My baby boy in list. Muah Muah. Wowo rindu kamu semua. Xsangka kamu dah besar:)
New baby born:) Saad Bin Muaz muahhhh..muahh...alolo matanya sepet:)
Alhamdulillah. Baru-baru ni, melalui pembacaan dan tafsiran quran, Mard telah menjumpai sepotong ayat dari al-quran, pada surah Al-Anbiya' ayat ke 89 hingga ke 90. Ianya mengenai kisah Nabi Zakaria a.s yang tidak mempunyai zuriat, dan sering berdoa untuk mendapatkannya. Jadi, Mard nak share doa itu. InsyaAllah, marilah kita amalkan bersama-sama. Manalah tahu...:) Mard agak terjaws kerana kakak Mard yang berkahwin sekali dengan kak umu tempoh hari tu, dah selamat melahirkan baby boy. Namanya, Muhammad Saad Bin Muaz. Kak Umu dan seorang lagi kakak ja y sedang menunggu detik akhir ke medan perang terbesar seorang wanita. Harap-harap kakak-kakak Mard strong. Amin Ya Rabb.
89. Dan ingatlah kisah Zakariya ketika dia berdoa kepada Tuhannya, "Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri(tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.
90. Maka Kami kabulkan doanya, dan kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan kami jadikan isterinya (dapat mengandung). Sungguh mereka selalu bersegera dalam mengerjakan kebaikkan, dan mereka berdoa kepada kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada kami.
Boleh semak ayat in Arabic dalam Quran yea. Good!
Subahanallah, indahnya dari dua kasih sayang, lahirnya tanda cinta yang jika dididik sempurna akan menjadi saham yang besar di akhirat. <3




