Kadangkala, mata y melihat, terlihat sempurna pada dirinya. Selalunya, bila kesorangan, kesempurnaan adalah sesuatu y jelek. Adakalanya, ingin melarikan realiti, tapi, diri nya pula yang difantasi. Merenung, menyesali, itu umpama sisi diri, setiap hari.
Terperangkap dalam banyak dimensi. Hidup berlandaskan itu dan ini. Semuanya terkadang kelihatan palsu dan ngeri. Terasa tertipu, menipu, dimanipulasi dan memanipulasi.
Hakikatnya, hanya seorang ........ serba lemah, kurang, penuh cacat cela, dipalit, terpalit dosa dan noda. Dalam carta, dia lah ke bawah, terkabur, dijunjung melangit.
Dalam bertahan, dalam melawan dalam mempertahankan. Rapuhnya amat, juangnya kurang, cakapnya lantang. Hakikatnya, dia hanya kosong dan teramat kurang. Tiada apa yang perlu dipandang, dibandingkan, digandingkan.
Dengar, lihat, rasa dan selami. Jangan tertipu panorama yang dikarang indah. Selagi mata mu belum benar-benar mengerti. Menjauh, berlari dan hilangkan lah diri.
Hanya cakap dari dunia yang sepi. Mari kita tengok fungsinya di alam realiti. Ketawa, menyindir mungkin sahaja pasti. Tidak mengapa, dia mempunyai hati besi. Atau sejujurnya, hanya suara hati.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan