Mengikut pembacaan Mard, pada buku "Ketika Alam Bertasbih", langit berwarna hitam gelap. Makanya, apa yang semua lihat pada waktu malam tu, adalah warna langit yang sebenarnya. Jadinya, warna-warna yang indah yang kita lihat pada langit tu adalah kesan dari pembiasan cahaya matahari.
Mengikut Ibnu Al-Haytham, kelajuan cahaya yang dikira diantara dua ketumpatan udara yang berbeza, akan menyebabkan cahaya terbias apabila melalui antara keduanya. Atmosfera memainkan peranan dalam fenomena ni. Partikel yang wujud dalam atmosfera, membantu mengubah ketumpatan cahaya dari matahari dan kemudian, membiaskannya. Apabila matahari berada pada sudut yang rendah di ufuk, semakin banyak cahaya yang terbias menjadikan warna langit lebih pelbagai. Macam waktu fajar dengan senja. Mard kalau subuh awal, mard selak langsir luas-luas, n baring pandang je langit. MasyaAllah, hebat. Rasa tenang, kosong, xda yang serabut bila pandang sana. Xda banggunan. xda orang, semua xda. Suci. Xditerokai. Xternoda.
Maha suci Allah yang menciptakan langit tanpa tiang, bintang tanpa tali. Udara tanpa perlu dibayar. Sebenarnya, jika difikirkan, Allah telah menyediakan keperluan utama kita sebenarnya. Tanpa kita perlu beli dan berharap pada mahluk yang lain. Contoh, udara, kulit, air, cahaya, kaki, mata, darah, jantung, makanan, pokok, tanah dan berjuta, berbilion lagi.. Maha suci Allah, yang menjadikan Mard seorang wanita, kak Umu seorang wanita, Mak lang wanita, ramai lagi wanita. Yang menjadikan, abah lelaki, abang Ishak lelaki, dan banyak sekali lelaki. Lembu jantan, lembu betina, pokok pisang abah, monyet, semut dan segala-galanya. Maha suci Allah. Semuanya menjadi satu sistem yang lengkap dengan satu maksud, untuk beribadat kepada Allah swt.
Jadi, xsalah, jika kita mengidentitikan langit sebagai putih, biru, kuning, jingga dan sebagainya. (",)

8 ulasan :
owh, jawapan teman salah ghopenye.
pandang langit dan lihatlh betapa besarnya kekuasaan Allah.....
T.IZ SUK SAM.
Yep.Mgkut buku ni ye.
KAKAK NORSHA.
Say Alhamdulillah, tq Allah.
(",)benar kak.
assalamualaikum wbt...
nam suka tgk langit bila travel malam2 naik kete, nam susah nak tidur klu naik kenderaan ini.. jadi tgk langit jer, terlalu asyik tgk langit tibe2 termenangis tanpa sebab... (T_T)..
errr...
Alhamdulillah, kak umu wanita dan abg ishak lelaki :D
Jadinya pertemuan kami yg di atur Allah swt boleh menghasilkan baby dalam perut yg tidak tahu lg kejantinaannya..hikhik :D
Alhamdulillah 3x
NAM,
Be strong girl. EYYYAHHH!(",)
Mard pun jnis, xtidur bila dlm kereta. Kalau tidur, rasa rugi.
Mard pulak, kalu tgok langit, lama2terlena.
KANDA,
Ooo, baru balik keluar yep? patut pun x nampak. Alhamdulillah.
Ooo, moga sihat kandungannya. seronoknya dah nak dpt bby sndri.
Yeayyyy*(*.^)*
patut la blog mard warna hitam dan ada bintang2.. warna langit rupanya.. (",)
Catat Ulasan