Sabtu, 10 September 2011

perkahwinan sesuatu yang perlu difikirkan..


Mard pernah baca, Hamka ada menulis...."bila kemiskinan mengetuk pintu hadapan rumah tangga, cinta akan lari keluar tingkap". Rasanya, atuk Hamka nak mengatakan, setakat cinta yang meluap2 seperti keluarnya wasap panas dari gunung berapi tidak memadai, untuk membentuk 1 rumah tangga yang utuh.

Auntie Lily kat Tesco Extra Selayang pernah pesan mard, "Siti, u esok nak kawen, beras pun mesti ada maa" kalau lelaki cantik2 pun, perut u kosong pun xguna. Dah kena sangat la, sebagai bangsa Cina yang rajin mengumpul kekayaan..auntie lily pandang sebuah perkahwinan dari satu sudut yang materialistik tetapi ekslusif dan masuk akal. Kesinambungan kekayaan suami kepada anak dan isteri. Humm.

Mard pun pernah terbaca, jika suami hilang rasa tanggungjawab, pincang sebuah rumah tangga. Jika isteri hilang cinta dan kasih sayang, hancurlah sebuah rumah tangga. Maksudnya komitmen yang amat kuat diperlukan dari kedua belah pihak..ibaratnya seekor burung yang mempunyai kedua dua belah kepak yang kuat, akan terbang lebih jauh

Ada satu kisah yang mengguris hati mard. Diceritakan oleh adik kesayangan juga lelaki tunggal mard, Zulfiqar (Pedang Allah). Satu petang di bulan Ramadhan, dia balik dari gash di kampung kami. Amir sabnya seorang duda muda. Jamaah zul ni, menjemput seorang pak cik ni berbuka di masjid, jawab pak cik tu, "awak boleh la, buka kat masjid, saya ni ada isteri, kena la buka kat rumah" xtahu lah apa perasaan Amir sab ni..Semoga Allah mencampakkan rasa hormat dan terima kasih penduduk kampung mard atas usaha murni jamaah2 yang giat menyeru kepada kebaikkan, x kira di mana jamaah ni bertebaran. Aminn Ya Rabb.

27 ulasan :

Bijen M. berkata...

Tapi bila kemiskinan datang, maka kahwinlah.
Betul tak?

Norsha berkata...

betul bijen, lepas kawin Allah bagi rezeki lagi banyak....cecepat sikit buat walimah tu....

buat mard, moga bertemu putera idaman untuk membina mahligai impian bila tiba masanya....:)

ukhti,mardhiah berkata...

tuan bijen,
belum sampai tahap pemikiran mard lg,bfikir sebegitu...

kak norsha,
ye, Allah bagi rezeki..soheh,but...forget it(",)

fuad ansari berkata...

jodoh kalau dah ketuk pintu rumah, kadang2 tak sempat nak mengemas pun.. (",)

saya dulu tak sempat pun nak fikir tentang perkahwinan.. tau2 dah kahwin je.. (",)

PIANED berkata...

perkahwinan perkara yang perlu dipelajari sangat banyak...dari sebelum kahwin, semasa nikah dan selama bersama dan setelah berpisah.....dalam menunaikan hak2 sesama pasangan kena dipelajari kerana ulama berpesan, dalam perkara meninggalkan sunnah,

"Disampaikan oleh Maulana Yunus Poonawala, "Banyak kali dalam majlis nikah, saya mendengar hal ini daripada hadratji, "Jika sunnah Rasulullah saw. dilanggar dalam pernikahan maka Allah swt. akan menghabiskan ketaatan daripada generasi itu."(Malfuzat)

Abu Zarim Mohamad berkata...

pergh,,,dah bau nasi minyak dah ni,,,walaupon jauh beribu batu,,:),,,tggu nasi minyak france la ek,,,:p
pape pon moga Allah mudahkan,,,sebahagian aagama telah disempurnakan dgn pnciptaan bahtera kasih,,,:)))),,,,

ukhti,mardhiah berkata...

abi husna,
ohho...nasib abi husna x ckp, "saya dulu xsempat fikir soal ada anak lps kawen,tau2 dh ada dah"
aha ha ha...(iyelah tu)

tuan suff edd,
"Banyak kali dalam majlis nikah, saya mendengar hal ini daripada hadratji..

mard x faham, hal apa y byk maulana dh dgr?n hadratji tu apa? kalau ada masa tuan suff edd huraikan yea...syukran jiddan(",)

tuan ab zar,
tunggu nasi minyak france>ayat ni pada mard, ingin memberitahu, tuan ab zar akn melgsungkn walimah dlm masa trdekat yea?....insyaAllah, mard tunggu khabaran bahtera kasih tuan(",)...

PIANED berkata...

maulana yunus mendengar hadratji maulana inaamul hasan(iaitu amir ketiga) mengatakan dalam majlis nikah, "Jika sunnah Rasulullah saw. dilanggar dalam pernikahan maka Allah swt. akan menghabiskan ketaatan daripada generasi itu."

ukhti,mardhiah berkata...

tuan suff edd,
MasyaAllah..dasyat tu..perlu diambil perhatian..
terima kasih untuk penerangannya.

Ismi Ijmi berkata...

assalamualaikum..

eh, baru masuk sem dah stat balik blog. ??!! hehe

abg fuad, perkahwinan akan difikirkan oleh semua org, cthnya, seminggu sebelum kahwin,misti ada fikir jugak. bezanya ada yg fikir lebih awal, dan ada yang fikir bila dah dkt tarikh...

Ukhti mardhiah, bijen cakap tu hadith. Seorang yang beriman kena yakin dgn suatu hadith Nabi ttg nasihat baginda kpd seorang lelaki yang mengadu kemiskinan. Tak cukup sekali kahwin, Nabi pesan untuk kahwin lagi. AKhirnya masalah selesai..Wallahua'lam.

hakikatnya bagi lelaki kena fikir kahwin dari awal,bukan fikir mana satu perempuanj untuk dikahwini, tapi persediaan sebagai suami yang dapat bimbing isteri dan anak kpd agama.

ingat doa"rabbana hablana min azwaajina..."., maksudnya(-+)kurniakan kepada kami pasangan2 .. @isteri2, dan digalakkan baca doa ni walaupun belum kahwin atau hanya ada satu je isteri ..Wallahua'lam.

Jadi suami kena bersedia dulu, jadi isteri pun kena bersedia dulu...

begitulah..

Selamat sambut tahun pengajian baru ya Cik HB-D

Ismi Ijmi berkata...

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. [an-Nur 24:32]

~orang Melayu biasa guna perkataan "rezki anak" .macam Salleh yaacob cakap, "rezki 4 isteri dan 11 anak saya"..

hadith ttg kisah Nabi dan sahabat miskin kahwin 4 tu, tak jumpa. Mungkin sahabat2 lain boleh kongsi..

bukan nak galakkan perkahwinna kalau xde duit, tapi ayat2 Al-quran dan hadith ni nak jelaskan untuk mereka yang ada iman dan Islam yang sempurna, Allah - lah penyelesai masalah mereka.. Bukan kerja, jawatan, dsbgnya. Apapun saya dah perasan beberapa kawan yang kawin awal di kampussusah sikit bg komitmen untuk usaha agama. Wallahua'lam.

Abu Zarim Mohamad berkata...

bukan lah kak mard,,,sje je tu,,,,walaupon duk france,tp,balik bt nasi minyak minyak kat msia la,,,:),,,,kak umu kate,ada interview nant,,,tu yg kene get ready la,,,:),,,gurau2,,,

ukhti,mardhiah berkata...

tuan iz suk sam,

Adoiii, kena mard..grrr..kn awal2 sem ni xda kelas..cececeh..

panjangnya huraian. Bersungguh da'ie seorang ni, nk sebarkan ilmu yang tuan ada yea. Mard ucap terima kasih dan tahniah. Ooo...hadith rupanya...eh2, siapa pula ckp mard x yakin dgn hadith..mard yakin taw...ehem2..

oke..oke...mari kita pakat kawen.

sat, cik HB-D tu apa?

tuan ab zar,
pandainya....kak mard doakan interbiuw nya berjaya lah adik ab zarim ye...huhu

kalau kain panjang sejengkal,
jgn lautan hendak kau renang,
jika hati ada gentar,
jgn bunyikan semboyan impian.

(",)i wish u luck.

CS berkata...

Assalamualaikum w.b.t mard,
hmm akk setuju dgn tajuk entry mard tu...so sesape nk kawin, jgn bygkan yg indah2 saje..be prepared...sbb apa yg anda akn lalui, jauh berbeza dr apa yg anda angankan...dh nikah nanti, fasal hal remeh temeh mcm stokin pn bleh gaduh tau! hhehehe..neeway gaduh2 manja gitu.. neeway mard, lilypie ticker kat atas tu countdown utk apa? jeng jeng!

ukhti,mardhiah berkata...

CS,
Waalaikumsalam warahmatullah,
terima kasih ats prsetujuannya tu.
sbb akak dh tanya, mard bg tahu lh k..itu tarikh mard habis study. Then mard plan nk kawin dgn sape2 je y nak mard, then mard bharap dia kata, mardhiah yang comel,kekanda harap, anda jgn bekerja yea..yea..yea...mard pun menjawab. Bagus!terbaikkk...yabedabeduuuu...sooo..insyaAllah, itu countdown hari2 yang bakal membahagiakan(Aminn Ya Rabb)

aha ha ha....

Hidayatullah berkata...

uish.. sian kat amirsab duda tu.. tp hati dia msti macam lautan.. trima apa org kata.. tp btol la..orang2 kat yg x paham usaha agama nih..dia mmg xleh berenggang dgn bini..ha3

btw.. lately nh post pasal kawin.. da x lme la tu.. congratzz

ukhti,mardhiah berkata...

cik hidayah,
(",)InsyaAllah.

Abu Zarim Mohamad berkata...

ehem3,,,cauntdonw dah,,,,cepat2,,,sape cepat,die dpt,,,,bidadari dunia,,,:)...(nasi minyak3x,,,khih3),,,

ahLia shahril berkata...

macam-macam kan?

bukan pk bila nk kawen tp pk mcm mne nk maintain iman dan nk upgrade iman ble dah kawen. ke cne?

mcm ader perubahan jer kt profile pic tu. :)

nam berkata...

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah nice entry..

tesco extra selayang?? cam dekat jer dgn umah saya.. hehe...

kawen sememang harus di fikirkan ia berkaitan tanggungjawab dan juga ibadat.. jika mampu teruskan hajat, jika belum sedia tangguhkan ia.. (boleh ker cam tue?? hehe)..

salam ziarah pertama kali ker blog mard.. salam ukhwah fillah.. :)

ukhti,mardhiah berkata...

tuan ab zar,
masyaAllah seorang ni la..(",)
btw..dh target mana2 adik kak mard ka ni?

bagus3..

ahlia teeeeettt..
amboih nama...tuu diaa..hu3
iyalah,melihat di sekeliling dpenuhi pkahwinan,buatkn mard terfikir berbagai perkara..hu3

btw,apa perubahan y akak nampak?teeetttttt...hu3

saudari nam,
MasyaAllah,syukran jiddan2 ya ukhti, sanggup singgah di blog mard y dhaif dan xbernyawa ini..

apa yang saudari nampak baik,ambil lah..kalau nampak y buruk,tgurlah mard..walaupun mard jenis y ortodoks,mard boleh terima sgala kritikn asalkn cara berlembut(",)

nanti mard singgah di mahligai alam maya saudari pula.InsyaAllah.

yea yea,dpt kwn baru!

nam berkata...

ehh.. saya insan serba kekurangan, tak layak nak tegur org..uhuk..uhuk..uhuk..(T_T)..

baru bertatih dalam mengenal usaha iman dan amal..

mohon berikan tunjuk ajar.. (n_n)

ukhti,mardhiah berkata...

(",)InsyaAllah...sesama lah kite yo.

TARIQULIMAN berkata...

alhamdullillah akhirnya ketemui juga pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL. Trm kasih ALLAH. krn memeberi apa yg kuperlu bukan apa yg ku mahu.

ukhti,mardhiah berkata...

tariquliman,
Alhamdulillah,baguslah.bersyukur pada Allah untuk setiap kurniaan.

نور توفيقة ادريس berkata...

Can't stop smiling bila ada girls yang sebut pasal kahwin..

:))

Time will come. Jauh macammana pun kita fikir pasal kahwin, go on, tapi jangan sampai lupa border..

And sambil prepare jadi isteri, do prepare to be a mother either:)

Best wishes in your study.

ukhti,mardhiah berkata...

kak Taufiqah,

terima kasih sangat2 untuk doanya.

actually,i want to become a mother,so i must be prepared to be a wife first.

;) best wishes for ur baby