Sabtu, 5 Mac 2011

Derita itu teman manusia.Bahagia itu menipu daya

Rindunya pada abah........sesak hati diah diuji badai dunia duhai abah.....maha berat ujiannya......lagi best kena zihin dgn abah...."biar bernyawa hati ni..jiwa ni kembali"........
Indahnya,jika semua saling merelakan
Bahagia itu,bukan hak tetapi pinjaman
kadang-kala,semuanya nampak sempurna dan membahagiakan
dalamnya,Allahhuakhbar....Allah Maha Mengetahui
sesetengah perkara,sulit diucap,tetapi senang dizahirkan
sesetengah perkara pula,tidak dipandang padahal ia amat memukau
katanya"aku mencintai Allah,Rasul dan semua yang ada di sekelilingku".Apa buktinya?
Katanya,"InsyaAllah,aku adunan wanita solehah,dan aku ingin ke arahnya"Habis perlu apa semua "perhiasan"?
Allah,berat aku tika diujiMu,pastilah kerana aku bukan boneka tetapi khalifah yang diciptakan
Hati berat dan sakit.Untuk apa?kesalahan sendiri kerana melupakanNya
Kadang kala,memandang yang lebih sempurna adalah menyakitkan
Tiada gunanya,kerana engkau adalah dengan amalan kau....terus berlari mengejar...
Menyaksikan persembahan perbincangan berkisar agama...dari mana datangnya hati yang berbisik "cantiknya laki","indahnya perempuan"....panahan syaitan.
semua di sekeliling adalah make-up tipu daya
sering kali semua jatuh xbermaya.."aku bencikan dunia"......syaitan bersorak gembira
senyum.katanya sebagai ubat hati yang resah.Padahal racun tajam y memusnah..diri...
bunga yang berkembang terlihat indah di pandangan mata..padahal sekelip mata ia layu kehitaman
betapa aku sering diresahkan...haruslah,engkau selalu dambakan kebahagiaan dunia.Kau kan manusia?
sebatang balak dirasakan keras memudharatkan,tumbang digergaji yang jauh lebih kecil darinya
engkau,engkau dan engkau tidak ku kata kuat imannya..kerana Allah juga yang mencampak hidayah dan menarik hidayah
aku lebih sempurna dengan amalan harianku,hati penuh perasaan prasangka
percakapannya adalah dusta,perbuatannya mengundang nestapa.Lelapkan mata.
sebuah kepercayaan ibarat darah dalam badan.....tolong jgn dicemari
nanti ia merosak badan....merosak seluruh sistem badan....mati.
"tiga pemusnah(amalan),kebakhilan yang ditaati,hawa nafsu yang diikuti,dan berasa agung dan hebat dengan diri"-Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabrani,Hadis Hasan:Albani

Kamu adalah kamu,aku adalah aku.Amalan kita berbeza.Kubur juga berbeza.Boleh saja kita jgn bersua dan hidup dengan masing-masing punya usaha.
Tidak,kerana,aku ingin menuju dan menjadi "Ikhwan Fayadh"