Khamis, 7 April 2011

~lintasan k.terbang d langit minden~

~Banyaknya kapal terbang y lalu area minden kebelakangan ni~
mard mengira...selalu mengira..
dalam banyak-banyak k.terbang ni, y mana satu lebih berat?
yang mana mungkin ada seseorang y hensem?
dan y mana mungkin ada y tgh dalam penerbangan keluar khuruj?
dalam banyak-banyak ni, siapa y nak pergi mencelakakan diri?
dalam banyak-banyak y lalu ni, berapa banyak y pengakhiran hidupnya bahagia?
dan dalam banyak-banyak ni, berapa ramai belakang dia ada y sedg merindukannya?
dan dalam banyak-banyak ni, berapa ramai agaknya org y sedang memandang lintasannya
dan dalam banyak-banyak ni, berapa ramai y sedar, langit jauh mengkagumkan dari k.terbang y bercahaya?
indahnya suasana malam...indahnya sebuah penerbangan.


~sem ke4 thun2 mard bakal berakhir. Sem y mard rasakan padat dengan tugasan. Padat dengan kenangan~mr exam akn datang seperti biasa, dan mard akan "menguruskannya" seperti biasa juga. Tiada y istimewa. Sem ni mard banyak juga y mard belajar ttg hidup. Harap semua org juga dapat sesuatu sesuatu y sesuatu. sesuatu y sesuatu. Hidup adalah tentang sejauh mana kita boleh happy, maju dan berjaya seiringin dengan keredhaan Allah pada kita.

~hanya seorang mardhiah. hanya seorang perempuan. hanya seorang hamba~

~akak mard nak kawen di sarawak bulan 9 ni. Ntah dpt p atau x. komitmen dgn u. Azam!~~umm..semalam ada budak comel kata dgn mummy nya,"mami i just can't eat rice anymore"~~mard juga sama.. sambil pgang pinggan, mard jelirkan lidah kat budak tu~"mami now i want sosej"...ciss. kadang-kadang dalam hidup ni, all about make everything happy. Lakukan apa saja, asal Mard happy. sbb bila sakit, badan kita y kena tanggung. semua jasad kita y tanggung. so, just pastikan kita tidak sakit dan disakiti.

"Mard letak pinggan nasi, n p cari sosej. Nampak budak td makan sosej dgn sos, comot sangat. Ok, ada sapa2 nak sosej...."now, mard nak pisang.....no more rice for this sem...hum."

~~~~~selamat menempuh alam pereksa, perkahwinan, percintaan, pertunangan, dan apa2 sahaja. Just, pastikan diri kamo, kamo, kamo dan kamo, bahagia~~~~~

Assalamualaikum, dan selamat boleh jalan (",)

Sabtu, 2 April 2011

Gangguan Mr.Bertanduk dalam solah kita~Menyusahkan~

Assalamualaikum sEMUA PEMBACA YANG DISAYANGI aLLAH, DikaSIHI Nabi dan Diminati Mard..sihat? AlHAMDUlillah (",) Kalau x Sihat, p Solat 2rakaat dan jumpa Mr. DOC na cek na na na.Baiklah, mard xtahu dari mana artikel ni, mard dpt, sbb ni simpanan "save" lama kat mr.Lappy. Semoga beroleh manfaat dan pengetahuan baru mengenai ilmu agama. InsyaAllah, InsyaALLah*(,^.^,)*

Macam mana nak bagi bacaan Allahhuakhbar tu xterputus masa sambil niat dalam hati ea???ustaz kata x boleh putus masa sebut Allahhuakhbar...sah x solat ni.....???aduhh....nak buat takbir sekali lagi ke ha....ke xpyah???....
 













1)Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk. Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib. “Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menjauhkan gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).



Awat lama semacam je solat ni??tadi dah tahiyat awal ke?...eh tapi rasa lenguh dah kaki ni,betul ke x jumlah dah 4 ni..ke baru 3??nak solat sekali lg x haa..dah was2 ni..tp rasa dah betul...buat jelah satu rakaat lagi...yakin...eh tp boleh ke haa...aduhh















3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).


HAAA!!dah pukui 7pagi???nak fall in st.john pukui 7.45,7.15 nak kena gerak ni,mandi pun dok lg.....aduh...solat!solat!solat!.......KRINGGGG....."hang kat mana cpt la,kami dah tunggu!"........"sat!sat!sat!...solat...solat.."ZUPPP!














5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah. Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. “Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Bismillahhirrahmannir..........HUARGHH....rahimm......Inna fatahnalaka fathammubina.....liyaufirolakallah huma takoddamanya zambika wama tahhar.......HUARGGHHH.....watummimanik matahu alaikawayah.....diyakasirotammustakina.....(Al-Fath)Antara surah kegemaran dan hafalanku.....Bestnyeee..


Bersambung InsyaAllah tuan-tuan dan puan- puan y dimuliakan Allah......



























Jumaat, 1 April 2011

~satu masa dahulu,lagu y membuatkan mard terbuka nak bertudung labuh~

Lagu ni mengingatkan mard pada seorang. Seseorang y mard admired enough. Melihatnya membuatkan mard terfikir pasal y solehah-solehah. Bercakap dengannya membuatkan mard nak baca lebih banyak buku. Xperlu dia mengajak dan berkata, caranya cukup buat membentuk diri mard sekarang. Ye, mard xkan pernah sempurna. Semoga dirinya sentiasa istiqamah dalam pendirian perjuangan menjadi hiasan y solehah. Mard doakannya. Mard pernah baginya lagu ni. Tapi melalui FB. Dia senyum ja. Mard xtahu kenapa mard nak bagi dia. Tapi, sebab dia jugalah, mard selamanya pakai jeans biru kesayangan mard dalam bilik ja.(",). Kenangan..kenangan....

Untukmu

Munsyid : Durani
http://liriknasyid.com/

Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia
Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia

Dedikasi buat dirinya yang kini jauh di mata. Semoga dimana saja dia berada, Allah selalu menyanyangi dirinya.Aminn Ya Rabb.

Selasa, 29 Mac 2011

~FIQH~

Humm, Mard xtahulah apa y bakal mard tulis ni menunjukkan kecetekkan ilmu agama mard. Atau menunjukkan tahap kepeningan mard dalam bermazhab atau kecetekkan pengetahuan mard tentang usul fiqh atau apa sahaja.....Mard memang cetek ilmu agama dan mard berusaha overcome nya. InsyaAllah. Tupasal Mard perlukan suami  seseorang yang serba tahu ilmu agama ni....

Mard pergi join jemputan usrah seorang kakak. Fine. Mard tenang nak dgr curahan ilmu2 agama ni. Ilmu orang beb, dia tahu, awk xtahu, p la ambil.k.

1)Antara perkara y dibincangkan adalh nama kuna@kunyah atau samaran y menjadi sunnah nabi s.a.w katanya.
2)Cara mard qiam yang mengikut hadith doif.
3)Niat dgn cara lafaz y katanya boleh kalau mard x buat pun.
4)Kesepakatan ttg batal atau x air sembahyang bila suami isteri bersentuhan. Masuklah bab mazi,wadi dll.
5)Nama-nama rujukan ustaz, kitab y katanya mard boleh rujuk ketika melakukan pembelian bahan2 agama ni.

Banyaknya y mard belajar. Tapi mard terfikir juga, macam qiam mard y dikatakan mengikut hadith doif. Habis mard dah semacam dah meragukan pulak amalan mard selama lebih 21 tahun ni kn.

Nampaknya mard betul2 kena ambil kelas usul Fiqh agaknya ni. Mard kena ada seseorang y guide mard bebetul. Pening kepala ni, bila baca kitab tu lain, kitab ni lain. Pendapat tu lain, ni lain. Mard jd pening dan was2.

Memamng la Fiqh berkaitan kefahaman. Tapi bagi mard ia penting dalam nak memahamkan amalan seharian mard berkenaan amalan fardhu ni. Bagi mard yakin. Bagi mard faham mard punya takhrij(kedudukan). Demi nak jaga sebuah akidah(ikatan dgn Allah)

Seperti biasa, balik, mard selongkar kitab-kitab mard, cari dalil(bukti). Xkisah Quran atau Hadith. Paham lah kalau mard dh start mencari. Xtidoq malam pun, mard dh xpeduli. Mard xnk bagi keliru. Mard nak semuanya mesti nmpak hanif(lurus).

Semua ni berkaitan dgn takwa(takut)mard pada Allah. Bukan senang mard nk dgr masuk terus dalam pale otak. Dok. Kadang-kadang rasa nak nangis, bila mard jadi keliru dgn perkara libatkan fiqh(kefahaman) ni. Bila mard makin cari, makin mard terkeliru dan xnampak mana ijtihad(kesepakatannya)ulama y mard nak tengok tu, ada. Terfikir,boleh ke mard campur dalam bermazhab. Bab ni ikut mazhab ni, bab tu ikut mazhab yang ni. Mard ikut y paling memudahkan. Salah ke ha? Mard jadi keliru laa..

lemahkan mard? ilmu agama mard memang la....Allah, minta dicampakkan hidayahnya barang sedikit, barang sekelumit. Kasihan aku Ya Allah.(sambil membaling catatan nota semalam pada timbunan kitab-kitab kesayangan).

(",)mard okey ja.

Khamis, 24 Mac 2011

~mukadimmah cintanya~

 mukadimmah cintanya membuat,
aku merenung langit malam,
mengira bintang-bintang,menunggu munculan awan,
melayan sunyi tenang suasana malam.

mukadimmah cintanya mengingatkan aku,
pada pengislahan harian,
pada amalan untuk berdiri seiringan,
pada redha permainan Tuhan.

pukulan mukadimmah cintanya adalah rasa,
sapaan berlapisnya adalah rasa,
hasilnya adalah rahsia,
kerana mukadimmah cintanya begitu dijaga.

berminggu,berbulan,bertahun,berkurun dan berselamanya,
takdirNya itu adalah nyata,rahsia,
tetapi mukadimmah cintanya telah bercambah rela,
lalu lahir pengharapan dari rasa seorang hamba.

kepada Dzat yang menyimpan jutaan rasa,
yang mengilhamkan mukadimmah cinta seorang hamba,
yang memakbulkan segala pengharapan,
kepada Engkau aku meletakkan keyakinan,
sepenuh pengharapan,
sepenuh upaya harapan,
sebenar-benar harapan,
peliharalah rasa y bercambah dari mukadimmah cintanya,
tolong biarkan ia terus bercambah didalam hak redhaMu,
demi sebuah syurga yang bernama Firdaus.

Aminn Ya Rabb,Aminn Ya Rabbal Alamin...
24/3/2011
4.03 a.m

Isnin, 7 Mac 2011

Kenakalan y comel(",)bagiku...

Salam semua sekali…….sihat?solat?makan?....dll….(“,)


Kebelakangan ni,mard dgr banyak crita zaman kanak-kanak dari raaaaamai orang,ada y mard xingat dari siapa,tapi,mard ingat apa kenakalan yang dilakukan waktu kecil mereka…..mereka-mereka ini namanya dirahsiakan…Hiiii….Kenakalan masa kecil tidak dihisab bukan?ke mard dh salah…….baiklah…..ini dia senarai kenakalan tercomel yang pernah mard dengar,baca,dan ingat……..


NOMBOR 1!

                                                   
Ada kanak-kanak lelaki yang menangkap anak ayam dan memasukkan ke dalam lubang..kemudian,ank ayam ditutup dgn tin.Sengaja dia berbuat di hadapan mak ayam tu…Aimnya adalah untuk dikejar mak ayam……kerana dia nak main kejar-kejar..dia xpunya kawan….hihihihi

NOMBOR 2!




Ada seorang kanak-kanak lelaki juga yang telah mengupas telur ayam hidup2…dan katanya dia nampak bby ayam tu….dia takut dan bungkus dengan tisu…..katanya dgn harapan ayam tu x mati…ahahaha


NOMBOR 3!




Ada seorang kanak-kanak perempuan yang telah memecahkan cengkerang siput babi.Asbabnya dia risau tgok siput bawak beban berat.Oleh kerana takut selepas meretakkan cengkerang si siput,kanak-kanak itu,mencurah minyak gamat ats badan siput.Katanya “bila sakit,dia nampak abahnya sapu minyak gamat”..aishhh

NOMBOR 4!




Ada Kanak-kanak perempuan juga,telah melepaskan berudu dalam kuantiti sepelastik merah tu ke dalam kolam ikan sekolah.Dia xtahu pun perbuatan tu salah,sampailah lahirnya banyak katak dari kolam dan menyebabkan guru mengamuk…..katanya,”ingat tu bby ikan keli”uitttttt…..

NOMBOR 5!




Ada kanak-kanak lelaki yang telah memecahkan cermin rumahnya,serpihan kaca,dicampak dalam tangki flush toilet rumahnya….siap ditaburkan dengan milo bagi familynya x nampak kaca y disembunyikan…..bijak…bijak…

NOMBOR 6


Seorang ibu yang sibuk menguli tepung untuk dibuat pau,terkejut sbb tgok doh pau yang dibiarkan kembang hilang satu demi satu.....rupa-rupanya,anak lelakinya yang berusia 4tahun gemar makan doh yang masih mentah tu...baby boy ni menyorok bawah meja,tangan je yang keluar ambil doh di dalam dulang.....comelnya dia.....


Apa semua pengunjung juga pernah melakukan kenakalan??(",)SHARE LA PLEASE...(",)
Ada orang kata,"kanak-kanak tadika pun ada masalah"
mard akn update entry ni jika mard dgr pasal zmn kanak-kanak y lain(",)comelnya mereka...
(",)