Rabu, 16 November 2011

Catatan dari sebuah pulau.(Aap Beeti 3)

Assalamualaikum.
Singgah nak berkongsi perkara yang best. Dalam buku Aap Beeti 3 karya sheikhul hadis Maulana zakariyya,(M.Z) beliau ada bagi pendapat peribadi mengenai perbezaan pendapat antara ulama dalam perkara agama. Menarik. Biar mard sampaikan dengan cara yang mudah k. Ceritanya begini..

Sebelum ayah maulana ni meninggal, (Maulana yahya kandhalawi) beliau sempat berpesan pada (M.Z) ni. Esok2, kalau ayah dah meninggal, kalau murid ayah dtg cari kamu, dan tanya persoalan-persoalan agama, kamu hanya patut menjawab bahawa "para ulama berbeza pendapat mengenainya." Jikalau kamu berkata demikian, kamu akan terselamat daripada mendedahkan kejahilan kamu.

Jadinya, apabila (M.Z) dah dewasa, beliau pula mengajar hadith, dalam tahun 1340H beliau selalu ingat pesan ayah beliau ni."para imam berbeza pendapat ke atas perkara ini. Imam ini berkata begini, dan imam itu berkata begitu". Perkara ini, ada ditulis secara panjang lebar dalam buku "Al Eti'dal". Masa zaman (MZ) mengajar mishkat, beliau pernah kira bilangan perbezaan pendapat mengenai solat 4 rakaat. Beliau mendapati lebih 200 pendapat yang berbeza. Sejak dari tu, beliau mula faham pasal perbezaan pendapat ni.

Jadinya, bila beliau melihat orang ramai terlalu menitik beratkannya, menjadikan beliau tak senang. Beliau selalu berkata, " Saudara, selalu terjadi perbezaan pendapat. Ikutlah pendapat orang yang paling kamu yakin dengannya. Tidak perlu kamu berbahas, bertelagah dan berhujah"

Selepas tu, kalau terjadi sahaja perbalahan dan penghujahan ttg perbezaan pendapat berbangkit, (M.Z) akan berkata kepada mereka, "ayam-ayam jantan hendaklah keluar jikalau mahu berlaga. Tetapi jika mereka hendak makan, maka makanlah, jika tidak Khuda-Hafiza-Selamat tinggal.

Mard suka baca ayat ni, ditulis oleh (M.Z) "Aku sangat membenci pertikaian dan perbalahan tentang soalan-soalan yang didalamnya ada perbezaan pendapat. Aku melihat perbezaan pendapat di kalangan ulama sebagai rahmat, sebagai mana telah aku perkatakan dalam Al Eti'dal"

P/s: sedang mencari buku aL-eTI'DAL. Moga Allah mudahkan urusan Mard(",)

Sabtu, 24 September 2011

~Pengembaraan Solo Mard~


Orang kata, ini bidadari syurga. Mard kata ini, bidadari dunia yang telah di upgrade *(^.*)*


Pencarian Memburu Rahmat dan NusrahMu Ya Allah. Mard nak p mengembara. Mengembara untuk suatu matlamat. Syuttttt. Jikalau kita semua berjodoh, jumpa lagi dalam masa 2 tahun. Masa tu, Mard dah besar dan kuat!! Ampunkan silap dan salah dalam percakapan dan penulisan Mard. Doa karo yarr. Asalnya, Mard menulis untuk kurangkan Mard bercakap. Mard suka bercakap.(",) 

Untuk mencapai sebuah matlamat, jalan yang perlu kita tempuh, adalah amat panjang dan banyak ujian, tetapi, kita x boleh takut untuk melangkah. Sekali kita tekad, jangan menoleh lagi, dan untuk sampai kepada matlamat itu, kita perlukan langkah pertama yang kuat. Sebuah perjalanan beribu batu, dimulakan dengan langkah pertama.  Jadi, inilah, langkah pertama Mard. Jangan takut melangkah! (",) Oleh kerana Siti Mardhiah Binti Mohd Nor, hanya mahluk biasa, doa kalian buat Mard amat disyukuri. Jangan rindu Mard, kerana Mard xkan rindu kalian semua. Umm..Umm. jgn nakal-nakal.

Semoga, kalian akan kekal teguh dalam kerja Nabi s.a.w dan kerja usaha atas iman ini akan menjadi kerja wajib bagi seluruh umat Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum hadirin dan hadirat pengunjung blog dan hati Mard. *(^.*) Wekkk!!

LangitMu

Yang kecil tu, rumah mard, yang pokok sebatang tu, pokok mard, y pagar tu, pagar mard, semua mard puunya!!..tidak Mard, Allah lah yang punya, Mard pinjam ja na na na. O.K! Mard pinjam semua, semua Mard puuuunyaaa!(",)

Mengikut pembacaan Mard, pada buku "Ketika Alam Bertasbih", langit berwarna hitam gelap. Makanya, apa yang semua lihat pada waktu malam tu, adalah warna langit yang sebenarnya. Jadinya, warna-warna yang indah yang kita lihat pada langit tu adalah kesan dari pembiasan cahaya matahari.

Mengikut Ibnu Al-Haytham, kelajuan cahaya yang dikira diantara dua ketumpatan udara yang berbeza, akan menyebabkan cahaya terbias apabila melalui antara keduanya. Atmosfera memainkan peranan dalam fenomena ni. Partikel yang wujud dalam atmosfera, membantu mengubah ketumpatan cahaya dari matahari dan kemudian, membiaskannya. Apabila matahari berada pada sudut yang rendah di ufuk, semakin banyak cahaya yang terbias menjadikan warna langit lebih pelbagai. Macam waktu fajar dengan senja. Mard kalau subuh awal, mard selak langsir luas-luas, n baring pandang je langit. MasyaAllah, hebat. Rasa tenang, kosong, xda yang serabut bila pandang sana. Xda banggunan. xda orang, semua xda. Suci. Xditerokai. Xternoda.

Maha suci Allah yang menciptakan langit tanpa tiang, bintang tanpa tali. Udara tanpa perlu dibayar. Sebenarnya, jika difikirkan, Allah telah menyediakan keperluan utama kita sebenarnya. Tanpa kita perlu beli dan berharap pada mahluk yang lain. Contoh, udara, kulit, air, cahaya, kaki, mata, darah, jantung, makanan, pokok, tanah dan berjuta, berbilion lagi.. Maha suci Allah, yang menjadikan Mard seorang wanita, kak Umu seorang wanita, Mak lang wanita, ramai lagi wanita. Yang menjadikan, abah lelaki, abang Ishak lelaki, dan banyak sekali lelaki. Lembu jantan, lembu betina, pokok pisang abah, monyet, semut dan segala-galanya. Maha suci Allah. Semuanya menjadi satu sistem yang lengkap dengan satu maksud, untuk beribadat kepada Allah swt.

Jadi, xsalah, jika kita mengidentitikan langit sebagai putih, biru, kuning, jingga dan sebagainya. (",)

Rabu, 21 September 2011

Keistimewaan hanya bermakna apabila kita faham bagaimana ia menjadi istimewa

Mari teman Mard, perhati bintang. Mahu?

Bintang
Subahanallah, Mard amat cinta pada pemandangan langit. Ditambah dengan bintang. Apa yang menariknya? Banyak. Mard pernah jumpa ayat di dalam al-quran yang menyatakan bintang itu, bertujuan merejam syaitan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, dikatakan pada waktu dahulu, syaitan amat suka mendengar secara curi, ketika Allah menetapkan suatu urusan di langit. Oleh itu, Allah menjadikan bintang untuk melempar syaitan. Maha suci Allah. Hebat kan? Kalau ragu-ragu lihat dekat sahih Bukhari, hadis nombor 4701. (",)
"Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala"
Surah Al-Mulk [67] : 5
Asalnya, dulu-dulu, orang lama-lama suka kata, bintang itu, mewakili orang yang dah meninggal. Sebab itu, dari kecil Mard suka tengok bintang, langit, bulan dan tahi bintang. Kadang-kadang, Mard terfikir, ada kemungkinan ke, tahi bintang atau Meteor tu, adalah syaitan yang sedang terbakar! (",)

Perasan x, blog Mard warna hitam, dan ada bannnnnnnyakkk bintang. Mard nak dapat feel, malam hari, dan banyak sekali bintang-bintang. Serupa macam langit di rumah Mard.
Nanti, Mard nak cerita, apa pula keistimewaan langit pada Mard. Mard nak tanya siap-siap. Apakah warna sebenar langit ? siapa tahu angkat tangan!(",)

Selasa, 20 September 2011

~bila hati dilanda sebal~

Layan jela yea, mood Mard x berapa nak baik ni (bg sesiapa y concern kt blog ni, kalau dak, ok je pun..boleh berlalu ke blog lain).


Izinkan Mard memperkenalkan beberapa insan istimewa didalam blog Mard. Namanya Mohd Yusry. Atau, Mard panggilnya Yus. Amat baik budi pekerti. Allah menulis takdirnya, dilahirkan sebagai kanak-kanak Celebral Palsy. Otot kakinya lembik, dan sukar sekali berfungsi. Tapi, hum, ada tapi tu, dia amat nakal dan ceria. Punya kawan-kawan yang sekepala. Mereka amat suka mengenakan cikgu praktikal yang dikenali sebagai Mard. Atau lebih femes, "cikgu baru". Ingat lagi, masa Mard baru mula masuk kelas dia, dia xnak bangun, bagi salam macam yang lain-lain. Mard agak, dia x boleh nak bangun, beberapa hari lepas tu, Mard nampak dia tengah berlari di padang, main bola sepak. Walau pun x sesempurna kanak-kanak normal, tapi boleh la..nampak juga agresifnya macam budak lelaki yang len. Dalam hati Mard, "bertuah punya Yus, curi tongkat tu t baru tahu"..dia x tahu, cikgu baru ni, lagi double nakal dari dia. Cuma jaga imej perguruan je kot. Kalau tidak, dah lama, Mard curi tongkat dia, dan paksa dia berdiri beri salam, ganti balik berapa kelas yang dia x beri salam pada Mard. Ho ho ho.


Mari Mard perkenalkan pula, kepada Muhammad Amirul Akmal atau "Mamat".  Mamat anak kacukkan Melayu-Pakistan. Juga Celebral Palsy pada otot tangannya. Ohho, ini, super, super naughty boy!. Bila Mard ajar, dia akan angkat tangan dan kata, "cikgu Mamat xfaham, tapi nak pergi tandas. Boleh?boleh?boleh?". Mard ingat, boy nak pergi tandas, perkara biasa, rupanya, si Mamat ni, suka mengular p kantin. Humm. Mard p bawak rotan, n ketuk meja. Sekali cukup untuk buat dia lari lintang pukang. Ha ha ha. Bila kelas Mard habis, Mamat akan kata, "esok, cikgu xpayah datang lagi yea, semua xnak belajar" (",) Mula-mula, rasa nak marah, lama-lama, Mard jawab "esok, cikgu xnak masuk kelas Mamat lagi, cikgu dah xnak mengajar". Terus Mamat balas, "ala..kenapa?" Ingat lagi, bila Mard kata, Mamat nanti jangan lupa solat. Dia akan jawab "tengoklah". Bila Mard tanya, kenapa tengoklah?, dia jawab, dia takut, salah solat. Mard nasihatkan dia, biar salah sebab mencuba, dari Mamat x usaha langsung. Dia akan jawab "tengoklah" (",)

Rindunya kat mereka. Humm.

Isnin, 19 September 2011

~berbicara tanpa suara~

Kadangkala, mata y melihat, terlihat sempurna pada dirinya. Selalunya, bila kesorangan, kesempurnaan adalah sesuatu y jelek. Adakalanya, ingin melarikan realiti, tapi, diri nya pula yang difantasi. Merenung, menyesali, itu umpama sisi diri, setiap hari.

Terperangkap dalam banyak dimensi. Hidup berlandaskan itu dan ini. Semuanya terkadang kelihatan palsu dan ngeri. Terasa tertipu, menipu, dimanipulasi dan memanipulasi.

Hakikatnya, hanya seorang ........ serba lemah, kurang, penuh cacat cela, dipalit, terpalit dosa dan noda. Dalam carta, dia lah ke bawah, terkabur, dijunjung melangit.

Dalam bertahan, dalam melawan dalam mempertahankan. Rapuhnya amat, juangnya kurang, cakapnya lantang. Hakikatnya, dia hanya kosong dan teramat kurang. Tiada apa yang perlu dipandang, dibandingkan, digandingkan.

Dengar, lihat, rasa dan selami. Jangan tertipu panorama yang dikarang indah. Selagi mata mu belum benar-benar mengerti. Menjauh, berlari dan hilangkan lah diri.

Hanya cakap dari dunia yang sepi. Mari kita tengok fungsinya di alam realiti. Ketawa, menyindir mungkin sahaja pasti. Tidak mengapa, dia mempunyai hati besi. Atau sejujurnya, hanya suara hati.