Rabu, 21 September 2011

Keistimewaan hanya bermakna apabila kita faham bagaimana ia menjadi istimewa

Mari teman Mard, perhati bintang. Mahu?

Bintang
Subahanallah, Mard amat cinta pada pemandangan langit. Ditambah dengan bintang. Apa yang menariknya? Banyak. Mard pernah jumpa ayat di dalam al-quran yang menyatakan bintang itu, bertujuan merejam syaitan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, dikatakan pada waktu dahulu, syaitan amat suka mendengar secara curi, ketika Allah menetapkan suatu urusan di langit. Oleh itu, Allah menjadikan bintang untuk melempar syaitan. Maha suci Allah. Hebat kan? Kalau ragu-ragu lihat dekat sahih Bukhari, hadis nombor 4701. (",)
"Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala"
Surah Al-Mulk [67] : 5
Asalnya, dulu-dulu, orang lama-lama suka kata, bintang itu, mewakili orang yang dah meninggal. Sebab itu, dari kecil Mard suka tengok bintang, langit, bulan dan tahi bintang. Kadang-kadang, Mard terfikir, ada kemungkinan ke, tahi bintang atau Meteor tu, adalah syaitan yang sedang terbakar! (",)

Perasan x, blog Mard warna hitam, dan ada bannnnnnnyakkk bintang. Mard nak dapat feel, malam hari, dan banyak sekali bintang-bintang. Serupa macam langit di rumah Mard.
Nanti, Mard nak cerita, apa pula keistimewaan langit pada Mard. Mard nak tanya siap-siap. Apakah warna sebenar langit ? siapa tahu angkat tangan!(",)

10 ulasan :

Ismi Ijmi berkata...

angkat tangan ni.
nampak tak?

ukhti,mardhiah berkata...

(",)
apa jawapannya?

Ismi Ijmi berkata...

takdak warna kan?

ukhti,mardhiah berkata...

syutttt..xtahu.kita tunggu entry pasal langit nti ye(",)

ijmi bo cuba lg dan lg ye.

cikgu nak dgr jawapn len.
hihi.

Lyn Sery berkata...

arghh aku xigt kwn aku ckp kaler awan tu kaler ape.
tp yg pasti bukan kaler biru.
hijau kot.

ukhti,mardhiah berkata...

ehh!main petik ja!

lyn sery lagi out yea..

cuba lg, lg dan lg

ok, next!

fuad ansari berkata...

seandainya dunia tiada warna..
tetap kan ku kagumi.. (",)

langit tidak berwarna...

maka, lihatlah sesuatu dengan mata hati yg disinari keimanan yg betul.. bukan dengan pandangan mata yg selalu menipu.. (",)

School Of Tots berkata...

Langit luas yg penuh misteri dan rahsia. Maha kuasa Allah. Maha hebat segala ciptaan-Nya.

ukhti,mardhiah berkata...

abi husna,
elok mood nampak, sampai menyanyi..

umm, mengikut perkiraan mard, jawapan kita ttg warna langit adalah berbeza.

abi husna boleh try tanya husna k.

k, next, next!

ukhti,mardhiah berkata...

school of tots,
betul tu.
banyak kn masa, apabila melihat sesuatu kejadian tu, try fikir apa hikmah, bagaimana terjadi, kenapa, bagaimana, dll.

bagus.
kak mard, ucpkn slmt maju jaya.