Izinkan Mard memperkenalkan beberapa insan istimewa didalam blog Mard. Namanya Mohd Yusry. Atau, Mard panggilnya Yus. Amat baik budi pekerti. Allah menulis takdirnya, dilahirkan sebagai kanak-kanak Celebral Palsy. Otot kakinya lembik, dan sukar sekali berfungsi. Tapi, hum, ada tapi tu, dia amat nakal dan ceria. Punya kawan-kawan yang sekepala. Mereka amat suka mengenakan cikgu praktikal yang dikenali sebagai Mard. Atau lebih femes, "cikgu baru". Ingat lagi, masa Mard baru mula masuk kelas dia, dia xnak bangun, bagi salam macam yang lain-lain. Mard agak, dia x boleh nak bangun, beberapa hari lepas tu, Mard nampak dia tengah berlari di padang, main bola sepak. Walau pun x sesempurna kanak-kanak normal, tapi boleh la..nampak juga agresifnya macam budak lelaki yang len. Dalam hati Mard, "bertuah punya Yus, curi tongkat tu t baru tahu"..dia x tahu, cikgu baru ni, lagi double nakal dari dia. Cuma jaga imej perguruan je kot. Kalau tidak, dah lama, Mard curi tongkat dia, dan paksa dia berdiri beri salam, ganti balik berapa kelas yang dia x beri salam pada Mard. Ho ho ho.
Mari Mard perkenalkan pula, kepada Muhammad Amirul Akmal atau "Mamat". Mamat anak kacukkan Melayu-Pakistan. Juga Celebral Palsy pada otot tangannya. Ohho, ini, super, super naughty boy!. Bila Mard ajar, dia akan angkat tangan dan kata, "cikgu Mamat xfaham, tapi nak pergi tandas. Boleh?boleh?boleh?". Mard ingat, boy nak pergi tandas, perkara biasa, rupanya, si Mamat ni, suka mengular p kantin. Humm. Mard p bawak rotan, n ketuk meja. Sekali cukup untuk buat dia lari lintang pukang. Ha ha ha. Bila kelas Mard habis, Mamat akan kata, "esok, cikgu xpayah datang lagi yea, semua xnak belajar" (",) Mula-mula, rasa nak marah, lama-lama, Mard jawab "esok, cikgu xnak masuk kelas Mamat lagi, cikgu dah xnak mengajar". Terus Mamat balas, "ala..kenapa?" Ingat lagi, bila Mard kata, Mamat nanti jangan lupa solat. Dia akan jawab "tengoklah". Bila Mard tanya, kenapa tengoklah?, dia jawab, dia takut, salah solat. Mard nasihatkan dia, biar salah sebab mencuba, dari Mamat x usaha langsung. Dia akan jawab "tengoklah" (",)
Rindunya kat mereka. Humm.
7 ulasan :
welcome 2 d club..ni lah kita cabaran guru pendidikan khas...bkn semua org Allah pilih utk bersama mereka...InsyaAllah bertabahlah (curi word zai) demi anak2 syurga ni...
InsyaALlah masa akan mematangkan mard dm arena p.khas...dgn jelingan mata...murid akan senyap..mard akn smpai tahap itu nnt~
teringat sorang cikgu dulu... tak pandai nak marah.. kalau buat2 marah pun, tak berapa nak jadi..
takpun, mard kena belajar dengan cikgu sue la kot nak marah macamana.. hehe.. (",)
semoga jadi cikgu mithali ye.. (",)
terasa plak bila membaca nukilan saudara...mereka diberikan cobaaan...nanti di akhirat akan dibalas setiap cobaan dgn jannah Allah
salam mard,
selamat menjadi guru....byk cabaran sebenarnya jadi guru ni, tapi kalau sabar dan ikhlas kerana Allah, ganjaranpun byk juga InsyaAllah....
adeih garangnya cikgu ni.
tapi kadang2 kena jadi garang jugak kan
cikgu Su,
jelingan mata. Ok.ok
Mard xlarat nak jerit dah.
Kalau Mard marah, dieorg nampaknya lg suka. Dieorg kata, cikgu baru ni bercakap mcm mak saya kat rumah lah. Mak saya kirim salam.
Sudah.
xjd Mard nk marah.
Abi Husna,
Betul lah, kalau kita buat2 marah, len kali budak2 ni terus x takut dgn kita. Mard tgok klw cikgu lain, siap cubit lg.
ok, t Mard minta nasihat CS.
Anak Pendang Sekeluarga,
Itulah, mereka istimewa, nak mengajarnya pun kena istimewa.
InsyaAllah, mereka anak2 syurga. Aminn.
Kakak Norsha,
Waalaikumsalam warahmatullah.
Itulah, bila difikir-fikirkan balik, Mard nak ambil pendidikan awal kanak-kanak sebenarnya dulu. Habis study nak bukak bisnes nursery. Tapi itulah, keputusan Allah. Mard terbabit dlm bidang ni. MasyaAllah. Banyak hikmahnya.
Tuan Iz Suk Sam
(ada org, org, dan org tu,ada FB boleh.
(ada org, org, dan org tu FB xboleh.
D mana keadilannya.
Mard memg garang. grrrrrr...
Besar dugaan yang mard dapat yea.
Catat Ulasan