mukadimmah cintanya membuat,
aku merenung langit malam,
mengira bintang-bintang,menunggu munculan awan,
melayan sunyi tenang suasana malam.
mukadimmah cintanya mengingatkan aku,
pada pengislahan harian,
pada amalan untuk berdiri seiringan,
pada redha permainan Tuhan.
pukulan mukadimmah cintanya adalah rasa,
sapaan berlapisnya adalah rasa,
hasilnya adalah rahsia,
kerana mukadimmah cintanya begitu dijaga.
berminggu,berbulan,bertahun,berkurun dan berselamanya,
takdirNya itu adalah nyata,rahsia,
tetapi mukadimmah cintanya telah bercambah rela,
lalu lahir pengharapan dari rasa seorang hamba.
kepada Dzat yang menyimpan jutaan rasa,
yang mengilhamkan mukadimmah cinta seorang hamba,
yang memakbulkan segala pengharapan,
kepada Engkau aku meletakkan keyakinan,
sepenuh pengharapan,
sepenuh upaya harapan,
sebenar-benar harapan,
peliharalah rasa y bercambah dari mukadimmah cintanya,
tolong biarkan ia terus bercambah didalam hak redhaMu,
demi sebuah syurga yang bernama Firdaus.
Aminn Ya Rabb,Aminn Ya Rabbal Alamin...
24/3/2011
4.03 a.m
13 ulasan :
Baiklah tuan pengantik baru..sat g masusk 6 bulan,xmo panggil tuan pengantin baru lagi cek na na na
pengantin lamo!
*(^.^)*
Sungguh indah nukilan cinta tersebut.. Nukilan yang indah biasanya datang dari insan yang berpengalaman dan dari hati yang tulus.. (",)
ni copy paste ke,hehe..
btw nice..
Mard Si Nakal
errmmmm...begitukah cinta??? tetiba akk speechless~~~ ^_^
ewah2 bersajak2 pulak adek Mard nie...nak tanya sikitlah mase akak datang umah Mard selepas majlis walimah kak Umu,mard ada tak? :)
Tuan Fuad,
(",)thanks abi husna....
well,mard kan dah besar..
dah dewasa...aha ha ha
pengalaman?mungkin....
tulus?insyaAllah
Tuan Iz Suk Sam,
nukilan ni memg dtg dari hati.
hati siti mardhiah m.nor
(",)
mard si nakal??tuan pasti..huhu
Tuan lah nakal!wekk
tu,mard pasti..ihihi
Cikgi Su,
Menurut rasa hati mard ni..
nilah cinta..
tp cikgi mesti lg faham sbb cikgi dah temukan cinta sejati cikgi
wahh..semoga berbahagia dgn cintanya,wink..wink(",)
Kak Marina Ali,
Mard pun xtahu nak panggilnya sajak atau apa....huhu
ohh..kakak ada datang?mengapa mard tidak tahu..
rasanya masa tu mard dah balik USM,Pineng kakak...
ohh,harap kita akan berjumpa nanti ya,mungkin d majlis2 masthurat jika Allah pilih Mard..
mard doa pada Allah minta kita jumpa(",)
salam Mard,
wah...cinta lagi...moga Mard temui cinta sejati yang hakiki..kekal abadi...
sesungguhnya nikmat cintaNYA hadir bila kesenangan menakutkan hati hingga merasai kesyukuran tak terhingga dan dlm waktu kesempitan,kesakitan dan ujian melanda dengan senyuman kita sambut,untuk mencari cinta itu rasailah kesakitan insan disekeliling kita,n kongsilah bersama seluruh alam..sesungguhnya tak termampu utk kita memikul cintaNYA walau hanya sebesar setengah ekor semut..
sesungguhnya nikmat cintaNYA hadir bila kesenangan menakutkan hati hingga merasai kesyukuran tak terhingga dan dlm waktu kesempitan,kesakitan dan ujian melanda dengan senyuman kita sambut,untuk mencari cinta itu rasailah kesakitan insan disekeliling kita,n kongsilah bersama seluruh alam..sesungguhnya tak termampu utk kita memikul cintaNYA walau hanya sebesar setengah ekor semut..
Wahh.
Dah mukadimah.
Bila nak masuk bab 1?
cikgu norsha,
Remaja kan cikgu...selagi bujang ni
huhuhu....fitrah y terindah y perlu dijaga keindahannya.
Aminn...Aminn Ya Rabb
(",)
Tanpa Nama,
Wahh,bagusnya kesimpulan y dibuat ya.Mantap dan penuh pengertian.
InsyaAllah,semoga kita hargai cinta y dikurniakan Allah kpd setiap hambanya.Aminn.(",)
Tuan Bijen,
Mard pun xtahu.
Doakan saja ya.
Aminn.(",)
btw,ekau ckp nogori xberapo nak encem.hihi.
Eh baru perasan gua ada nama baru.
Haf Jam namanya.
Okebai!
(",)tuan haf jam..
cool kn.
oketaa!
Catat Ulasan