Isnin, 10 Januari 2011

sambungan...tentang seseorang(2)

Matanya meleret panjang bila terlihat akhwat bertutup elok......alunan tudung labuhnya saja sudah membuatkan dia malu.Kadangkala ditatap sehingga si tudung labuh hilang dari pandangan.Dipukau barangkali.Tunduk matanya bila terlihat ikhwan menyahut seruan azan dgn segera ke masjid.Bukan mukanya y ditatap.Tapi,kopiah putihnya.


Sungguh dia cinta pada nilai zahir dan batin kopiah putih.Hebatnya mereka..aku xlayak untuk mereka.Yang berkopiah tu,aku match kan dgn kakak tudung labuh biru hari tu!detik hatinya.....dia suka memasang-masangkankan insan di dalam hatinya.Sungguh dia rasa dirinya tidak layak.Malu pada dirinya sendiri kerana tidak dapat beristiqamah dengan  pakaian Islam.
Dia pernah bertanya pada dirinya sendiri.Hipokritkah aku ni?.Tidak!engkau selalu cuba menjadi diri engkau.


Tidak tahu sama ada hati,akal,nafsu,setan,atau apa saja yang menjawab.Dia bertambah keliru.Buntu.
Kadangkala,dia memakai seperti muslimah yang sempurna.Jadi hari itu,dia akan menjaga tata susilanya 2kali lipat!katanya,aku perlu menjaga nama baik pakaian ini.Aku xmahu kakak-kakak tudung labuh lain kena tempias negatif jika aku berkelakuan tidak senonoh.Tapi selalunya,dia memang menjaga susilanya.Dipuji.


Cinta.Couple.Perkara biasa baginya.Katanya lumrah orang akan bercinta,pasal masing-masing ada hati.Tapi bila dia terlihat pasangan berduaan,dia akan memandang tajam.Kata hatinya,ini bukan cinta,ini bukan couple,yang aku bayangkan.Bukan untuk aku.Doanya,Ya Allah,aku banyak dosa,tolong aku Ya Allah tutup pintu kemaksiatan yang satu ini.Tolong Ya Allah,tidak larat aku kenang amalanku yang berlubang-lubang.


Takut hatinya.Manakan tidak,dirinya seringkali dilanggar badai cinta syaitan.Ohh..susahnya aku nak lari dari mereka ni.
Aku suka yang berkopiah putih jelah!pernah satu ketika,amarah menguasai dirinya.Lalu,terkeluar perkataan diatas.Sambil berlalu pergi,dia terfikir...aku maksudkan kopiah atau si empunya kopiah??Oh,dia terkeliru.
Di petang yang sama,selepas selesai bacaan wajibnya,Al-Mathurat dia terbayang peristiwa di dalam kuliahnya...kopiah putih!


Apa yang aku cari sebenarnya?apa yang aku betul-betul mahu?
ye.Aku suka tengok orang pakai tudung labuh,orang yang berkopiah.Aku nak kopiah ke,atau nak tuannya?


Dia terkeliru.Dan terus dia membawa tafsirnya ke suatu tempat.Tempat yang tinggi.Tempat yang hanya dirinya tahu.Mungkin.
Dia termemung memeluk tafsirnya.Apa yang aku mahu sebenarnya?Apa yang aku nak perjuangkan?Untuk apa?Mampu ke aku istiqamah dengan benda-benda ni? Bodoh!kau buat sebab manusia..padan dengan muka kau!tu pasal kau tak boleh istiqamah!Amalan kau untuk dilihat!


Katanya kepada hati...aku ada agama dalam hati.Kenapa aku tak boleh jadi macam kakak tu?.............(2)

5 ulasan :

ahLia shahril berkata...

kau buat sebab manusia..padan dengan muka kau!tu pasal kau tak boleh istiqamah!Amalan kau untuk dilihat!

Allah... jauh kan kami di ini semua

Bijen M. berkata...

Laaa.
Awat hang tak pakai purdah?
Keh keh keh.

umu6point berkata...

Assalamualaikum adinda ku sayang..
Gerangan musibah apakah yg telah melanda dinda? ingin benar kanda dengar sendiri dari empunya diri kecelaruan apakah yang sedang di hadapi??

Jika di ulang baca tentu dinda sedar ada yang tidak kena sebenarnya pada diri dinda sekarang ini..huhuu

emm..@ penulisan dinda ini hanya sekadar penulisan? yang hanya ingin membawa sesuatu msg secara hikmah mengikut cara dinda sendiri??

ukhti,mardhiah berkata...

Assalamualaikum kpd semua pengunjung blog mard,

kak zai,
sungguh kak,semoga kita xtergolong dalam insan2 y berbuat sesuatu krana untuk dilihat dan dibanggakan manusia
walaupun,ianya perkara y amat sukar kerana kita manusia y punya nafsu

tuan bijen m,
sungguh,jika watak dlm cerita ni y tuan maksudkan,tulah dia pun lemah hatinya,imannya,selemah orang yang mengarang cerita ini,semoga Allah memberi kelapangan hati untuk memakai purdah.
Minta tolong tuan bijen doakan semua akhwat di seluruh dunia berlapang dada untuk menjalankan sunnah yang satu ini bila keluar khuruj nanti
moga doanya,diterima dan dimakbulkan Allah swt

kak umu,
Ceritera dunia kanda,usah ditanya ianya betul atau hanya rekaan,selagi ianya mampu memberi sedikit fikir kpd insan lain,Alhamdulillah.
Doakan kesejahteraan akhwat di seluruh dunia,agar teguh imannya,kukuh akidahnya....
mujahadah di jalanmu Ya Allah
terima kasih atas perhatiannya kanda

tuan menusuk hati,
Subahanallah,peringatan buat semua akhwat
ialah semoga watak dalam cerita ini dpt menemui apa y dicari dan y diimpikannya
sebenar impian...y sesebenar impiannya...
Aminn
doakan tuan

fuad ansari berkata...

cinta itu buta.. jadi berhati2lah ye.. (",).. kalau mati zahir tidak mampu menafsir, tafsirlah dgn mata hati(yg bersih).. (",)