Teringat semasa raya Aidilfitri lepas di N. Sembilan, masa saya tengah serius "mixer" bahan untuk membuat kek coklat double, saya telah digigit lipan di pinggang. Maka, gegak gempita rumah sebab jeritan saya. Abah dengan mak lang pun tergesa-gesa bawa saya ke klinik swasta berdekatan dekat pekan Gemas. Adalah 15 minit perjalanan menaiki kereta. Kebetulannya, cuti raya tersebut, kad pengenalan dan matrix kad saya tertinggal di dalam stor barangan saya di Pineng. Masa tu, rasanya dalam pukul 11 ke 12 malam, kami sampai di klinik tersebut. Saya hanya nak dapatkan suntikkan antibisa. Malangnya klinik sudah hampir mahu ditutup. Dipendekkan cerita, berlaku adegan pergaduhan antara saya dengan staff di klinik tersebut. WEKKKKK. Asbabnya, dia marah saya tak bawak kad pengenalan. Saya pula marah sebab dia tidak tahu bersopan dengan saya. Yang hairannya, saya minta dia tanya doktor sama ada, masih boleh memberikan saya rawatan,tapi dia mula tunjuk aksi-aksi yang buatkan saya hilang sabar. xxxxxxxxAdegan tersebut dipotongxxxxxxx Geram punya pasal, saya ajak abah balik tanpa mendapatkan suntikan tersebut. Marah sangat sampai hilang semua sakit akibat kesan gigitan. Akibatnya, berparutlah kesan gigitan tersebut sampai sekarang. Bila saya lihat atau nampak parut tersebut, dua benda saya selalu terfikir.
1. Saya rasa menyesal sebab melakukan adegan ganas tersebut terhadap staf berkenaan. Kalaulah saya boleh bersabar sedikit waktu itu. Tak sangka itu saya!
2. Saya rasa bangga kerana telah mempertahankan diri, perasaan, dan jiwa saya dari rasa ditindas oleh staff tersebut<3 p="p">
Kalaulah, saya berdiam diri, staff tersebut tidak akan kenal "ruas" nya. Saya nak dia faham, saya sakit. Saya kesakitan dan perlukan sedikit pertolongan. Dan yang paling penting, saya BAYAR okey. Bukannya minta free.
Lagi, saya belajar, apabila marah menguasai diri, memang kita akan hilang pertimbangan. Jadi, jangan hairanlah, kalau kita dengar, orang bunuh orang, tetak sana, takik sini. Mereka hilang pertimbangan. MasyaAllah, sifat syaitan. Saya tidak mahu menjadi sekutu syaitan. Nauzubillah.
Dan, akibat parut tersebut, saya selalu tersenyum dan kata dalam hati "SAYA KUAT" ;)
3>