan kata,next pertandingan adalah dia punya "showtime".Dia minta mard bagi sokongan.Dalam hati,mard doakan agar dia x jatuh pengsan or cramp or apa2 saja lah.Pasal tangan mard rasa jemu nak pegang badannya lagi.Malas nak treat.Tuan punya badan sendiri xtahu nak jaga kesihatan badannya,Mard pula yang disusahkan.Sakit hati Mard bila ada casualty yang datang berkali-kali untuk di treat.Mard dh nasihat,rest,then i see mereka still aktif buat itu dan ini,then get injured.
Ohh..selepas Asar,Hujan agak renyai,di bawah khemah,tiada casualty.....Mard perhatikan gunung ganang yang menjadi tunjang pineng,Rumput hijau yang luas hijau merata,langit yang sedikit kehitaman.Dan hujan yang turun rintik2......bersama mard ada mek dan cek.Mereka menjadi team mard kali ni.Mard tahu mereka kepenatan.Kasihan.Melihat suasana yang sebegitu,Mard berkata pada mereka berdua..


"Tahu x,Hujan ni tanda Allah sayang kita.Hangpa tau x,sebelum hujan turun,Allah telah mengumpulkannya didalam bekas yang kita panggil awan.Kalau awan tu jatuh,nescaya kita semua akan mati dihimpap.Seperti dihimpap gunung beratnya.Menunjukkan betapa beratnya awan.Tapi Allah sayangkan kita.Allah turunkan dalam titis-titis.Pastu mek tahu x,setiap titis hujan ni,ada malaikat yang turun bersamanya di bumi.Dan,malaikat ini,tidak akan kembali ke atas langit.Sebab itu,orang mengatakan hujan adalah rahmat.
Hangpa dah baca doa turun hujan?Doalah,makbul..InsyaAllah"

Itulah yang mard mampu sumbangkan untuk menyeronokkan hati mek dan cek yang dah comot seluarnya terkena lumpur semasa merawat casualty.badan pun bau iodin.

Ohh semalam kami ada membina sajak yang indah ketika hampir maghrib.Melihatkan suasana maghrib yang cemerlang.Tapi,mard lupa pula bahasanya.Tapi,sajak tu memang indah kerana kami sebut secara spontan.Yang pasti,mengenai cinta kepada Allah dan bakal suami.*(,^.^,)*

Rasa jengkel melihat ikhwan yang berpura pegang dada,kata "sakit,sakit,ahh jantung saya,tolong..tolong"sambil baring kat rumput dgn kawan-kawannya.mard kalut keluarkan aspirin,dia boleh bangun ambil box 1st aid mard nk tanya,"mana,nak saya tolong carikan?"sambil gelak dengan kawan dia...Mard xreti nak marah,mard diam je la....datang cek,dia cakap,"hempuk hang dengan kotak ni taw la!gatai sangat,meh aku titis iodin dalam mulut tuh!"marah sungguh cek...........

Ada tu joging kehulur kehilir depan khemah.....tiba-tiba dia jerit.."wak,hati saya sakit"....si cek jawab,"dah tu p la hospital!"..dia pandang mard dan balas,"tapi jiwa saya okey"Berdekah pak cik-pak cik yang jaga padang tu ketawa.Mard balas,"suami saya ada kat tepi tiang tu"......sambil tunjuk sorang lelaki India yang besar tengah pegang pistol untuk lepaskan peserta dalam acara lumba lari.Mard tengok,pucat muka dia,terus pergi.Untuk pertama kalinya mard menipu orang sebegitu.

Memacam perangai si ikhwan ni.Bukan begitu caranya bang.apo lah.Apa-apa pun,Mard happy sangat dapat rawat orang kerana orang kata mard pandai reassure casualty..cewah..walau pun menjalankan tugas kerana dipaksa,mard tetap profesional.cewahh.."Berkhidmat Untuk Manusia"itulah tema st.john.